SELANGOR

              
                                                    

BENDERA NEGERI SELANGOR

Bendera negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang ke-4, Sultan Abdul Samad (1859-1898).

Logo negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning melambangkan warna Diraja. 


VISI

Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan


MISI

Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia
dan Alam Sekitar


DASAR KUALITI

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan
bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan


MOTO

Kejujuran Dan Ketekunan


KENYATAAN MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

"Terbaik Daripada Kami"

 PETA

 

 
                     Peta Negeri Selangor




                           Peta Hulu Selangor

SERENDAH

 


Serendah ialah sebuah bandar di Daerah Hulu Selangor, Selangor. Antara sebab serendah mendapat nama adalah kerana keadaan tempatnya yang rendah dan sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan itu, sebuah empangan kecil dibina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku. Mitos pula menyatakan bahawa ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi Tujuh ini. Biasanya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi Tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram. 

      Mukim Serendah merupakan mukim yang paling maju berbanding mukim lain dan mukim kedua terbesar selepas Hulu Bernam di dalam Daerah Hulu Selangor. Terdapat beberapa kawasan di bawah pentadbiran Mukim Serendah iaitu Serendah, Sungai Buaya, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kg. Koskan dan Bukit Beruntung. Lokasi mukim ini terletak kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh menggunakan Jalan Persekutuan KL-Ipoh, manakala dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh dihubungi melalui persimpangan Rawang (7km) dan Bukit Beruntung (18km). Selain itu, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan bas henti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim yang melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Tanjung Malim melalui stesen keretapi Serendah bagi memudahkan penduduk setempat.