Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.

Untuk ke sini, cuma cari di Google Map atau Waze Perigi Tujuh Serendah. Ia diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semula jadi dan mungkin kaki pancing.

Sumber : libur.com.my