Pengenalan

Masjid Nurul Iman adalah masjid utama di Serendah.  Selain itu, Masjid Nurul Iman juga menyediakan solat Jumaat, juga solat setiap waktu, pengurusan jenazah, kuliah dan banyak lagi kelas islamiah.  Masjid Nurul Iman juga banyak menyediakan aktiviti ilmiah lain antaranya kelas tadarus, majlis pernikahan atau majlis-majlis lain yang mengikut perayaan Islam.

 

Pengenalan

Surau At-taqwa terletak di jalan untama Desa Melor.  Surau ini memberikan banyak manfaat kepada penduduk Desa Melor atau taman perumahan sekitarnya.  Antaranya, surau ini menyediakan solat Jumaat, juga solat setiap waktu, pengurusan jenazah, kuliah dan banyak lagi kelas islamiah. 

Pengenalan

Kedai MR. DIY baru saha dibuka di kawasan serendah.  Kedai ini serba sedikit dapat membantu melengkapkan kemudahan di sekitar serendah ini kerana kedainya yang banyak menjual barang keperluan buat penduduk setempat.

Pengenalan

Klinik kesihatan Serendah terletak di Jalan Ipoh, Serendah SERENDAH FS, 43300, Selangor.  KK Serendah ini menyediakan pelbagai jenis rawatan antaranya rawatan asas seperti demam, batuk selsema, rawatan gigi dan juga klinik ibu dan anak.  KK Serendah merupakan Klinik utama bagi penduduk Serendah dan sekitarnya.

  

Pengenalan

Dewan Komuniti Serendah boleh disewa untuk majlis-majlis yang bersesuai seperti majlis perkahwinan, seminar, majlis konvo, mesyuarat agong dan banyak lagi majlis yang melibatkan orang ramai.  Selain itu, dewan komuniti ini juga boleh ditempah untuk bermain badminton atau pertandingan badminton.  Cara dan syarat menempah dewan komuniti ini boleh didapati dengan melayari https://www.tempahanmdhs.gov.my/v2.2/ .