USAHAWAN PAKAIAN

Nama : Siti Zaleha Bt. Hamzah
Umur : 41 tahun
Ahli : 2019

 

Latar Belakang

Beliau merupakan surirumah yang berniaga kain pasang dari rumah ke rumah yang sudah 4 tahun di dalam perniagaaan ini. 

Beliau juga merupakan ahli pusat internet yang aktif dengan kelas-kelas yang ditawarkan di pusat internet. 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau tidak berkeyakinan didalam mengunakan komputer. Hal ini kerana beliau tidak penah untuk menggunakan komputer. Oleh sebab itu, beliau tidak pandai menggunakan komputer.

Selain daripada itu, untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tiada pengetahuan di dalam aplikasi tersebut.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI

PI banyak membantu di dalam penggunaan komputer iaitu penggunaan komputer dan penggunaan Microsoft Word, power point dan excel. PI banyak melakukan kelas-kelas tersebut untuk meningkatkan tahap kemahiran di dalam diri beliau. 

Malah bukan itu sahaja Puan Zaleha juga melibatkan diri dengan kursus-kursus usahawan. Hal ini dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan Puan Zaleha di dalam bidang perniagaan.