Usahawan membuat Fridge Magnet, Button Badge, Wedding Props, Guest Book, Stickers, T-Shirt Printing dan lain-lain

DSCN4177

Latar belakang

Nor Salmah Bte Abdul Salam merupakan seorang suri rumah yang Berjaya. Beliau memulakan perniagaan kerana ingin membantu suami untuk meningkatkan taraf kehidupan sekeluarga. Perniagaan ini diwujudkan kerana beliau sendiri mempunyai kemahiran untuk mereka stickers dan design. Sedikit banyak ia membantu di dalam perkembangan perniagaan ini. Perniagaan ini bermula pada tahun 2011 dan hanya dilakukan di rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, banyak kelemahan yang beliau perlu baiki, antara nya ialah di dalam promosikan di media sosial untuk meningkatkan pendapatan . Malah bukan itu sahaja, beliau juga tidak pandai untuk mengurus perniagaan yang lebih sistematik. Seterusnya beliau tidak pandai untuk membuat Blog untuk pernigaan atas talian . Blog sangat penting di dalam perniagaan kerana ramai pelanggan ingin memberi barang di dalam Blog.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya pelinglibatan di PI, banyak perubahan yang ketara di dalam perniagan .sebagai contoh apabila menghadiri kelas membuat Blog, beliau dapat membuat blog sendiri dan lebih mendalami lebih mendalam.   

Seterusnya adalah apabila penglibatan beliau di PI, beliau banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang urus berniaga di atas talian kerana ia dapat meningkatkan pendapatan seharian. Perubahan selepas penglibatan di PI dan kelas-kelas yang dihadiri nya menunjukkan peningkatan pendapatan dari RM600 sebulan terus ke RM1000 sebulan. Hal ini memberi kesan yang positif terhadap perniagaan nya untuk lebih maju lagi.

Usahawan PakaianBundle ( Baju pakaian dari dewasa sehingga kanak-kanak)

DSCN4188

Latar belakang

Puan Shuhaida Bt Arshad berumur 40 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Beliau memulakan perniagan pakaian bundle ini dari tahun 2016 sehingga sekarang. Perniagan pakaian bundle ini merangkumi pakaian dewasa sehingga kanak-kanak. Hal ini kerana menarik minat untuk berniaga pakaian bundle ini kerana permintaan daripada pelanggan yang amat mengalakkan pada masa kini. Harga pakaian bundle ini dalam anggaran rm5 shingga rm35 sehelai. Malah kebanyakkan pakaian bundle ini adalah daripada jenama yang mahal. Oleh yang demikian terdapat permintaan tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di pi1m, beliau hanya  membuka gerai di pasar malam sahaja tanpa melibatkan perniagaan online. Pendapatan pada masa itu hanya RM1000.00 sahaja. Malah bukan itu sahaja, perniagaan bundle ini bermusim kadang-kadang berlipat ganda keuntungan kadang-kadang tidak. Bukan itu sahaja, untuk menggunakan komputer, beliau tidak berani dan tidak berkeyakinan kerana bagi beliau komputer ini susah untuk difahami. Selain daripada itu, untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tidak pandai di dalam penggunaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya PI1M Taman Seri Serendah, beliau mengambil peluang untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaa online. Berbagai kelas yang beliau hadiri di pusat internet 1malaysia Taman Seri Serendah antaranya ialah kelas asas media social, kelas ini mengajar beliau cara-cara memperomosikan barang perniagaan di media social sebagai contohnya Facebook dan Instagram. Hal ini kerana zaman sekarang ramai dikalangan kita tidak mahu membeli barang di kedai-kedai. Pelanggan zaman sekarang lebih selesa membeli barang di atas talian ia dapat jimat masa.

Usahawan membuat Perkhidmatan Fotografi & Videografi

DSCN5367

Latar belakang

Sebelum memulakan perniagaan perkhidmatan fotografi ini beliau belaja dalam bidang diploma nursing padan tahun 2010 . setelah habis belaja 2012 ekonomi tengah jatuh peluang perkerjaan kejururawat nipis. Oleh yang demikian, kemahiran dan minat kepada fotografi pada awal 2013 sehingga 2015 secara sambilan. Pada tahun 2016 sehingga kini beliau focus 100% pada perniagaan ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan pi1m, beliau hanya menghabiskan masa di rumah untuk mengedit video atau gambar pelanggan. Ia sebenarnya tidak selesa dengan keadaan rumah untuk keseronokkan keluarga. Malah bukan itu sahaja, sedikit sebanyak banyak kelas2 keusahawan yang beliau tidak dpat hadir kerana masa yang tidak sesuai. Oleh itu perkhidmatan fotografi beliau tidak berkembang begitu hebat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Banyak perubahan yang dimilik setelah penglibatan di pi1m. Antaranya ialah ia dapat memberi tumpuan edit gambar atau video di pi1m kerana keadaan pi1m yang bersih dan selesa serta tidak bising. Malah bukan itu sahaja, di pi1m banyak kursus-kursus yang ditawarkan seperti erezeki, keusahawanan dan sebagainya. Ia banyak membantu usahawan untuk meningkat kan pendapatan untuk taraf ekonomi sekarang. 

Muhammad Ifran Hakimi Bin Nordin merupakan pelajar Celik IT.

DSCN5359

Latar belakang

Muhammad Ifran Hakimi Bin Nordin berumur 11 tahun dan sedang belajar di sekolah kebangsaan serendah. Beliau merupakan anak ke tiga daripada 4 adik beradik. Beliau banyak mengabiskan masa di pusat internet 1 malaysia taman seri serendah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di PI1M beliau banyak menghabiskan masa di rumah dan padang dengan aktiviti bermain. Beliau tidak mengetahui tentang komputer dan belajaran ICT kerana di sekolah beliau bukan dikelas aliran ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Perubahan ketara yang diperolehi selepas penglibatan di kelas ICT adalah beliau mengetahui di dalam Mecrosoft word dan power point. Beliau banyak membuat latihan supaya pelajaran yang diperolehi tidak dilupakan. Malah bukan itu sahaja beliau juga dapat belaja pembelajaran untuk mencari maklumat yang betul untuk mencari isi makluman yang diperlukan. Malah bukan itu sahaja, di pi1m banyak mengadakan aktiviti ICT  untuk mengisi masa cuti sekolah beliau. Sebagai contohnya puzzle online, silang kata online, kahoot it dan sebagainya. Aktiviti ICT online ini dapat memberi kemahiran berfikir secara kreatif dan ia dapat mengembangkan pemikiran. 

USAHAWANAN MENJUAL KUIH

 

DSCN4254

Latar belakang

Puan Zunaidah mohd ali berumur 39 tahun merupakan seorang suri rumah yang Berjaya. Beliau membuat perniagaan menjual kuih muih antaranya donut, apam beras, karipap, kuih mona manis, kuih talam, seri muka dan sebagainya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan aktiviti di PI1M beliau tiada ilmu tentang ICT. Malah beliau banyak jual kuih secara pergi ke kedai-kedai untuk menambahkan pendapatan sekeluarga. Rekod kewangan perniagaan juga hanya bertulis dan secara manual sahaja. Ia banyak membazirkan masa dan lambat untuk proses kemaskini kerana buat secara manual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya Pi1M, beliau banyak menghabiskan masa di pi1m kerana banyak faedah yang beliau dapat. Antaranya ialah pi1M banyak mengadakan program-program besar seperti hari dashboard komuniti. Hal ini beliau dapat berjumpa dengan ramai orang dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Malah bukan itu sahaja, dengan adanya pi1m banyak kelas-kelas ict seperti pengenalan excel . Excel sangat penting kerana ia dapat mengrekod kewangan dengan lebih teliti dan sistematik serta dapat menjimatkan masa.