SELANGOR
BENDERA NEGERI SELANGOR
Bendera negeri Selangor telah direkabentuk semasa Sultan Selangor yang ke-4, Sultan Abdul Samad (1859-1898).
Logo negeri Selangor dan bintang memberi erti negeri Islam dan lima pegangan utama. Kuning melambangkan warna Diraja.
VISI
Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera Dan Berkebajikan
MISI
Melestarikan Kehidupan Rakyat Untuk Kesejahteraan Hubungan Dengan Tuhan, Manusia
dan Alam Sekitar
DASAR KUALITI
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor komited untuk memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan
bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan tuntutan pelanggan
MOTO
Kejujuran Dan Ketekunan
KENYATAAN MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN
"Terbaik Daripada Kami"
PETA
Peta Negeri Selangor
Peta Hulu Selangor
SERENDAH
Serendah ialah sebuah bandar di Daerah Hulu Selangor, Selangor. Antara sebab serendah mendapat nama adalah kerana keadaan tempatnya yang rendah dan sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan itu, sebuah empangan kecil dibina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku. Mitos pula menyatakan bahawa ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi Tujuh ini. Biasanya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi Tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun bersiram.
Mukim Serendah merupakan mukim yang paling maju berbanding mukim lain dan mukim kedua terbesar selepas Hulu Bernam di dalam Daerah Hulu Selangor. Terdapat beberapa kawasan di bawah pentadbiran Mukim Serendah iaitu Serendah, Sungai Buaya, Sungai Choh, Bukit Sentosa, Kg. Koskan dan Bukit Beruntung. Lokasi mukim ini terletak kira-kira 7km dari bandar Rawang dan boleh menggunakan Jalan Persekutuan KL-Ipoh, manakala dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh dihubungi melalui persimpangan Rawang (7km) dan Bukit Beruntung (18km). Selain itu, penduduk boleh menggunakan perkhidmatan bas henti-henti Kuala Lumpur-Tanjung Malim yang melalui pekan Serendah. Mulai 21 April 2007, perkhidmatan KTM Komuter yang sebelum itu berakhir di Rawang telah dilanjutkan ke Tanjung Malim melalui stesen keretapi Serendah bagi memudahkan penduduk setempat.
AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR
Nama | : | YB TUAN HAJI MOHD HASNIZAN BIN HARUN |
Parti | : | PERIKATAN NASIONAL (PN) |
Tempat Duduk | : | G-22 |
Parlimen | : | P094 |
Kawasan | : | HULU SELANGOR |
Negeri | : | SELANGOR |
No. Telefon | : | - |
No. Faks | : | - |
: | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | |
Alamat Surat-menyurat | : | NO 4, JALAN INAI 4 |
: | BANDAR BUKIT BERUNTUNG, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. |
(Rujukan Maklumat daripada Portal Rasmi Parlimen)
AHLI DUN BATANG KALI
Nama | : | - |
Parti | : | - |
Tempat | : | BATANG KALI |
Kawasan | : | HULU SELANGOR |
Negeri | : | SELANGOR |
No. Telefon | : | - |
No. Faks | : | - |
: | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - | |
Alamat Surat-menyurat | : | - |
: |
|
(Rujukan Maklumat daripada website Dewan Negeri Selangor)
PENGAWAI DAERAH HULU SELANGOR
Nama | : | Tuan Mohamad Hanafe Bin Basri |
Kawasan | : | Batang Kali |
Negeri | : | Selangor Darul Ehsan |
Jawatan | : | Pegawai Daerah |
Bahagian | : | Pejabat Pegawai Daerah |
No. Telefon | : | 03-60641026 |
: | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. | |
Alamat surat-menyurat | : | Pejabat Daerah / Tanah Hulu SelangorJalan Bukit Kerajaan, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor |
(Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my)
PENGHULU MUKIM SERENDAH
Nama | : | En. Rusmi bin Minhat |
Kawasan | : | Serendah |
Negeri | : | Selangor Darul Ehsan |
Jawatan | : | Penghulu Mukim Serendah |
No. Telefon | : | 03-60812249 / 013-2175999 |
E-mel | : | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Alamat surat-menyurat | : | PT 6 , Kampung Dato' Harun |
48200 Serendah, Hulu Selangor. |
(Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my)
Nama | : | En. Bahari Bin Tajuddin |
Kawasan | : | Serendah |
Negeri | : | Selangor Darul Ehsan |
Jawatan | : | Ketua Kampung Dato Harun' (M) - Termasuk Kg Seri Serendah |
No. Telefon | : | 03-60812531 / 013-3337434 |
Alamat surat-menyurat | : | No 1, Jalan Mawar, Taman Idaman |
48200 Serendah, Hulu Selangor. |
(Rujukan daripada laman sesawang www.selangor.gov.my)
PROFIL KAMPUNG DATO' HARUN (M)
Nama Kampung | : | Kampung Dato' Harun (M) |
Kawasan | : | Serendah |
Negeri | : | Selangor Darul Ehsan |
Moto | : | "UKHWAH MEMBAWA MUAFAKAT" |
Visi | : | Membentuk Masyarakat Yang Bersaing Maju Untuk Mengukir |
Nama Dalam Mengejar Ekonomi Yang Mantap dan Barkah | ||
Misi | : | Menuju ke Arah Masyarakat Yang Berwawasan Cemerlang |
Duniawi dan Ukhrawi | ||
Objektif | Mewujudkan Masyarakat Yang Harmoni Dalam Mengejar | |
Kehidupan Berkualiti, Aman dan Makmur |
LOGO KAMPUNG DATO' HARUN
Pembukaan Kampung Dato' Harun (M), Serendah, Selangor Darul Ehsan
adalah pada tahun 1969 dan nama kampung ini juga diambil sempena nama
Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu YB Datuk Harun Idris. Rumah
teres sebanyak 50 buah telah pun dimulakan pembinaan pada peringkat
awalnya sehingga ia berkembang pada tahun 1971.
Pada tahun 1985 YB Tan Sri Mohamad Bin Hj Mohamad Taib juga telah
menetap di kampung ini sehingga beliau dilantik menyandang jawatan Menteri Besar Selangor.
Kampung ini maju dan membangun dengan pesatnya seiring dengan kepesatan kemajuan
negeri Selangor. Sekarang kampung ini telah meliputi keluasan sehingga berjumlah
10,170 ekar yang meliputi 17 rangkaian kampung dan taman sekelilingnya.