Usahawan Perkhidmatan Pantang & Menjual Jamu Kesihatan 

 

 

as

 

Latar belakang

Puan Kasmawati Abdul Latif berumur 52 tahun. Beliau berniaga di dalam bidang perkhidmatan berpantang/berurut ini sudah 4 tahun. Perkhidmatan  berpantang/berurut ini adalah perkhidmatan ke rumah ke rumah. Beliau akan pergi ke rumah pelanggan untuk membuat perkhidmatan ini. Harga perkhidmatan ini antara rm50 – rm150 mengikut kawasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di pi1m,  beliau tidak berani dan tidak berkeyakinan kerana bagi beliau komputer ini susah untuk difahami. Selain daripada itu,  untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tidak pandai di dalam penggunaan tersebut.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

PI1M banyak sediakan kursus-kursus usahawan. Hal ini dapat meningkatkan tahap ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaan. Selepas masuk ke kursus-kursus ini beliau baru pandai menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Seterusnya di dalam kelas usahawan ini, petugas memberi teknik-teknik atau tip yang berguna untuk memajukan perniagaan beliau.

Maklumat Tambahan

Facebook: KasmawatiAbdulLatif 

Pendapatan bulannya beliau meningkat dari semasa ke semasa . ini kerana beliau tidak bergantung kepada membuka gerai di pasar malam sahaja, beliau menggunakan medium perniagaan atas talian.