1) E-PEMBELAJARAN (MEWARNA)

Tarikh   : 5 Januari 2023

Masa    : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara mempelbagaikan lagi aktiviti mereka selain daripada mewarna menggunakan buku dan pensel warna.  Selain itu, pelajar juga serba sedikit dapat menambah pengetahuan penggunaan PC, dan juga dapat mengasah kreativiti pelajar dalam penggunaan warna.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan laman sesawang kepada pelajar oleh petugas.  Pelajar akan memilih jenis lukisan yang hendak diwarnakan dan pelajar akan memulakan aktiviti mewarna.  Petugas akan memantau pelajar dan membantu pelajar dalam pemilihan lukisan.  Petugas akan memastikan lukisan yang diwarnakan disimpan kedalam simpanan pelajar.

Gambar Disini

 


 

2) E-TUSYEN (MATEMATIK TAHUN 2&3)

Tarikh   : 7 Januari 2023

Masa    : 4:45 Petang - 5:45 Petang

Tempat : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran matematik.  Pelajar juga dapat menambah pengetahuan IT kerana kelas diaadakan secara atas talian.  Selain itu, PEDi juga banyak menyediakan pelbagai latihan atau kelas mengikut peringkat umur yang boleh disertai.  Manakala penduduk setempat juga boleh mengikuti latihan yang disediakan di PEDi Taman Seri Serendah.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka zoom meeting terlebih dahulu, kelas dimulakan dengan pengenalan guru dan pelajar terlebih dahulu.  Pihak PEDi juga telah mencetak nota untuk pelajar yang menyertai e-tusyen ini bagi memudahkan para pelajar membuat latihan ketika kelas berlansung.  Seterusnya, setelah selesai menjawab latihan di nota yang diberikan guru menyediakan quiz online kepada pelajar, quiz tersebut mempunyai 21 soalan yang perlu pelajar jawab.  Guru juga membuat sesi perbincangan jawapan bersama pelajar sebelum menamatkan kelas.

Gambar Disini


 

3) E-KERAJAAN ( MENGISI BORANG YAWAS / SMUE)

Tarikh   : 13 Januari 2023

Masa    : 2:00 Petang - 4:00 Petang

Tempat : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar pengguna mengisi Borang Permohonan Skim Mesra Usia Emas (YAWAS/SMUE) secara atas talian.  Selain itu, petugas juga memastikan pengguna selesai mengisi borang dengan betul dan petugas memastikan semua maklumat tepat.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pengguna melayari laman web yang diingini iaitu e-mesra.yawas.my.  Setelah itu, petugas memastikan pengguna membawa semua maklumat yang perlu diisi di borang tersebut seperti IC pemohon dan IC waris.  Petugas juga akan memastikan pengguna mengisi maklumat yang lengkap dan tepat di borang tersebut.  Petugas juga akan mencetak borang yang telah diisi tersebut untuk simpanan pengguna.

 Gambar disini


 

4) PROGRAM TANPA TUNAI

Tarikh   : 10 Januari 2023

Masa    : 9:30 Pagi - 2:00 Petang

Tempat : PEDi Taman Desa Kelisa

Peserta : Semua Lapisan

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran bahawa mudahnya untuk berbelanja tanpa menggunakan tunai.  Tanpa tunai juga kita boleh berbelanja dengan mudah tanpa memikirkan kekurangan duit atau lebihan baki duit.  Manakala itu di zaman pandemik ini kita dapat mengurangkan sentuhan terhadap sesuatu ini, kerana dengan satu sentuhan kad sahaja kita dapat berbelanja barang keperluan yang kita mahukan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, kemudian diikuti aktiviti taklimat untuk usahawan berkaitan Shopee dan sebagainya.  Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan taklimat ringkas tentang kelebihan pembelian tanpa tunai kepada pengunjung yang hadir, selesai taklimat tersebut pihak PEDi Taman Desa Kelisa membuat aktiviti jualan pelbagai jenis aiskrim kepada pengunjung dengan kaedah pembelian tanpa tunai.  Pengunjung juga boleh bermain permainan putar dan menang yang boleh memenangi aiskrim percuma.

Gambar disini