Selamat Datang ke PEDi Taman Seri Serendah 

 

Selamat datang ke PEDi Taman Seri Serendah, Selangor. PEDi yang dahulu dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) atau Community Broadband Centre (CBC). PEDi merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Inisiatif daripada pihak-pihak tersebut dalam melaksanakan projek PEDi selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan semua rakyat di negara kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi, komunikasi dan maklumat.


      Di samping itu, PEDi ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan kata lain Pusat Internet memudahkan penduduk mendapatkan kemudahan komputer dan internet. Malahan PEDi turut menyediakan perkhidmatan pembelajaran kepada penduduk dengan pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara atas talian. PEDi Taman Seri Serendah, mula dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2009. Selain itu, PEDi ini juga menyediakan kemudahan broadband terpantas di daerah Hulu Selangor dengan kelajuan di antara 4Mbps - 8Mbps. Pendaftaran ahli PEDi hanya dengan kadar serendah RM5 untuk seumur hidup berserta dengan kelas pembelajaran komputer secara PERCUMA!


Objektif PEDi

1- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.

2- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.

3- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi.

4- Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

 

KENALI PETUGAS:

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami

 

PENGURUS
gambar kak syu
 
Nama : Faiznur A'syura Binti Mohd Yatim
Mula berkhidmat : 2014
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
my pic
 
Nama : Nurul Arina Binti Mohd Sahri
Mula berkhidmat :  2022

 

Waktu Operasi PEDi Di Bulan Ramadhan

Hari Operasi Masa Operasi
Isnin - Ahad  8.00 Pagi - 5.00 Petang
Rehat  1.00 Petang - 2.00 Petang

 

Waktu Operasi & Rehat Pada Hari Jumaat PEDi Di Bulan Ramadhan

Hari Operasi Masa Operasi
Jumaat  8.00 Pagi - 5.00 Petang
Rehat  12.30 Tengahari - 2.30 Petang

 

Waktu Operasi PEDi

Hari Operasi Masa Operasi
Isnin - Ahad  9.00 Pagi - 6.00 Petang
Rehat  1.00 Petang - 2.00 Petang

 

Waktu Rehat Pada Hari Jumaat PEDi

Hari Operasi Masa Operasi
Jumaat  9.00 Pagi - 6.00 Petang
Rehat  12.30 Tengahari - 2.30 Petang

 

Perkhidmatan Komputer / Internet

Pengguna Harga
Ahli   RM1.00 / Sejam
Bukan Ahli  RM2.00 / Sejam
Pelajar

PERCUMA

- Berumur 20 tahun dan kebawah; atau

- Mempunyai kad pelajar (Universiti dll)

Warga Emas

PERCUMA

* Berumur 60 tahun ke atas

Orang Kurang Upaya (OKU)

PERCUMA

- Perlu mengemukakan Kad OKU; atau

- Atas budibicara Penyelia



Perkhidmatan PEDi

 

 Perkhidmatan
 - Fotokopi
 - Mencetak
 - Mengimbas
 - Laminasi

 


Perkhidmatan Pusat Internet Lain

Ejen

Perkhidmatan

Ejen Bank Berdaftar BSN
            (EBB)

 - Deposit
 - Pembayaran Bil Utiliti
 - Pembelian eSSP
 - Pengeluaran Wang
 - Pinjaman : Mara, Aeon Credit Service, Dll
 - Masukkan Wang
 - Topup : Maxis, Celcom, Umobile & Tunetalk

Ninja Van

 - Collect, Send, and Return Parcel

 Menaip

 - Surat rasmi

 -Surat tidak rasmi

 

JUMLAH KEAHLIAN :

PEDi telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2012. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

TAHUN

JUMLAH KEAHLIAN

 

Oktober 2009 - Mac 2023

 

1915