1) BENGKEL E-KERAJAAN (PEPERIKSAAN SPA ATAS TALIAN).

Tarikh     : 1 Desember 2022

Masa      : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantau peserta menjalani peperiksaan secara online dan memastikan peserta selesai menjawab.  Dan memberi peluang kepada pengguna menggunakan kemudahan di PEDi.

AKTIVITI

Aktiviti utama dimulakan dengan pengguna melayari internet yang diingini iaitu SPA online.  Setelah itu, petugas memastikan pengguna mempunyai maklumat yang lengkap untuk pengguna jika melayari laman web tertentu.

 

Gambar Disini

 


 

2) E-PEMBELAJARAN (PENGENALAN MICROSOFT WORD - SURAT RASMI)

Tarikh    : 2 Desember 2022

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi.  Petugas memastikan peserta mempunyai tajuk dan juga isi yang akan digunakan dalam surat rasmi tersebut.

AKTIVITI

Aktiviti utama dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang Microsoft Word dan penerangan tentang format yang digunakan untuk membuat surat rasmi.  Petugas juga memastikan peserta mempunyai tajuk dan isi untuk surat rasmi tersebut.  Seterusnya petugas juga akan memastikan peserta munggunakan format yang betul.  Petugas memastikan dokumen telah disimpan dan petugas mencetak dokumen tersebut untuk simpanan peserta.

 

Gambar Disini

 


 

3) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENGENALAN MICROSOFT WORD & PENCARIAN MAKLUMAT DI INTERNET)

Tarikh    : 3 Desember 2022

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar untuk mencari maklumat di internet untuk pelajar menyelesaikan kerja kursus pelajar.  Pelajar dapat belajar bagaimana cara melayari internet dan mendapatkan maklumat yang tepat.  Petugas juga memastikan pelajar mendapatkan maklumat yang cukup untuk pelajar menyelesaikan kerja kursusnya.

AKTIVITI

Aktiviti utama dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang Microsoft Word, dan web di internet.  Petugas akan memastikan pelajar mencari maklumat di internet dan pelajar boleh memasukkan maklumat ke Microsoft Word.  Petugas juga akan mengajar pelajar beberapa tool yang menarik seperti memasukkan kotak, gambar dan sebagainya.  Petugas juga akan memastikan dokumen yang di edit di simpan ke dalam simpanan pelajar.

 

Gambar Disini

 


 

4) KEUSAHAWANAN. PENDAFTARAN SSM DARI SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Tarikh    : 7 Desember 2022

Masa     : 10 Pagi - 11 Pagi

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 5 orang

TUJUAN

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan baru tentang kepentingan pendaftaran SSM.  Pendaftaran SSM penting kepada usahawan kerana memberi banyak kelebihan daripada kerajaan.  Dengan adanya SSM ini, para usahawan dapat mengembangkan perniagaan untuk mendapatkan modal atau pinjaman.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang pendaftaran SSM, dan kebaikan-kebaikan mendaftar perniagaan.  Para peserta diberi taklimat yang terperinci dari pada SSM dari awal sehingga akhir, SSM juga memberi peluang kepada para pelajar serta OKU untuk memulakan perniagaan.  Taklimat ini merangkumi semua lapisan masyarakat, dan akhir sekali sesi soal jawab dan kaji selidik diberikan untuk menambahbaikkan bengkel ini.  

 

Gambar disini

 


 

 5) BENGKEL SHOPEE

Tarikh    : 9 Desember 2022

Masa     : 10 Pagi - 12:30 Tengah hari

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 3 orang

TUJUAN

Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk mengajar peserta cara untuk menggunakan kupon untuk penjualan produk mereka dan cara penggunaan Keyword untuk produk yang dijual.  Dengan adanya bengkel ini para usahawan boleh menambah strategi promosi dalam perniagaan mereka.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pengenalan moderator, seterusnya moderator menerangkan tentang keperluan menggunakan kupon yang diberikan daripada Shopee.  Moderator juga menerangkan cara-cara tetapan kupon di akaun Shopee bagi memudahkan usahawan memahami cara penetapan tersebut.  Seterusnya, moderator juga mengajar cara memilih Keyword yang betul untuk sesuatu produk, hal ini memudahkan produk kita muncul dalam pencarian pelanggan.

 

Gambar Disini

 


 

 6) E-PEMBELAJARAN (MATEMATIK)

Tarikh    : 18 Desember 2022

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan aktiviti baharu untuk para pelajar.  Aktiviti ini juga dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matematik lebih mendalam dengan lebih mudah.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan pengenalan asas pengiraan matematik seperti tambah dan tolak.  Petugas akan memberikan beberapa latihan melibatkan pengiraan yang mudah untuk pelajar didalam laman web.  Petugas juga akan membantu pelajar jika ada latihan yang sukar untuk diselesaikan oleh pelajar.  Petugas akan memastikan pelajar selesai menjawab semua soalan dengan jawapan yang betul.

 

Gambar Disini