Program : Ceramah "Keselamatan Wanita"
Tarikh : 26/03/2017 (Ahad)
Masa : 8.00pagi - 12.30tengahari
Tempat : Balairaya Kg Seri Serendah

Wanita Serendah 

Betapa besarnya peranan seorang wanita pada masa kini, seperti yang kita dapat lihat sekarang telah ramai wanita yang berpendidikan terlibat dalam pelbagai sektor ekonomi seperti sektor luar bandar dan pertanian, sektor pembuatan terutamanya dalam sektor tekstil dan makanan, sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan masyarakat, sosial, persendirian dan sektor awam. 

      Usaha gigih perlu diambil untuk membantu wanita melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial dan ekonomi yang utama. Di Serendah terdapat beberapa persatuan yang memperjuangkan nasib kaum wanita dan memastikan penglibatan aktif kaum wanita di dalam pembangunan negara seperti:

1) Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Serendah
2) Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Kg. Seri Serendah
3) Persatuan Ibu Tunggal

      Pertubuhan Perkumpulan Wanita (Wl) adalah bukti sebuah pertubuhan yang memberi sumbangan dalam menyediakan pelbagai program pembangunan wanita ke arah yang lebih berdaya saing. Manakala, Persatuan Ibu Tunggal adalah usaha dalam membela nasib ibu tunggal, sekaligus memastikan penglibatan ibu tunggal di dalam beberapa sektor ekonomi seperti sektor Industri Kecil dan Sederhana dalam meningkatkan dan memperbaiki taraf hidup mereka.


Senarai Ahli Jawatankuasa Tertinggi WI Tahun 2013/2015





Mesyuarat Agung Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)
Cawangan Kg. Seri Serendah Kali Ke-22

Program : Mesyuarat Agung WI Cawangan Kg. Seri Serendah
Tarikh : 26/04/2015  (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Balai Raya Kg. Seri Serendah 

Aktiviti WI 2014/2015

Bil Aktiviti / Program
1

Aktiviti gotong-royong mengacau dodol bersama di antara AJK WI dan 
AJK Surau Kg. Seri Serendah di perkarangan Surau Kg. Seri Serendah

   
2 Majlis makan malam WI Daerah di Kompleks Sukan KKB
3 Aktiviti gotong-royong mengagihkan daging korban 
4 Sambutan Hari Raya bersama penduduk Kg. Seri Serendah
5 Menyertai program muslimat iaitu majlid tadarus di Masjid Nurul Islamiah, Sg. Choh
6 Menyertai solat berjemaah, tazkirah dan majlis pelancaran An-Nuryang telah
dirasmikan oleh Datin Rosmah Bt Mansor di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
   
7 Menyertai program mini bersama ADABI


Kursus Pengurusan Jenazah Perkumpulan Wanita Kg. Seri Serendah

Pada 24 Mei 2014, Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Kampung Seri Serendah telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah yang berlangsung di Surau Al-Taqwa Taman Seri Serendah. Majlis berlangsung dari jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Ramai ahli Perkumpulan Wanita (WI) yang hadir termasuk dari cawangan Taman Idaman dan Taman Anggerik. Program ini diadakan untuk mengisi masa terluang wanita-wanita di Serendah terutama kaum ibu dengan ilmu yang bermanfaat.


Kelas Membuat Coklat


Pada 17 Mac 2012, Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Kampung Seri Serendah telah mengadakan kelas membuat coklat di hadapan Pejabat Penghulu Mukim Serendah. Kelas membuat coklat ini diadakan bertujuan untuk mengajar golongan wanita di Serendah cara-cara membuat coklat buatan sendiri dalam pelbagai bentuk dan corak. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk menambah pendapatan sampingan kerana permintaan terhadap coklat buatan sendiri ini kian meningkat. 


Lawatan Ke Kilang Membuat Bihun dan Memberi Bantuan Kepada Ibu Tunggal

Pada 16 April 2011, Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Kampung Seri Serendah telah mengadakan lawatan ke kilang membuat bihun di Sungai Buloh. Lawatan itu diadakan bagi merapatkan hubungan silaturrahim sesama ahli dan menambah ilmu pengetahuan. Selepas habis lawatan itu, satu sumbangan untuk ibu tunggal diadakan pula di Dewan Serbaguna Tmn. Seri Serendah. Sumbangan itu adalah bagi meringankan beban salah satu ahli kumpulan itu yang telah kehilangan suami. Majlis sumbangan itu turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan Jabatan Kebajikan Masyarakat Hulu Selangor.

Program Ramah Mesra & Mesyuarat Agung Usahanita Hulu Selangor

Pada 8hb Mei 2010, Sabtu, Pi1M Tmn Seri Serendah telah mengadakan promosi dan mengedar pamplet pada program ini bagi tujuan memperkenalkan Pi1M kepada komuniti setempat. Program ini berlangsung jam 2.00 petang sehingga jam 6.00 petang, bertempat di Dewan Komuniti Desa Melor, Serendah. Pelbagai aturcara majlis yang telah diadakan selain mesyuarat agung usahanita seperti pertandingan hiasan buah-buahan, pertandingan ratu kebaya, pertandingan menulis cerpen dan pelbagai lagi pertandingan telah diadakan.