Usahawan PakaianBundle ( Baju pakaian dari dewasa sehingga kanak-kanak)

DSCN4188

Latar belakang

Puan Shuhaida Bt Arshad berumur 40 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak. Beliau memulakan perniagan pakaian bundle ini dari tahun 2016 sehingga sekarang. Perniagan pakaian bundle ini merangkumi pakaian dewasa sehingga kanak-kanak. Hal ini kerana menarik minat untuk berniaga pakaian bundle ini kerana permintaan daripada pelanggan yang amat mengalakkan pada masa kini. Harga pakaian bundle ini dalam anggaran rm5 shingga rm35 sehelai. Malah kebanyakkan pakaian bundle ini adalah daripada jenama yang mahal. Oleh yang demikian terdapat permintaan tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan di pi1m, beliau hanya  membuka gerai di pasar malam sahaja tanpa melibatkan perniagaan online. Pendapatan pada masa itu hanya RM1000.00 sahaja. Malah bukan itu sahaja, perniagaan bundle ini bermusim kadang-kadang berlipat ganda keuntungan kadang-kadang tidak. Bukan itu sahaja, untuk menggunakan komputer, beliau tidak berani dan tidak berkeyakinan kerana bagi beliau komputer ini susah untuk difahami. Selain daripada itu, untuk penggunaan Microsoft word, power point dan sebagainya beliau sememangnya tidak pandai di dalam penggunaan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya PI1M Taman Seri Serendah, beliau mengambil peluang untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang perniagaa online. Berbagai kelas yang beliau hadiri di pusat internet 1malaysia Taman Seri Serendah antaranya ialah kelas asas media social, kelas ini mengajar beliau cara-cara memperomosikan barang perniagaan di media social sebagai contohnya Facebook dan Instagram. Hal ini kerana zaman sekarang ramai dikalangan kita tidak mahu membeli barang di kedai-kedai. Pelanggan zaman sekarang lebih selesa membeli barang di atas talian ia dapat jimat masa.