1) STEM-IOT - KUIZ SAINS (5)
Tarikh : 5 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
2) SOFT SKILL - TIPS KETIKA PERGI KE INTERVIEW KERJA.
Tarikh : 6 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta dalam memiliki tips - tips ketika pergi ke interview kerja. Selain itu, peserta juga dapat menambah ilmu dan lebih bersedia ketika pergi ke interview.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka laman web yang menyediakan tips -tips untuk menghadapi interview. Seterusnya, petugas memastikan peserta mencatat setiap tips interview tersebut. Setelah selesai peserta membuat carian tentang soalan-soalan yang sering ditanyakan oleh penginterview.
3) BASIC ENTREPRENEURS - KELAS USAHAWAN TIKTOK (5)
Tarikh : 7 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya. Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut. Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.
4) BASIC ENTREPRENEURS - KELAS ASAS SHOPEE (5)
Tarikh : 8 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk membuka akuan shopee dan kedai di shopee. Selain itu, membantu peserta untuk memulakan jualan dan berniaga disana untuk menambah income bulanan mereka. Peserta juga belajar cara untuk mempromosi perniagaan mereka dengan boost postingan mereka dishopee.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberika penerangan tentang penggunaan Shopee dan cara untuk berniaga di Shopee. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk membuka akaun Shopee dan mendaftar menjadi peniaga di kedai Shopee. Selain itu, petugas juga membantu peserta untuk memasukkan produk jualan peserta kedalam kedai Shopee peserta.
5) BASIC ICT - MICROSOFT WORD (SURAT RASMI)
Tarikh : 14 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi. Selain itu, aktiviti ini juga membantu peserta menambah ilmu dalam menggunakan Microsoft word dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang format surat rasmi dan cara menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memulakan sesi menaip surat tersebut. Peserta membuat surat mengikut format yang diterangkan dan setelah selesai petugas akan menyemak terlebih dahulu dan setelah selesai petugas akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
6) E-LEARNING - PENDAFTARAN DARJAH 1
Tarikh : 18 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini untuk membantu peserta mendaftarkan anak mereka ke sekolah darjah 1. Seterusnya, peserta juga dapat mempelajari serba sedikit cara menggunakan komputer dan cara mengisi borang secara online.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memastikan peserta membawa semua maklumat anak yang ingin didaftarkan. Setelah itu, petugas membantu peserta mencari laman web untuk mendaftar pelajar darjah 1. Seterusnya, peserta memulakan untuk mengisi borang tersebut. Setelah selesai petugas akan memastikan peserta telah simpan borang tersebut dan membuat cetakkan untuk dihantar ke sekolah yang didaftarkan.
7) BASIC ENTREPRENEURS - PENGENALAN CHATGPT
Tarikh : 20 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti iniadalah untuk mengenalkan kepada para peserta tentang AI dan juga penggunaan ChatGPT. Seterusnya, hal ini dapat membantu serba sedikit dalam mengajar peserta membuat copywriting menggunakan AI Chat GPT. Fungsi ChatGPT ini adalah membantu para peniaga dalam memberikan ayat yang dapat menarik pembeli untuk memberi produk mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menggunakan ChatGPT dalam membuat copywriting untuk perniagaan mereka. Seterusnya, petugas mengajar peserta menggunakan ChatGPT untuk kegunaan Caption di posting Tiktok, Shopee atau Facebook.
8) BASIC ICT - PENGENALAN MICROSOFT WORD
Tarikh : 21 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang cara penggunaan asas komputer dan juga Microsoft Word kepada para pelajar sekolah rendah. Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mengetahui fungsi atau kegunaan Microsoft Word dan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan komputer. Seterusnya, Petugas menerangkan tentang kegunaan Microsoft Word dan memulakan dengan aktiviti cara untuk menukar font, pemilihan font sesuai dan cara untuk memasukkan kotak.
9) E-LEARNING - PUZZLE ONLINE (5)
Tarikh : 23 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web atau internet bukan saja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya. Laman web juga mempunyai banyak kegunaannya antaranya ialah bermain puzzle secara online, mewarna secara online dan banyak lagi yang boleh kita layari.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada peserta cara untuk melayari internet dan kelebihan-kelebihan yang kita akan dapat ketika melayari internet dengan betul. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara-cara untuk melayari internet seperti mencari website puzzle online. Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk memilih gambar puzzle yang mereka mahukan dan petugas menerangkan cara-cara untuk bermain puzzle online tersebut. Petugas memberikan masa selama 10 minit untuk peserta menyelesaikan puzzle mereka. Class diteruskan dengan peserta menyelesaikan beberapa gambar puzzle.
10) STEM IOT - PENGENALAN STEM
Tarikh : 26 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktivitiminiadalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang STEM dalam pembelajaran.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang apa itu Stem. Seterusnya, petugas membuka beberapa video berkaitan Stem supaya peserta lebih faham apakah itu Stem.
11) BASIC ICT - MENCARI GAMBAR DI GOOGLE
Tarikh : 27 May 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para pelajar untuk mencari gambar untuk mereka memasukkan ke Microsoft Word mereka. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara mencari gambar didalam Google dan cara melayari di internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka Google Image dan mula mencari gambar yang mereka mahukan. Setelah mereka menjumpai gambar yang sesuai mereka perlu save gambar tersebut didalam dokumen mereka untuk kegunaan di Microsoft Word.
12) BASIC ICT - ASAS INTERNET ( WHATSAPP WEB)
Tarikh : 27 May 2024
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk membuat semakan keputusan ujian SPA yang mereka telah duduki. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka laman web SPA terlebih dahulu. Setelah itu, peserta akan login ke dalam laman web tersebut dengan memeasukkan nombor IC mereka. Seterusnya, setelah login peserta akan check keputusan mereka.
13) STEM IOT - JEJARI ROBOTIK
Tarikh : 28 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengisi masa lapang peserta ketika cuti sekolah. Seterusnya, peserta juga dapat menambah kreativiti mereka dalam membuat aktiviti ini.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menunjukkan cara untuk membuat jejari robotik tersebut dengan menggunakan penyedut minumam, kertas, doubleside tape dan juga tali. Seterusnya, setelah petugas menerangkan cara membuat jejari robotik tersebut. petugas akan meminta peserta memulakan aktiviti tersebut. Petugas akan membantu peserta dengan memotong tali dan juga penyedut minuman. Setelah selesai petugas akan meminta peserta untuk mencuba adakah jejari tersebut berjaya atau tidak.
14) E-LEARNING - PUZZLE ONLINE
Tarikh : 29 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web atau internet bukan saja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya. Laman web juga mempunyai banyak kegunaannya antaranya ialah bermain puzzle secara online, mewarna secara online dan banyak lagi yang boleh kita layari.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada peserta cara untuk melayari internet dan kelebihan-kelebihan yang kita akan dapat ketika melayari internet dengan betul. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara-cara untuk melayari internet seperti mencari website puzzle online. Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk memilih gambar puzzle yang mereka mahukan dan petugas menerangkan cara-cara untuk bermain puzzle online tersebut. Petugas memberikan masa selama 10 minit untuk peserta menyelesaikan puzzle mereka. Class diteruskan dengan peserta menyelesaikan beberapa gambar puzzle.
15) SOFT SKILL - PENGURUSAN MASA
Tarikh : 30 May 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan penerangan kepada peserta cara untuk mengatur masa denga lebih efektif dalam melakukan aktiviti harian mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menunjukkan video tentang pengurusan masa kepada peserta. Setelah itu, petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang pengurusan masa yang efektif untuk peserta serta tips untuk menyusun jadual harian mereka.