Usahawan membuat Fridge Magnet, Button Badge, Wedding Props, Guest Book, Stickers, T-Shirt Printing dan lain-lain

DSCN4177

Latar belakang

Nor Salmah Bte Abdul Salam merupakan seorang suri rumah yang Berjaya. Beliau memulakan perniagaan kerana ingin membantu suami untuk meningkatkan taraf kehidupan sekeluarga. Perniagaan ini diwujudkan kerana beliau sendiri mempunyai kemahiran untuk mereka stickers dan design. Sedikit banyak ia membantu di dalam perkembangan perniagaan ini. Perniagaan ini bermula pada tahun 2011 dan hanya dilakukan di rumah sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, banyak kelemahan yang beliau perlu baiki, antara nya ialah di dalam promosikan di media sosial untuk meningkatkan pendapatan . Malah bukan itu sahaja, beliau juga tidak pandai untuk mengurus perniagaan yang lebih sistematik. Seterusnya beliau tidak pandai untuk membuat Blog untuk pernigaan atas talian . Blog sangat penting di dalam perniagaan kerana ramai pelanggan ingin memberi barang di dalam Blog.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya pelinglibatan di PI, banyak perubahan yang ketara di dalam perniagan .sebagai contoh apabila menghadiri kelas membuat Blog, beliau dapat membuat blog sendiri dan lebih mendalami lebih mendalam.   

Seterusnya adalah apabila penglibatan beliau di PI, beliau banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang urus berniaga di atas talian kerana ia dapat meningkatkan pendapatan seharian. Perubahan selepas penglibatan di PI dan kelas-kelas yang dihadiri nya menunjukkan peningkatan pendapatan dari RM600 sebulan terus ke RM1000 sebulan. Hal ini memberi kesan yang positif terhadap perniagaan nya untuk lebih maju lagi.