Pelajar Celik IT 

3

Latar belakang

Adama syafrizal bin syafril berumur 10 tahun dan merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Serendah. Beliau amat berminat dengan teknologi maklumat terutamanya penggunakan Komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet beliau seorang yang tidak aktif . Beliau amat berminat untuk belajar menggunakan komputer  tetapi kelas komputer di luar mempunyai kos yang tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Banyak berubahan yang dapat beliau dapat antaranya ialah beliau dapat mengenali cara pengunaan komputer dengan lebih mahir. Terutamanya  dengan menggunakan Microsoft Word, Microsoft power point dan Microsoft paint serta berbagai aplikasi yang lain.

Bukan itu sahaja,  di PI ini beliau dengan kumpulan belajar dapat belajar dengan keadaan yang tenang. Hal ini kerana apabila di rumah mereka tidak dapat fokus kerana keadaan persekitaran yang tidak merangsangkan. Maka PI adalah satu tempat yang selesa dan baik untuk sesi ulangkaji pelajaran.

Selain daripada itu, banyak aplikasi permainan pelajaran yang di ajar untuk meransang perkembangan kreatif  untuk mengenali dunia ICT. Antara contohnya puzzle online dapat melatih dari segi fokus mencari sesuatu bahan dan word search dapat menguasai ilmu mata pelajaran English.