Tarikh | : 14 September 2019 |
Masa | : 10.30 pagi- 12.30 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Serendah |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan membantu peserta untuk membuat nota bagi matapelajaran masing-masing untuk kegunaan ulangkaji. Peserta juga di ajar tentang cara-cara mendapatkan maklumat melalui pencarian dari internet. |
Aktiviti |
Peserta diminta memilih satu topik dalam matapelajaran masing-masing untuk dijadikan nota. Seterusnya, peserta di ajar membuat nota menggunakan aplikasi Microsoft Power Point. Peserta juga diajar tentang bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat daripada pencarian atas talian. Aktiviti selingan :Klik Dengan Bijak-Pencarian maklumat di internet |
Tarikh | : 08 September 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Serendah |
Peserta | : 144 orang |
Tujuan |
Program ini bertujuan mempromosikan pusat internet kepada komuniti setempat dan seterusnya memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada masyarakat setempat. Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan fungsi-fungsi Dashboard Komuniti di dalam meningkatkan pengetahuan ICT dan menambahkan kemahiran ICT kepada komuniti seterusnya melahirkan komuniti yang celik ICT. |
Aktiviti |
1. Pemeriksaan kesihatan (BMI, darah tinggi, kencing manis dan Pap smear) 2. Pemeriksaan gigi 3. Pameran dan taklimat dari agensi-agensi yang hadir seperti PTPTN, Syabas, TNB, E-Wasiat 4. Pembukaan gerai jualan oleh usahawan AIM 5. Bacaan Yassin online 6. Taklimat penjagaan gigi 7. Taklimat dari MERS 999 8. Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) 9. Pertandingan mewarna online, gubahan hantaran berpandukan Youtube, menulis artikel, Word Search, Pengumpulan barangan E-waste, Dashboard Komuniti;MyShop,MyKomuniti dan MyPlace. |
Tarikh | : 16 Ogos 2019 |
Masa | : 09.30 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Serendah |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam mengendalikan tetikus. Selain itu, kelas ini juga membantu dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris peserta kerana arahannya menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. |
Aktiviti |
Peserta diminta untuk membuka laman web puzzle online. Seterusnya peserta diminta untuk menyelesaikan beberapa puzzle di tahap easy dan medium. Petugas menerangkan kepada peserta tentang arahan-arahan yang diberi di dalam permainan tersebut. |
Tarikh | : 17 Ogos 2019 |
Masa | : 09.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Serendah |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan |
Membantu usahawan untuk memperkenalkan perincian produk mereka menggunakan Microsoft Power Point. |
Aktiviti |
Petugas memberi penerangan tentang kepentingan perincian produk usahawan kepada pengguna. Seterusnya peserta ditunjukkan contoh cara membuat perincian produk menggunakan Power Point dan mereka diminta membuat perincian berdasarkan produk masing-masing. |
Tarikh | : 04 Ogos 2019 |
Masa | : 09.00 pagi - 12.00 tengahari |
Tempat | : Pusat Internet Taman Seri Serendah |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan |
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penggunaan Microsoft Publisher untuk kegunaan keusahawanan. |
Aktiviti |
Peserta diberi penerangan tentang beberapa fungsi asas yang terdapat di dalam Microsoft Publisher. Kemudian peserta diajar dan diberi tugasan untuk membuat menu bagi mempromosi produk mereka menggunakan template yang telah sedia ada. Aktiviti selingan: Penerangan tentang siaran digital myFreeview. |