USAHAWANAN MENJUAL KUIH

 

DSCN4254

Latar belakang

Puan Zunaidah mohd ali berumur 39 tahun merupakan seorang suri rumah yang Berjaya. Beliau membuat perniagaan menjual kuih muih antaranya donut, apam beras, karipap, kuih mona manis, kuih talam, seri muka dan sebagainya. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan aktiviti di PI1M beliau tiada ilmu tentang ICT. Malah beliau banyak jual kuih secara pergi ke kedai-kedai untuk menambahkan pendapatan sekeluarga. Rekod kewangan perniagaan juga hanya bertulis dan secara manual sahaja. Ia banyak membazirkan masa dan lambat untuk proses kemaskini kerana buat secara manual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya Pi1M, beliau banyak menghabiskan masa di pi1m kerana banyak faedah yang beliau dapat. Antaranya ialah pi1M banyak mengadakan program-program besar seperti hari dashboard komuniti. Hal ini beliau dapat berjumpa dengan ramai orang dan bertukar-tukar ilmu pengetahuan. Malah bukan itu sahaja, dengan adanya pi1m banyak kelas-kelas ict seperti pengenalan excel . Excel sangat penting kerana ia dapat mengrekod kewangan dengan lebih teliti dan sistematik serta dapat menjimatkan masa.