Pelajar Celik IT

 

Latar Belakang

Puan Suria Binti Wahab,40 merupakan seorang guru tadika KEMAS di perkampungan orang asli di Serendah. Beliau juga merupakan orang asli. Beliau berminat untuk mempelajari ilmu perkomputeran kerana beliau mengambil Ijazah separuh masa di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet, beliau kurang mengetahui cara-cara penggunaan komputer. Contohnya, dalam pembuatan kertas kerja yang memerlukan kemahiran di dalam Microsoft Word.

Malahan, beliau juga menghadapi masalah untuk membuat slaid pembentangan menggunakan Microsoft Power Point. Sedangkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran beliau kemahiran tersebut amat diperlukan.

Selepas penggunaan ICT / Penglibatan PI 

Perubahan yang ketara selepas beliau mendapat khidmat daripada Pusat Internet Taman Seri Serendah ialah beliau lebih memahami cara-cara penggunaan Microsoft Word dalam melakukan kerja-kerja beliau.

Selain itu, beliau juga sudah mahir untuk membuat slaid pembentangan yang menarik dan berkesan menggunakan Microsoft Power Point. Hal ini juga membantu dalam menambahkan keyakinan kepada beliau dalam membuat pembentangan pada masa akan datang.