Tasik Kebun Serendah
Tasik Kebun adalah eco-resort bertempat di Serendah, Selangor. Perjalanan mengambil masa 45min daripada pusat bandar Kuala Lumpur.
Maklumat:
Alamat:
Lot 10859 Jalan Anggerik 1i/1
Serendah 48200, Selangor
Tel: 013-388 8359
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Waktu beroperasi: 10.00am - 6.00pm
Di Serendah terdapat tempat menarik untuk dikunjungi oleh penduduk setempat untuk beriadah bersama keluarga di hujung minggu. Antaranya ialah Air terjun Serendah atau lebih dikenali dengan nama Templerkai dan Perigi Tujuh Serendah. Selain itu, anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna jauh dari kesibukan kota dengan berkunjung di Sekeping Serendah. Bagi peminat sukan golf, di sini juga terdapat padang golf iaitu Serendah Golf Resort yang sedia untuk dikunjungi.
Templerkai / Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah
http://serendah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?showall=1#sigFreeId78816e91fa
Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah adalah lokasi perkelahan yang menarik dan menjadi daya tarikan bagi penduduk setempat serta pengunjung dari luar. Dahulunya Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah ini dikenali dengan nama Templerkai (Air Terjun Sakai). Air terjun ini merupakan lokasi perkelahan yang menarik dan menjadi daya tarikan bagi penduduk setempat serta pengunjung dari luar. Terletak di dalam kawasan perkampungan orang Asli Hulu Melaka iaitu lebih kurang 6km perjalanan dari simpang masuk ke perkampungan tersebut. Air yang berwap dan suhu yang amat sejuk sekali membuatkan rasa ingin mengunjungi lagi ke situ untuk bermandi manda terutamanya ketika musim panas. Pelbagai kemudahan asas telah di bangunkan oleh pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
Kemudahan-kemudahan awam turut disediakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti Parkir Awam, Bilik Persalinan, Tandas Awam, Ruang Riadah, Pondok, Ruang Niaga, Gerai dan Kiosk turut disediakan bagi memudahkan orang ramai yang berkunjung disitu, kalau dari Jalan Besar Kuala Lumpur - Tg Malim ke Air Terjun itu adalah dalam Jarak dalam 2 batu sahaja. Terdapat kemudahan jalan raya ke air terjun tersebut. Terdapat sebuah padang yang mana sesuai untuk aktiviti berkemah di hujung-hujung minggu yang kelihatan di gambar diatas khas kepada sesiapa yang berminat dalam mengadakan aktivi perkhemahan disini.
Sekeping Serendah
http://serendah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi?showall=1#sigFreeIdcc7f1fa54f
Maklumat Lanjut Sekeping Serendah Hubungi :
Ms Ping
Tel : 012-324 6552
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.