1) BENGKEL PEMBELAJARAN (MICROSOFT WORD - MEMBUAT SURAT PERJANJIAN PENYEWAAN KEDAI)
Tarikh : 3 March 2023
Masa : 2:30 Petang - 4:30 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pengunjung cara menggunakan microsoft word. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara membuat surat dengan menggunakan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang kegunaan microsoft word. Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk membuat surat perjanjian tersebut kepada pengguna, dan petugas akan memastikan pengguna membawa semua maklumat yang akan dimasukkan kedalam surat perjanjian tersebut. Sebelum menaip surat perjanjian tersebut petugas menyurus pengunjung untuk membuat rangka surat terlebih dahulu dan barulah mula menaip surat perjanjian tersebut. Setelah selesai pengunjung menaip surat itu, petugas akan memastikan surat tersebut telah di simpan didalam dokumen simpanan pengunjung.
2) BENGKEL PEMBELAJARAN (PENGENALAN KOMPONEN KOMPUTER , CARA MENCARI GAMBAR DIDALAM INTERNET DAN PENGENALAN MICROSOFT WORD)
Tarikh : 6 March 2023
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar komponen asas komputer dan cara melayari internet. Aktiviti ini juga serba sedikit dapat mengajar peserta cara menggunakan komputer dengan betul dan cara melayari internet. Peserta juga akan lebih mahir kerana diberi pendedahan awak tentang kegunaan internet dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan pengenalan tentang microsoft word dan komponen-komponen komputer dan kegunaannya. Petugas juga menunjukkan contoh komponen kepada peserta, seterusnya petugas mengajar peserta cara mencari gambar di internet. Petugas memberikan aktiviti kepada peserta untuk mencari gambar komponen komputer didalam internet. Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk melabelkan gambar tersebut menggunakan microsoft word. Akhir sekali, petugas memastikan peserta melabelkan komponen dengan betul dan petugas memastikan dokumen telah disimpan.
3) BENGKEL E- KERAJAAN (PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN POLIS)
Tarikh : 10 March 2023
Masa : 10:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi panduan kepada pengunjung untuk mengisi borang permohonan polis. Petugas juga mengajar pengunjung cara untuk mengisi borang secara online.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengunjung melayari laman web yang diingini iaitu pengambilan Polis (PDRM). Setelah itu petugas memastikan pengunjung membawa semua butiran penting yang perlu diisi didalam borang tersebut. Akhir sekali, petugas juga memastikan pengunjung selesai mengisi borang dan telah disimpan didalam simpanan pengunjung, dan mencetak borang tersebut.
4) PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNA INTERNET
Tarikh : 18 March 2023
Masa : 8:00 Pagi - 2:00 Petang
Tempat : Dewan Komuniti Felda Soeharto, Hulu Selangor
Peserta : Penduduk Setempat
Tujuan
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung peranan dan tanggungjawab meraka ketika melayari internet. Selain itu, banyak aktiviti yang ada seperti ceramah dari pihak MCMC, PDRM dan Shopee, pemeriksaan asas kesihatan secara percuma, pameran dan jualan dari usahawan PEDi dan cabutan bertuah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan ketibaan peserta program dan sarapan pagi, kemudiannya diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengurus JKKR Felda Soeharto dan diikuti ucapan dan perasmian oleh Pengarah MCMC Selangor, Tuan Haji Rizal Abd Malek. Majlis diteruskan dengan aktiviti sesi 1 iaitu Advokasi Klik Dengan Bijak, penceramah ialah En. Hazlami Othman dari SKMM. Sesi ke-2 diteruskan dengan ceramah dari Shopee Malaysia tentang Mulakan Bisness E-Dagang Anda Dengan Shopee, penceramah ialah Puan Atikah Sikun. Seterusnya sesi ke-3 ialah tentang Kesedaran Ancaman Scammer: Penipuan Pembelian Atas Talian. Ceramah disampaikan oleh ASP Rahmat Fitri Bin Abdullah dari IPD Sentul. Aktiviti akhir yang dijalankan adalah penyampaian voucher "KEMBALI KE SEKOLAH" oleh Shopee dan bersurai.
5) E- TUISYEN (KEMAHIRAN MEMBACA (BI) BASIC READING)
Tarikh : 18 March 2023
Masa : 2:15 Petang - 3:15 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah aktiviti peserta ketika cuti sekolah ini, peserta juga dapat mempelajari dan mengetahui basic English untuk memudahkan mereka dalam membaca dan bercakap. Peserta juga menerima modul yang disediakan oleh guru, ketika kelas berlansung.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan guru memperkenalkan diri kepada peserta dan juga guru memberikan penerangan ringkas tentang kelas pada hari tersebut. Seterusnya, guru memulakan kelas dengan aktiviti di modul yang disediakan. Peserta diberikan masa beberapa minit untuk menyiapkan modul dan akan berbincang bersama guru dan peserta yang lain. Kelas diteruskan sehingga modul selesai dijawab, sebelum kelas tamat guru akan membuat sesi soal jawab jika ada topik yang peserta keliru.