1) E-PEMBELAJARAN POWERPOINT
Tarikh : 4 November 2022
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar sekolah menggunakan Microsoft PowerPoint untuk membuat kerja kursus sekolah mereka. Petugas juga mengajar mereka menggunakan beberapa ciri template yang boleh menambah kretiviti mereka dalam membuat slide.
AKTIVITI
Aktiviti utama di mulakan dengan penerangan ringkas tentang Microsoft PowerPoint, setelah petugas selesai memberi penerangan, petugas akan memeastikan pelajar mempunyai isi-isi yang menarik untuk di masukkan kedalam setiap slide yang dibuat. Petugas juga akan menyemak setiap slide untuk memastikan pelajar boleh memaksimumkan kreativiti mereka kedalam slide yang dibuat. Petugas juga akan memastikan dokumen yang di edit sudah disimpan
2) PENYERAHAN ASET PEDi KEPADA AGENSI
Tarikh : 23-26 November 2022
Masa : 10 pagi - 5 petang
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 6 Agensi
TUJUAN
Tujuan penyerahan eset PEDi kepada agensi ini adalah untuk menghapuskan aset yang sedia ada kerana PEDi mendapat eset yang baru. Aset PEDi ini perlu diberikan kepada egensi yang sentiasa bekerja sama didalam program yang dijalankan oleh PEDi. Disamping itu, agensi boleh menggunakan aset ini kepada komuniti.
AKTIVITI
Penglibatan penyerahan ini melibatkan 6 agensi iaitu Yayasan Basmi Kemiskinan, Sekolah Kebangsaan Serendah, MPKK Dato' Harun Serendah, Penghulu Mukin Serendah, Tadika Kemas dan Bengkel Menjahit Kg Seri Serendah.
3) KELAS E-KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG ASRAMA PENUH AGAMA ISLAM)
Tarikh : 26 November 2022
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengisi borang permohonan ke asrama penuh melalui sistem Maiwp (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan). Petugas memberikan pendedahan kepada peserta cara untuk mengisi borang dengan betul bagi memudahkan proses pendaftaran.
AKTIVITI
Aktiviti utama petugas memberikan penerangan ringkas tentang sistem Maiwp. Setelah petugas memberi penerangan ringkas, petugas akan memastikan peserta membawa dokumen yang lengkap untuk mereka mengisi borang tersebut. Petugas juga akan memastikan peserta selesai mengisi borang dengan lengkap dan mencetak borang tersebut untuk simpanan mereka.