Selamat Datang ke Pusat Internet Taman Seri Serendah
Selamat datang ke Pusat Internet Taman Seri Serendah, Selangor. Pusat Internet yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC). Pusat Internet merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek Pusat Internet, iaitu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.
Di samping itu, Pusat Internet ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain Pusat Internet memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan Pusat Internet turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian. Pusat Internet Taman Seri Serendah, mula dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2009. Selain itu, Pusat Internet ini juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah Hulu Selangor dengan kelajuan di antara 4Mbps - 8Mbps. Pendaftaran ahli Pusat Internet hanya dengan kadar serendah RM5 untuk seumur hidup berserta dengan kelas pembelajaran komputer secara PERCUMA!
Objektif Pusat Internet
1- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
2- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet
3- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet
4- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
KENALI PETUGAS:
Untuk menjadi petugas Pusat Internet, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas Pusat Internet. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami
![]() |
Waktu Operasi Pusat Internet Di Bulan Ramadhan
Hari Operasi | Masa Operasi |
Isnin - Ahad | 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Rehat | 1.00 Petang - 2.00 Petang |
Waktu Operasi & Rehat Pada Hari Jumaat Pusat Internet Di Bulan Ramadhan
Hari Operasi | Masa Operasi |
Jumaat | 8.00 Pagi - 5.00 Petang |
Rehat | 12.30 Tengahari - 2.30 Petang |
Waktu Operasi Pusat Internet
Hari Operasi | Masa Operasi |
Isnin - Ahad | 9.00 Pagi - 6.00 Petang |
Rehat | 1.00 Petang - 2.00 Petang |
Waktu Rehat Pada Hari Jumaat Pusat Internet
Hari Operasi | Masa Operasi |
Jumaat | 9.00 Pagi - 6.00 Petang |
Rehat | 12.30 Tengahari - 2.30 Petang |
Perkhidmatan Komputer / Internet
Pengguna | Harga |
Ahli | RM1.00 / Sejam |
Bukan Ahli | RM2.00 / Sejam |
Pelajar |
PERCUMA - Berumur 20 tahun dan kebawah; atau - Mempunyai kad pelajar (Universiti dll) |
Warga Emas |
PERCUMA * Berumur 60 tahun ke atas |
Orang Kurang Upaya (OKU) |
PERCUMA - Perlu mengemukakan Kad OKU; atau - Atas budibicara Penyelia |
Perkhidmatan Pusat Internet
Perkhidmatan | Muka Surat | Ahli | Bukan Ahli |
Fotokopi (Photocopy) | 1-5 Helai | RM0.20 | RM0.50 |
5 dan lebih helaian | RM0.10 | RM0.30 | |
Mencetak (Printing) *Hitam Putih - Kerta A4 |
1-5 | RM0.40 | RM0.70 |
5 dan lebih helaian | RM0.20 | RM0.50 | |
Mencetak (Printing) *Warna - Kertas A4 |
1-5 | RM0.70 | RM1.00 |
5 dan lebih helaian | RM0.50 | RM0.70 | |
Mengimbas (Scanning) | Sekeping | RM0.10 | RM0.30 |
Menjilid (Binding) | Kecil : RM1.70 Besar : RM2.70 |
Kecil : RM1.70 Besar : RM2.70 |
|
Laminasi (Laminate) | Saiz A4 | RM2.00 | RM2.50 |
Saiz IC | RM1.00 | RM1.50 |
Perkhidmatan Pusat Internet Lain
Ejen |
Perkhidmatan |
Ejen Bank Berdaftar BSN (EBB) |
- Deposit |
Altel | Starter Simpack & Topup |
Astro | NJOI |
JUMLAH KEAHLIAN :
Pusat Internet telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan PI bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:
TAHUN |
JUMLAH KEAHLIAN |
2009 |
226 |
2010 |
488 |
2011 |
118 |
2012 |
61 |
2013 |
145 |
2014 |
156 |
2015 |
10 |
2016 |
87 |
2017 |
130 |
JUMLAH KESELURUHAN |
1421
|