Usahawan Perabot Kayu 

 

 

yatim

 

 

 

Latar belakang

 Beliau memulakan peniagaan membuat perabot kayu palet secara kecil kecilan sahaja di Kawasan perumahan. Beliau sudah pencen dari perkerjaan asal selama 4 tahun. Oleh kerana minatnya yang mendalam beliau memulakan membuat perabot kayu palet secara kecil kecilan.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum penglibatan ICT ,perniagaan beliau hanya melalui dipromosi melalui sahabat-sahabat yang berdekatan sahaja.Beliau ingin kembangan perniagaan melalui media social supaya lebih ramai orang disekitar Kawasan lebih mengenali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

  Berbagai kelas usahawan dan kelas ICT yang beliau hadiri untuk meningkatan lagi pengetahuan di dalam perniagaan serta kemahiran ICT untuk menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Hal ini kerana ia dapat membawa beliau masuk ke pasaran yang serba canggih dan moden untuk berdaya saing dengan dunia luar.

Malah, bukan itu sahaya Petugas di PI memperkenalan beliau di dalam sistem terbaru iaitu dashboard ( My shop ), sistem ini dapat mempromosikan perniagaan di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama ini juga dapat meningkatkan pendapatan saya yang lebih tinggi.

 

Nama : Muhd Ridhuwan
Umur : 12 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Beliau merupakan pelajar sekolah rendah tahap 2 . Beliau juga merupakan pelajar celik IT di Pusat Internet Taman Seri Serendah. Beliau belajar di Pusat Internet atas suruhan ibubapa beliau yang menghantarnya. Berbagai kelas yang beliau hadiri untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau tidak mengetahui cara-cara penggunaan Komputer. Sebagai contohnya di dalam membuat kertas kerja. Hal ini kemahiran di dalam Microsoft Word amat membantu di dalam penghasilan semasa membuat kertas kerja atau tugasan.

Malah bukan itu sahaja, beliau juga tidak mengetahui kemahiran membuat PowerPoint untuk menampak kan lebih menarik dan cantik. Hal ini kerana kemahiran ini amat penting untuk memberi keyakinan semasa pembentangan power point tersebut.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Perubahan yang ketara yang beliau pelajari di PI Taman Seri Serendah antaranya ialah beliau lebih memahami cara-cara penggunaaan Microsoft Word. Hal ini membantu beliau dapat menguasai Microsoft Word .

Malah bukan itu sahaja, beliau juga dapat mengetahui lebih mendalam di dalam Microsoft Power Point. Hal ini membuatkan beliau lebih yakin untuk aktiviti pembentangan akan datang. Cara-cara mengubah pembentangan yang lebih menarik dan tertarik juga beliau sudah mengetahui dalam membuat slide di Microsoft Power Point.

Pelajar Celik IT

 

Latar Belakang

Puan Suria Binti Wahab,40 merupakan seorang guru tadika KEMAS di perkampungan orang asli di Serendah. Beliau juga merupakan orang asli. Beliau berminat untuk mempelajari ilmu perkomputeran kerana beliau mengambil Ijazah separuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau kurang mengetahui cara-cara penggunaan komputer. Contohnya, dalam pembuatan kertas kerja yang memerlukan kemahiran di dalam Microsoft Word.

Malahan, beliau juga menghadapi masalah untuk membuat slaid pembentangan menggunakan Microsoft Power Point. Sedangkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran beliau kemahiran tersebut amat diperlukan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Perubahan yang ketara selepas beliau mendapat khidmat daripada Pusat Internet Taman Seri Serendah ialah beliau lebih memahami cara-cara penggunaan Microsoft Word dalam melakukan kerja-kerja beliau.

Selain itu, beliau juga sudah mahir untuk membuat slaid pembentangan yang menarik dan berkesan menggunakan Microsoft Power Point. Hal ini juga membantu dalam menambahkan keyakinan kepada beliau dalam membuat pembentangan pada masa akan datang. 

USAHAWAN PAKAIAN

Nama : Siti Zaleha Bt. Hamzah
Umur : 41 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Beliau merupakan surirumah yang berniaga kain pasang dari rumah ke rumah yang sudah 4 tahun di dalam perniagaaan ini. 

Beliau juga merupakan ahli pusat internet yang aktif dengan kelas-kelas yang ditawarkan di pusat internet. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau tidak berkeyakinan didalam mengunakan komputer. Hal ini kerana beliau tidak penah untuk menggunakan komputer. Oleh sebab itu, beliau tidak pandai menggunakan komputer.

Selain daripada itu, untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tiada pengetahuan di dalam aplikasi tersebut.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

PI banyak membantu di dalam penggunaan komputer iaitu penggunaan komputer dan penggunaan Microsoft Word, power point dan excel. PI banyak melakukan kelas-kelas tersebut untuk meningkatkan tahap kemahiran di dalam diri beliau. 

Malah bukan itu sahaja Puan Zaleha juga melibatkan diri dengan kursus-kursus usahawan. Hal ini dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan Puan Zaleha di dalam bidang perniagaan.

 

Usahawan Perkhidmatan Pantang & Menjual Jamu Kesihatan 

 

 

as

 

Latar belakang

Puan Kasmawati Abdul Latif berumur 52 tahun. Beliau berniaga di dalam bidang perkhidmatan berpantang/berurut ini sudah 4 tahun. Perkhidmatan  berpantang/berurut ini adalah perkhidmatan ke rumah ke rumah. Beliau akan pergi ke rumah pelanggan untuk membuat perkhidmatan ini. Harga perkhidmatan ini antara rm50 – rm150 mengikut kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di pi1m,  beliau tidak berani dan tidak berkeyakinan kerana bagi beliau komputer ini susah untuk difahami. Selain daripada itu,  untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tidak pandai di dalam penggunaan tersebut.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PI1M banyak sediakan kursus-kursus usahawan. Hal ini dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaan. Selepas masuk ke kursus-kursus ini beliau baru pandai menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Seterusnya di dalam kelas usahawan ini, petugas memberi teknik-teknik atau tip yang berguna untuk memajukan perniagaan beliau.

Maklumat Tambahan

Facebook: KasmawatiAbdulLatif 

Pendapatan bulannya beliau meningkat dari semasa ke semasa . ini kerana beliau tidak bergantung kepada membuka gerai di pasar malam sahaja, beliau menggunakan medium perniagaan atas talian.