Taman Orkid Antarabangsa Serendah
http://serendah.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/67-pertanian#sigFreeId311da96a60
Jalan ke depan sedikit lagi sehingga bertemu papan tanda menunjukkan arah ke taman orkid itu. Pemandangan di taman orkid ini agak menarik. Berbagai jenis orkid dipamirkan untuk pengunjung, terutama sekali jenis Cattleya. Bagi peminat orkid, nama-nama seperti dendrobium, butterfly, aranthera dan micropera pastinya tidak asing bagi golongan tersebut. Sebaik sahaja masuk ke ruangan pamiran Cattleya dapat mencium bau harum bunga-bunga orkid jenis Cattleya. Bagi golongan ini, mereka sanggup ke mana sahaja untuk mendapatkan spesies bunga tersebut yang juga dikenali sebagai bunga anggerik, apatah lagi jika ada spesies baru dibiakkan. Selain dapat menikmati kecantikan bunga-bunga orkid, pengunjung juga dapat melihat pemandangan indah sekitar bukit berkenaan (taman orkid ini terletak di atas sebuah bukit). Selain itu, dapat melihat jalan Serendah - Ipoh, landasan keretapi, tasik dan pemandangan sejauh mata memandang. Setiap pengunjung yang meminati orkid tentu akan berpuas hati jika berkunjung ke taman orkid ini.