Usahawan Nasi Ayam Lampu Isyarat Sg. Choh
Usahawan Mee Kuning
View the embedded image gallery online at:
http://serendah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId0caf26d52a
Sri Salezah Enterprise ditubuhkan pada Januari 2004 dan dimiliki oleh Puan Hajah Hazizah binti Adnan. Premis milik Puan Hjh Hazizah ini terletak di alamat No. 58, Jalan Melor 2, Desa Melor, Serendah. Antara produk utama yang dihasilkan ialah mee kuning (seri), bahulu cermai dan kuih bangkit. Selain itu, pada musim perayaan, Sri Salezah Enterprise turut menerima tempahan kuih raya bagi menambah pendapatan.
http://serendah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan#sigFreeId0caf26d52a
Puan Hajah Hazizah telah mengikuti pelbagai seminar dan kursus keusahawanan bagi menambah pengalaman dan meningkatkan produktiviti. Produk yang dihasilkan akan dipasarkan secara jualan terus di premis, melalui kontrak bersama Agro Fama dan pengedar kedai runcit, pasaraya serta Petronas di kawasan setempat, Rawang, Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Lumpur. Kini, premis Sri Salezah mempunyai seramai 4 orang pekerja dan telah dikenali ramai.
Pemilik | Puan Hajah Hazizah binti Adnan |
No.Telefon | 013-226 2066 / 03-6081 3169 |
Alamat | No. 58, Jalan Melor 2, Desa Melor, Serendah |