1) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT WORD - MEMBUAT SURAT PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI)
Tarikh : 3 March 2023
Masa : 2:30 Petang - 4:30 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengunjung cara menggunakan microsoft word. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara membuat surat dengan menggunakan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang kegunaan microsoft word. Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk membuat surat perjanjian tersebut kepada pengguna, dan petugas akan memastikan pengguna membawa semua maklumat yang akan dimasukkan kedalam surat perjanjian tersebut. Sebelum menaip surat perjanjian tersebut petugas menyurus pengunjung untuk membuat rangka surat terlebih dahulu dan barulah mula menaip surat perjanjian tersebut. Setelah selesai pengunjung menaip surat itu, petugas akan memastikan surat tersebut telah di simpan didalam dokumen simpanan pengunjung.
2) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENGENALAN KOMPONEN KOMPUTER , CARA MENCARI GAMBAR DIDALAM INTERNET DAN PENGENALAN MICROSOFT WORD)
Tarikh : 6 March 2023
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar komponen asas komputer dan cara melayari internet. Aktiviti ini juga serba sedikit dapat mengajar peserta cara menggunakan komputer dengan betul dan cara melayari internet. Peserta juga akan lebih mahir kerana diberi pendedahan awak tentang kegunaan internet dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan pengenalan tentang microsoft word dan komponen-komponen komputer dan kegunaannya. Petugas juga menunjukkan contoh komponen kepada peserta, seterusnya petugas mengajar peserta cara mencari gambar di internet. Petugas memberikan aktiviti kepada peserta untuk mencari gambar komponen komputer didalam internet. Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk melabelkan gambar tersebut menggunakan microsoft word. Akhir sekali, petugas memastikan peserta melabelkan komponen dengan betul dan petugas memastikan dokumen telah disimpan.
3) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN POLIS)
Tarikh : 10 March 2023
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada pengunjung untuk mengisi borang permohonan polis. Petugas juga mengajar pengunjung cara untuk mengisi borang secara online.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengunjung melayari laman web yang diingini iaitu pengambilan Polis (PDRM). Setelah itu petugas memastikan pengunjung membawa semua butiran penting yang perlu diisi didalam borang tersebut. Akhir sekali, petugas juga memastikan pengunjung selesai mengisi borang dan telah disimpan didalam simpanan pengunjung, dan mencetak borang tersebut.
4) PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA INTERNET
Tarikh : 18 March 2023
Masa : 8:00 Pagi - 2:00 Petang
Tempat : Dewan Komuniti Felda Soeharto, Hulu Selangor
Peserta : Penduduk Setempat
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung peranan dan tanggungjawab meraka ketika melayari internet. Selain itu, banyak aktiviti yang ada seperti ceramah dari pihak MCMC, PDRM dan Shopee, pemeriksaan asas kesihatan secara percuma, pameran dan jualan dari usahawan PEDi dan cabutan bertuah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan ketibaan peserta program dan sarapan pagi, kemudiannya diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengurus JKKR Felda Soeharto dan diikuti ucapan dan perasmian oleh Pengarah MCMC Selangor, Tuan Haji Rizal Abd Malek. Majlis diteruskan dengan aktiviti sesi 1 iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak, penceramah ialah En. Hazlami Othman dari SKMM. Sesi ke-2 diteruskan dengan ceramah dari Shopee Malaysia tentang Mulakan Bisness E-Dagang Anda Dengan Shopee, penceramah ialah Puan Atikah Sikun. Seterusnya sesi ke-3 ialah tentang Kesedaran Ancaman Scammer: Penipuan Pembelian Atas Talian. Ceramah disampaikan oleh ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah dari IPD Sentul. Aktiviti akhir yang dijalankan adalah penyampaian voucher "KEMBALI KE SEKOLAH" oleh Shopee dan bersurai.
5) E- TUISYEN (KEMAHIRAN MEMBACA (BI) BASIC READING)
Tarikh : 18 March 2023
Masa : 2:15 Petang - 3:15 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah aktiviti peserta ketika cuti sekolah ini, peserta juga dapat mempelajari dan mengetahui basic English untuk memudahkan mereka dalam membaca dan bercakap. Peserta juga menerima modul yang disediakan oleh guru, ketika kelas berlansung.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan guru memperkenalkan diri kepada peserta dan juga guru memberikan penerangan ringkas tentang kelas pada hari tersebut. Seterusnya, guru memulakan kelas dengan aktiviti di modul yang disediakan. Peserta diberikan masa beberapa minit untuk menyiapkan modul dan akan berbincang bersama guru dan peserta yang lain. Kelas diteruskan sehingga modul selesai dijawab, sebelum kelas tamat guru akan membuat sesi soal jawab jika ada topik yang peserta keliru.
1) BENGKEL PEMBELAJARAN (MEMBUAT STICKER)
Tarikh : 3 Februari 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar peserta cara untuk membuat sticker dengan mudah. Selain itu dapat membantu peniaga kecil membuat sticker sendiri, hal ini dapat mengurangkan serba sedikit kos dalam perniagaan mereka jika mereka mempunyai skill membuat sticker sendiri.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sticker kepada peserta dan penerangan menggunakan microsoft word untuk membuat sticker. Peserta akan memasukkan logo perniagaan ke dalam komputer dan akan menggunakan microsoft word untuk mengedit dan sebagainya. Petugas memastikan dokumen telah disimpan dan petugas mencetak dokumen tersebut untuk simpanan peserta.
2) E-PEMBELAJARAN (PUZZLE ONLINE)
Tarikh : 9 Februari 2023
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web ini bukan sahaja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya. Laman web juga dapat menarik minat peserta untuk membuat aktiviti seperti ini iaitu bermain puzzle secara online, dan banyak lagi yang kita akan belajar jika kita rajin untuk melayari laman web.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas dan cara melayari laman web yang menyediakan permainan puzzle online. Seterusnya petugas akan memastikan semua peserta memilih gambar untuk mereka memulakan permainan puzzle tersebut. Peserta juga perlu menyusun puzzle seperti mana gambar yang dipilih mereka, peserta memulakan dengan menyusun 12keping puzzle dahulu kemudian peserta akan menambah lagi jumlah puzzle yang perlu disusun seperti 20 keping, 40 keping dan seterusnya.
3) BENGKEL PEMBELAJARAN CANVA (MEMBUAT RESUME)
Tarikh : 15 Februari 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta untuk membuat resume dengan menggunakan canva, ini kerana canva mempunyai banyak templat yang boleh digunakan dengan secara percuma. Dalam masa yang sama peserta juga tahu serba sedikit cara menggunakan canva ini kerana di canva bukan sahaja membuat resume tapi banyak lagi kegunaan seperti mengedit gambar, membuat poster, logo dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menggunakan canva. Petugas juga membantu peserta memilih templat resume yang sesuai. Petugas memastikan peserta membawa semua maklumat diri peserta yang perlu diisi di templat resume tersebut. Akhir sekali, Petugas akan meneliti resume tersebut jika ada maklumat yang salah atau tidak lengkap yang harus dibetulkan, dan petugas memastikan resume tersebut telah disimpan dalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk simpanan peserta.
4) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT WORD - MEMBUAT SURAT RASMI)
Tarikh : 21 Februari 2023
Masa : 11 Pagi - 1 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna cara untuk membuat surat rasmi dengan menggunakan microsoft word. Peserta juga dapat belajar cara menggunakan format yang betul untuk membuat surat rasmi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan microsoft word kepada peserta. Petugas mengajar untuk menggunakan format yang betul untuk membuat surat rasmi dan petugas memastikan peserta mempunyai rangka ayat yang sudah ditulis debelum memulakan proses taip di dalam komputer. Petugas memastikan semua format betul dan petugas memastikan peserta telah menyimpan dokumen di dalam simpanan peserta.
1) BENGKEL E-KERAJAAN (PEPERIKSAAN SPA ATAS TALIAN).
Tarikh : 1 Desember 2022
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantau peserta menjalani peperiksaan secara online dan memastikan peserta selesai menjawab. Dan memberi peluang kepada pengguna menggunakan kemudahan di PEDi.
AKTIVITI
Aktiviti utama dimulakan dengan pengguna melayari internet yang diingini iaitu SPA online. Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai maklumat yang lengkap untuk pengguna jika melayari laman web tertentu.
2) E-PEMBELAJARAN (PENGENALAN MICROSOFT WORD - SURAT RASMI)
Tarikh : 2 Desember 2022
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi. Petugas memastikan peserta mempunyai tajuk dan juga isi yang akan digunakan dalam surat rasmi tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti utama dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Word dan penerangan tentang format yang digunakan untuk membuat surat rasmi. Petugas juga memastikan peserta mempunyai tajuk dan isi untuk surat rasmi tersebut. Seterusnya petugas juga akan memastikan peserta munggunakan format yang betul. Petugas memastikan dokumen telah disimpan dan petugas mencetak dokumen tersebut untuk simpanan peserta.
3) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENGENALAN MICROSOFT WORD & PENCARIAN MAKLUMAT DI INTERNET)
Tarikh : 3 Desember 2022
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar untuk mencari maklumat di internet untuk pelajar menyelesaikan kerja kursus pelajar. Pelajar dapat belajar bagaimana cara melayari internet dan mendapatkan maklumat yang tepat. Petugas juga memastikan pelajar mendapatkan maklumat yang cukup untuk pelajar menyelesaikan kerja kursusnya.
AKTIVITI
Aktiviti utama dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Word, dan web di internet. Petugas akan memastikan pelajar mencari maklumat di internet dan pelajar boleh memasukkan maklumat ke Microsoft Word. Petugas juga akan mengajar pelajar beberapa tool yang menarik seperti memasukkan kotak, gambar dan sebagainya. Petugas juga akan memastikan dokumen yang di edit di simpan ke dalam simpanan pelajar.
4) KEUSAHAWANAN. PENDAFTARAN SSM DARI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
Tarikh : 7 Desember 2022
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan baru tentang kepentingan pendaftaran SSM. Pendaftaran SSM penting kepada usahawan kerana memberi banyak kelebihan daripada kerajaan. Dengan adanya SSM ini, para usahawan dapat mengembangkan perniagaan untuk mendapatkan modal atau pinjaman.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang pendaftaran SSM, dan kebaikan-kebaikan mendaftar perniagaan. Para peserta diberi taklimat yang terperinci dari pada SSM dari awal sehingga akhir, SSM juga memberi peluang kepada para pelajar serta OKU untuk memulakan perniagaan. Taklimat ini merangkumi semua lapisan masyarakat, dan akhir sekali sesi soal jawab dan kaji selidik diberikan untuk menambahbaikkan bengkel ini.
5) BENGKEL SHOPEE
Tarikh : 9 Desember 2022
Masa : 10 Pagi - 12:30 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengajar peserta cara untuk menggunakan kupon untuk penjualan produk mereka dan cara penggunaan Keyword untuk produk yang dijual. Dengan adanya bengkel ini para usahawan boleh menambah strategi promosi dalam perniagaan mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan moderator, seterusnya moderator menerangkan tentang keperluan menggunakan kupon yang diberikan daripada Shopee. Moderator juga menerangkan cara-cara tetapan kupon di akaun Shopee bagi memudahkan usahawan memahami cara penetapan tersebut. Seterusnya, moderator juga mengajar cara memilih Keyword yang betul untuk sesuatu produk, hal ini memudahkan produk kita muncul dalam pencarian pelanggan.
6) E-PEMBELAJARAN (MATEMATIK)
Tarikh : 18 Desember 2022
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan aktiviti baharu untuk para pelajar. Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik lebih mendalam dengan lebih mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan pengenalan asas pengiraan matematik seperti tambah dan tolak. Petugas akan memberikan beberapa latihan melibatkan pengiraan yang mudah untuk pelajar didalam laman web. Petugas juga akan membantu pelajar jika ada latihan yang sukar untuk diselesaikan oleh pelajar. Petugas akan memastikan pelajar selesai menjawab semua soalan dengan jawapan yang betul.
1) E-PEMBELAJARAN (MEWARNA)
Tarikh : 5 Januari 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara mempelbagaikan lagi aktiviti mereka selain daripada mewarna menggunakan buku dan pensel warna. Selain itu, pelajar juga serba sedikit dapat menambah pengetahuan penggunaan PC, dan juga dapat mengasah kreativiti pelajar dalam penggunaan warna.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan laman sesawang kepada pelajar oleh petugas. Pelajar akan memilih jenis lukisan yang hendak diwarnakan dan pelajar akan memulakan aktiviti mewarna. Petugas akan memantau pelajar dan membantu pelajar dalam pemilihan lukisan. Petugas akan memastikan lukisan yang diwarnakan disimpan kedalam simpanan pelajar.
2) E-TUSYEN (MATEMATIK TAHUN 2&3)
Tarikh : 7 Januari 2023
Masa : 4:45 Petang - 5:45 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran matematik. Pelajar juga dapat menambah pengetahuan IT kerana kelas diaadakan secara atas talian. Selain itu, PEDi juga banyak menyediakan pelbagai latihan atau kelas mengikut peringkat umur yang boleh disertai. Manakala penduduk setempat juga boleh mengikuti latihan yang disediakan di PEDi Taman Seri Serendah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka zoom meeting terlebih dahulu, kelas dimulakan dengan pengenalan guru dan pelajar terlebih dahulu. Pihak PEDi juga telah mencetak nota untuk pelajar yang menyertai e-tusyen ini bagi memudahkan para pelajar membuat latihan ketika kelas berlansung. Seterusnya, setelah selesai menjawab latihan di nota yang diberikan guru menyediakan quiz online kepada pelajar, quiz tersebut mempunyai 21 soalan yang perlu pelajar jawab. Guru juga membuat sesi perbincangan jawapan bersama pelajar sebelum menamatkan kelas.
3) E-KERAJAAN ( MENGISI BORANG YAWAS / SMUE)
Tarikh : 13 Januari 2023
Masa : 2:00 Petang - 4:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar pengguna mengisi Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (YAWAS/SMUE) secara atas talian. Selain itu, petugas juga memastikan pengguna selesai mengisi borang dengan betul dan petugas memastikan semua maklumat tepat.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu e-mesra.yawas.my. Setelah itu, petugas memastikan pengguna membawa semua maklumat yang perlu diisi di borang tersebut seperti IC pemohon dan IC waris. Petugas juga akan memastikan pengguna mengisi maklumat yang lengkap dan tepat di borang tersebut. Petugas juga akan mencetak borang yang telah diisi tersebut untuk simpanan pengguna.
4) PROGRAM TANPA TUNAI
Tarikh : 10 Januari 2023
Masa : 9:30 Pagi - 2:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Desa Kelisa
Peserta : Semua Lapisan
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran bahawa mudahnya untuk berbelanja tanpa menggunakan tunai. Tanpa tunai juga kita boleh berbelanja dengan mudah tanpa memikirkan kekurangan duit atau lebihan baki duit. Manakala itu di zaman pandemik ini kita dapat mengurangkan sentuhan terhadap sesuatu ini, kerana dengan satu sentuhan kad sahaja kita dapat berbelanja barang keperluan yang kita mahukan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, kemudian diikuti aktiviti taklimat untuk usahawan berkaitan Shopee dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas tentang kelebihan pembelian tanpa tunai kepada pengunjung yang hadir, selesai taklimat tersebut pihak PEDi Taman Desa Kelisa membuat aktiviti jualan pelbagai jenis aiskrim kepada pengunjung dengan kaedah pembelian tanpa tunai. Pengunjung juga boleh bermain permainan putar dan menang yang boleh memenangi aiskrim percuma.
1) E-PEMBELAJARAN POWERPOINT
Tarikh : 4 November 2022
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membuat kerja kursus sekolah mereka. Petugas juga mengajar mereka menggunakan beberapa ciri template yang boleh menambah kretiviti mereka dalam membuat slide.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Microsoft PowerPoint, setelah petugas selesai memberi penerangan, petugas akan memeastikan pelajar mempunyai isi-isi yang menarik untuk di masukkan kedalam setiap slide yang dibuat. Petugas juga akan menyemak setiap slide untuk memastikan pelajar boleh memaksimumkan kreativiti mereka kedalam slide yang dibuat. Petugas juga akan memastikan dokumen yang di edit sudah disimpan
2) PENYERAHAN ASET PEDi KEPADA AGENSI
Tarikh : 23-26 November 2022
Masa : 10 pagi - 5 petang
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 6 Agensi
TUJUAN
Tujuan penyerahan eset PEDi kepada agensi ini adalah untuk menghapuskan aset yang sedia ada kerana PEDi mendapat eset yang baru. Aset PEDi ini perlu diberikan kepada egensi yang sentiasa bekerja sama didalam program yang dijalankan oleh PEDi. Disamping itu, agensi boleh menggunakan aset ini kepada komuniti.
AKTIVITI
Penglibatan penyerahan ini melibatkan 6 agensi iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan, Sekolah Kebangsaan Serendah, MPKK Dato' Harun Serendah, Penghulu Mukin Serendah, Tadika Kemas dan Bengkel Menjahit Kg Seri Serendah.
3) KELAS E-KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG ASRAMA PENUH AGAMA ISLAM)
Tarikh : 26 November 2022
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengisi borang permohonan ke asrama penuh melalui sistem Maiwp (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Petugas memberikan pendedahan kepada peserta cara untuk mengisi borang dengan betul bagi memudahkan proses pendaftaran.
AKTIVITI
Aktiviti utama petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem Maiwp. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan peserta membawa dokumen yang lengkap untuk mereka mengisi borang tersebut. Petugas juga akan memastikan peserta selesai mengisi borang dengan lengkap dan mencetak borang tersebut untuk simpanan mereka.