Tarikh : 5 Oktober 2019
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang

 

Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang asas-asas dalam membuat video secara atas talian. Aktiviti ini juga diadakan bersempena pertandingan video Pusat Internet.

 

Aktiviti
Laman web yang digunapakai ialah Biteable.com. Peserta ditunjukkan dengan asas untuk membuat video menggunakan template yang telah sedia ada. Peserta juga diminta untuk mencari maklumat di dalam internet untuk dimasukkan ke dalam video.

Gambar di sini

 

Tarikh : 21 September 2019
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kempen Klik Dengan Bijak merangkumi keselamatan dalam penggunaan internet.

 

Aktiviti
Peserta diminta untuk menyelesaikan teka silang kata yang mengandungi beberapa perkataan berkaitan Klik dengan Bijak

 

 Gambar di sini

Tarikh : 14 September 2019
Masa : 10.30 pagi- 12.30 tengahari
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan membantu peserta untuk membuat nota bagi matapelajaran masing-masing untuk kegunaan ulangkaji. Peserta juga di ajar tentang cara-cara mendapatkan maklumat melalui pencarian dari internet.

 

Aktiviti

Peserta diminta memilih satu topik dalam matapelajaran masing-masing untuk dijadikan nota. Seterusnya, peserta di ajar membuat nota menggunakan aplikasi Microsoft Power Point. Peserta juga diajar tentang bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat daripada pencarian atas talian.

Aktiviti selingan :Klik Dengan Bijak-Pencarian maklumat di internet

Gambar Disini

Tarikh : 14 September 2019
Masa : 2.15 petang - 5.15 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang

 

Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan suri rumah tentang cara-cara penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti : Myshop.

 

Aktiviti
Peserta di ajar tentang cara-cara penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti : Myshop. Peserta diminta mencari satu barangan untuk dimasukkan sebagai produk jualan mereka di dalam Myshop.

Gambar di sini

 

 

Tarikh : 08 September 2019
Masa : 08.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Seri Serendah
Peserta : 144 orang

 

Tujuan

Program ini bertujuan mempromosikan pusat internet kepada komuniti setempat dan seterusnya memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat.

Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan fungsi-fungsi Dashboard Komuniti di dalam meningkatkan pengetahuan ICT dan menambahkan kemahiran ICT kepada komuniti seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT.

 

Aktiviti

1. Pemeriksaan kesihatan (BMI, darah tinggi, kencing manis dan Pap smear)

2. Pemeriksaan gigi

3. Pameran dan taklimat dari agensi-agensi yang hadir seperti PTPTN, Syabas, TNB, E-Wasiat

4. Pembukaan gerai jualan oleh usahawan AIM

5. Bacaan Yassin online

6. Taklimat penjagaan gigi

7. Taklimat dari MERS 999

8. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB)

9. Pertandingan mewarna online, gubahan hantaran berpandukan Youtube, menulis artikel, Word Search, Pengumpulan barangan E-waste, Dashboard Komuniti;MyShop,MyKomuniti dan MyPlace.

Gambar disini