1) BENGKEL PEMBELAJARAN (MEMBUAT STICKER)
Tarikh : 3 Februari 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk mengajar peserta cara untuk membuat sticker dengan mudah. Selain itu dapat membantu peniaga kecil membuat sticker sendiri, hal ini dapat mengurangkan serba sedikit kos dalam perniagaan mereka jika mereka mempunyai skill membuat sticker sendiri.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang sticker kepada peserta dan penerangan menggunakan microsoft word untuk membuat sticker. Peserta akan memasukkan logo perniagaan ke dalam komputer dan akan menggunakan microsoft word untuk mengedit dan sebagainya. Petugas memastikan dokumen telah disimpan dan petugas mencetak dokumen tersebut untuk simpanan peserta.
2) E-PEMBELAJARAN (PUZZLE ONLINE)
Tarikh : 9 Februari 2023
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web ini bukan sahaja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya. Laman web juga dapat menarik minat peserta untuk membuat aktiviti seperti ini iaitu bermain puzzle secara online, dan banyak lagi yang kita akan belajar jika kita rajin untuk melayari laman web.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas dan cara melayari laman web yang menyediakan permainan puzzle online. Seterusnya petugas akan memastikan semua peserta memilih gambar untuk mereka memulakan permainan puzzle tersebut. Peserta juga perlu menyusun puzzle seperti mana gambar yang dipilih mereka, peserta memulakan dengan menyusun 12keping puzzle dahulu kemudian peserta akan menambah lagi jumlah puzzle yang perlu disusun seperti 20 keping, 40 keping dan seterusnya.
3) BENGKEL PEMBELAJARAN CANVA (MEMBUAT RESUME)
Tarikh : 15 Februari 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta untuk membuat resume dengan menggunakan canva, ini kerana canva mempunyai banyak templat yang boleh digunakan dengan secara percuma. Dalam masa yang sama peserta juga tahu serba sedikit cara menggunakan canva ini kerana di canva bukan sahaja membuat resume tapi banyak lagi kegunaan seperti mengedit gambar, membuat poster, logo dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menggunakan canva. Petugas juga membantu peserta memilih templat resume yang sesuai. Petugas memastikan peserta membawa semua maklumat diri peserta yang perlu diisi di templat resume tersebut. Akhir sekali, Petugas akan meneliti resume tersebut jika ada maklumat yang salah atau tidak lengkap yang harus dibetulkan, dan petugas memastikan resume tersebut telah disimpan dalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk simpanan peserta.
4) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT WORD - MEMBUAT SURAT RASMI)
Tarikh : 21 Februari 2023
Masa : 11 Pagi - 1 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengguna cara untuk membuat surat rasmi dengan menggunakan microsoft word. Peserta juga dapat belajar cara menggunakan format yang betul untuk membuat surat rasmi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan microsoft word kepada peserta. Petugas mengajar untuk menggunakan format yang betul untuk membuat surat rasmi dan petugas memastikan peserta mempunyai rangka ayat yang sudah ditulis debelum memulakan proses taip di dalam komputer. Petugas memastikan semua format betul dan petugas memastikan peserta telah menyimpan dokumen di dalam simpanan peserta.