Pelajar Celik IT (OKU) 

DSCN6900

Latar belakang

Rohit Hansraja berumur 16 Tahun dan  merupakan seorang OKU yang mempunyai penyakit autism Spectrum Disorder .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak minat untuk bersekolah kerana persekitaran yang tidak kena dengan jiwanya. Berbagai aktiviti yang beliau lakukan untuk menarik minat beliau untuk mempelajari sesuatu untuk aktiviti. Walaubagaimanapun, jelas menampak kan minat beliau di dalam penggunaan telefon pintar dan penggunaan komputer di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau lebih focus dengan penggunaan internet di pusat internet taman seri serendah kerana persekitaran yang lebih tenang dan teratur. Ia juga salah satu rangsangan kepada pemikiran untuk lebih berkembang. 

Beliau seorang budak yang bijak kerana dapat menguasi dunia internet dan cara penggunaan internet. Jika dilihat dengan mata kasartentang cara penggunaan komputer ia budak yang normal. Apabila di pusat internet, ia dapat di kawal kerana petugas dapat memerhati gerak laku beliau dan pada masa yang sama petugas dapat memgajar beliau dengan lebih tratur dan sistematik.

Pelajar Celik IT 

DSCN6592

 

Latar belakang

Nur qaseh Izati berumur 12 tahun dan merupakan calon UPSR tahun 2018 di Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT banyak menghabiskan masa di padang atau di rumah sahaja, Penggunaan komputer di sekolah tidak merangsangkan kerana berebut-rebuat2 dan waktunya terhad sahaja. Banyak yang beliau tidak mengetahui cara-cara penggunaan komputer. Pada mula nya beliau hanya mengetahui komputer berkaitan dengan permainan sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Apabila sudah penglibatkan diri di aktiviti dan kelas di PI banyak yang beliau dapat melajari antara nya ialah beliau sudah pandai mencari gambar di laman web tertentu dan dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih menarik.

Seterusnya di dalam kelas ICT juga beliau dapat mempelajari cara-cara membuat slide perbentangan yang lebih menarik. Di dalam Microsoft power point tersebut terdapat fungsi-fungsi yang tertentu yang dapat digunakan yang lebih mendalam dan di dalam kelas ini terdapat latihan yang tertentu yang perlu di selesaikan. Oleh yang demikian ia dapat melatih kemahiran penggunaan tersebut.

Malah bukan itu sahaja, di PI jugak dapat mempelajari kemahiran lain di dalam permainan kratif dan dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah lebih bagus untuk mengembangan otak berhubung.

Usahawan membuat Popia Simpul Goreng

 

us1

 

 

Latar belakang

Ditang Binti Isal merupakan usahawan sepenuh masa di dalam pembuatan popia simpul goreng jejak 5 tahun yang lepas. Beliau juga mempunyai 6 orang anak yang sedang membesar. Sedikit sebanyak indutri perniaganya ini dapat membantu meningkatkan pendapatan sampingan seisi keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI, banyak kelemahan yang beliau perlu baiki, antara nya ialah di dalam promosikan di media sosial kerana selama ini hanya konsep “ mulut ke mulut “ sahaja, promosi ini tidak boleh meningkatan sayap ke peringkat yang lebih meluas lagi. Malah bukan itu sahaja, beliau juga tidak pandai untuk mengurus perniagaan yang lebih sistematik.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Apabila penglibatan beliau di PI, beliau banyak mendapat ilmu pengetahuan tentang urus berniaga di atas talian kerana ia dapat meningkatkan pendapatan seharian. Perubahan selepas penglibatan di PI dan kelas-kelas yang dihadiri nya menunjukkan peningkatan pendapatan dari RM600 sebulan terus ke RM1000 sebulan. Hal ini memberi kesan yang positif terhadap perniagaan nya untuk lebih maju lagi.

Seterusnya, kelas usahawan ini juga membantu beliau untuk menguruskan perniagaan yang lebih sistematik dan teratur.

Malah bukan itu sahaja, pertugas PI juga banyak memberi tunjuk ajar tentang teknik untuk menambil gambar dengan jelas. Hal ini juga teknik ini amat penting untuk menarik minat pelangan. Dengan penjimatan yang banyak PI juga mengajar cara-cara. 

Pelajar Celik IT 

us2

Latar belakang

Erda Amira berumur 17 tahun dan merupakan calon SPM tahun 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali Pusat Internet , beliau mencari Pusat Tuisyen berkaitan ICT di sekitar Rawang yang agak jauh dari tempat penginapan. Bukan itu sahaja, bukan sahaja jauh tetapi mahal bayarannya.

Hal ini kerana beliau dekat ingin belajar ICT kerana kebanyakkan tugas perlu di buat di komputer dan kemahiran tersebut tiada dalam diri beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan ICT amat penting di dalam kehidupan seharian pada masa kini, dengan  adanya Pusat Internet di sekitar kawasan penginapan ini ia amat memudahkan lagi untuk menambah ilmu pengetahuan di dala  bidang ICT

Bukan itu sahaja,  di PI ini beliau dengan kumpulan belajar dapat belajar dengan keadaan yang tenang. Hal ini kerana apabila di rumah mereka tidak dapat fokus kerana keadaan persekitaran yang tidak merangsangkan. Maka PI adalah satu tempat yang selesa dan baik  untuk sesi ulangkaji pelajaran.

Bagaimanapun, pengetahuan ICT ini penting kerana selepas tamat SPM, kemungkinan besar beliau akan menyambung pelajaran ke tempat yang lebih tinggi. Sedikit sebanyak PI1M memberi pendedahan awal di dalam penggunaan ICT. Ia juga menambah ilmu 

 

Perniagaan menjual kek moist coklat

 

Kelas 6

 

 

Latar belakang

Puan Nordatiamin sudah 5 tahun berkahwin dan mempunyai 2 orang anak yang sedang membesar. Bermula daripada minat dan hobi terus membawa ke perniagaan. Menjual Berbagai jenis bentuk kek moist coklat. Malah bukan itu, keuntungan jualan ini dapat memberi pendapatan sampingan kepada ahli keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Walaupun menjadi surirumah sepenuh masa, banyak menghabiskan masa dengan anak dan berniagaan yang di jalankan secara kecik-keciklan. Oleh itu, banyak kelas atau bengkel usahawan yang beliau tidak dapat meningkuti. Pada zaman sekarang promosikan barang jualan lebih kepada media social.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Berbagai kelas usahawan dan kelas ICT yang beliau hadiri untuk meningkatan lagi pengetahuan di dalam perniagaan serta kemahiran ICT untuk menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Hal ini kerana ia dapat membawa beliau masuk ke pasaran yang serba canggih dan moden untuk berdaya saing dengan dunia luar.

Malah, bukan itu sahaya Petugas di PI1M memperkenalan saya di dalam sistem terbaru iaitu dashboard ( My shop ), sistem ini dapat mempromosikan perkhidmatan solekan saya di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama ini juga dapat meningkatkan pendapatan saya yang lebih tinggi.