Pelajar Celik IT (OKU) 

DSCN6900

Latar belakang

Rohit Hansraja berumur 16 Tahun dan  merupakan seorang OKU yang mempunyai penyakit autism Spectrum Disorder .

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak minat untuk bersekolah kerana persekitaran yang tidak kena dengan jiwanya. Berbagai aktiviti yang beliau lakukan untuk menarik minat beliau untuk mempelajari sesuatu untuk aktiviti. Walaubagaimanapun, jelas menampak kan minat beliau di dalam penggunaan telefon pintar dan penggunaan komputer di rumah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau lebih focus dengan penggunaan internet di pusat internet taman seri serendah kerana persekitaran yang lebih tenang dan teratur. Ia juga salah satu rangsangan kepada pemikiran untuk lebih berkembang. 

Beliau seorang budak yang bijak kerana dapat menguasi dunia internet dan cara penggunaan internet. Jika dilihat dengan mata kasartentang cara penggunaan komputer ia budak yang normal. Apabila di pusat internet, ia dapat di kawal kerana petugas dapat memerhati gerak laku beliau dan pada masa yang sama petugas dapat memgajar beliau dengan lebih tratur dan sistematik.