Pelajar Celik IT 

us2

Latar belakang

Erda Amira berumur 17 tahun dan merupakan calon SPM tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet , beliau mencari Pusat Tuisyen berkaitan ICT di sekitar Rawang yang agak jauh dari tempat penginapan. Bukan itu sahaja, bukan sahaja jauh tetapi mahal bayarannya.

Hal ini kerana beliau dekat ingin belajar ICT kerana kebanyakkan tugas perlu di buat di komputer dan kemahiran tersebut tiada dalam diri beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT amat penting di dalam kehidupan seharian pada masa kini, dengan  adanya Pusat Internet di sekitar kawasan penginapan ini ia amat memudahkan lagi untuk menambah ilmu pengetahuan di dala  bidang ICT

Bukan itu sahaja,  di PI ini beliau dengan kumpulan belajar dapat belajar dengan keadaan yang tenang. Hal ini kerana apabila di rumah mereka tidak dapat fokus kerana keadaan persekitaran yang tidak merangsangkan. Maka PI adalah satu tempat yang selesa dan baik  untuk sesi ulangkaji pelajaran.

Bagaimanapun, pengetahuan ICT ini penting kerana selepas tamat SPM, kemungkinan besar beliau akan menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi. Sedikit sebanyak PI1M memberi pendedahan awal di dalam penggunaan ICT. Ia juga menambah ilmu