Program Kem Kenali Remaja Siri 5 telah diadakan pada 21 hingga 23 Ogos 2015 hari Jumaat hingga Ahad. Bertempat di Huda's Heaven, Ulu Rening, Batang Kali, program ini di sertai oleh seramai 100 orang peserta dari sekolah menengah di Daerah Hulu Selangor. Turut terlibat adalah seramai 23 orang fasilitator di setiap jabatan di daerah ini. Dengan kerjasama daripada:

Jabatan Kerajaan
1. Majlis Daerah Hulu Selangor
2. Pejabat Pendidikan Daerah
3. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
4. Pejabat Agama Islam Daerah
5. Pejabat Kesihatan Daerah

NGO
1. PeBT Hulu Selangor
2. PROSTAR Hulu Selangor

Program ini dikendalikan oleh penceramah yang terlatih dari jabatan kerajaan daerah ini serta NGO. Berkonsepkan kepimpinan, jati diri dan komunikasi, program ini telah menjadikan peserta lebih berketrampilan, berdisiplin, berani berhadapan dengan sebarang masalah serta menjadikan peserta bersifat berdaya kepimpinan dengan adanya aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Kem Kenali Remaja siri 5 ini telah berjaya memulihkan semangat peserta-peserta di mana majoriti daripada mereka telah memberi respon serta menunjukkan perkembangan yang sangat positif.

 

image gallery image gallery1 image gallery2

(Sumber berita daripada Majlis Daerah Hulu Selangor)

Program : Ulangtahun BEST Ke-7
Tarikh : 30/05/2015  (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Kerjasama : Golf Academy

 

Belia adalah aset terpenting dan merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan, bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh golongan ini. Justeru, peranan mereka ini amat penting dalam membangunkan sebuah negara amnya dan komuniti khususnya. Golongan belia terdiri dari golongan muda sama ada lelaki atau wanita, berumur dari 15 hingga 40 tahun. Golongan inilah yang merupakan penggerak dalam bidang politik, sosioekonomi, pendidikan, agama dan kebudayaan.

      Belia di Serendah biasanya terlibat aktif di dalam pertubuhan komuniti seperti Rukun Tetangga, Komuniti Bestari, RELA dan sebagainya. Mereka ini sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti atau program komuniti yang dijalankan di Serendah seperti gotong-royong, sukaneka, dan macam-macam lagi. Selain itu, terdapat belia yang menceburi bidang keusahawanan seperti membuka Cyber Cafe, Car Wash, Kedai Makan, dan Salun Kecantikan. Terdapat juga belia wanita yang membuka kelas aerobik bagi memenuhi masa lapang belia wanita yang lain. Manakala, bagi belia lelaki mereka mengisi masa lapang dengan bermain futsal, sepak takraw, badminton dan bola sepak di kawasan rekreasi yang disediakan di Mukim Serendah.


      Belia di Serendah sangat aktif dalam aktiviti seni mempertahankan diri iaitu silat. Ia merupakan pertubuhan berdaftar dan telah membuka pusat latihan di Daerah Hulu Selangor yang latihannya diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pusat latihan ini di kendalikan oleh anak-anak muda di Serendah.Pusat latihan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari anak-anak muda sekitar mukim Serendah. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan gejala negatif di kalangan belia. Mereka juga sering mengadakan persembahan seni silat Gayong di majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan sebarang perasmian di sekitar Mukim Serendah

Program : Kem Remaja Cuti Sekolah
Tarikh : 05/06/2015 - 07/06/2015  (Jumaat-Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 11.00 malam
Sasaran : Pelajar 13 - 18 Tahun
Tempat : Masjid Nurul Iman Serendah