CARPE DIEM ORCHARD HOME SERENDAH
PENGENALAN
- Carpe Diem Orchard Home adalah sebuah resort yang terletak di jalan utama Kampung Sungai Choh, Serendah. Resort ini menyediakan pelbagai jenis bilik yang bersesuaian dan sangat selesa dan mewah untuk pengunjung dan juga aktiviti yang menarik antaranya terdapat mini zoo, kebun buah dan sayur, unggun api, permainan indoor dan outdoor seperti trampoline, bbq area, kolam renang 3 tingkat, dining area dan view tower.
Sumber : Google Maps & website
HOMESTAY ANGGERIK
PENGENALAN
- Homestay anggerik terletak di jalan utama desa anggerik, Serendah. Homestay tersebut dekat dengan kemudahan asas seperti surau, kedai makan dan kedai runcit. Homestay ini juga sangat selesa.
Untuk tempahan boleh hubungi 013-3014593 / 019-3408446.
BONDA HOMESTAY SERENDAH
PENGENALAN
Bonda Homestay Serendah terletak di Taman Desa Melor, homestay ini sangat selesa dan boleh ditempah untuk penginapan bagi pelancong yang datang ke Serendah. Homestay ini juga berhadapan dengan padang Taman Desa Melor dan juga dekat dengan Surau Desa Melor dan juga kedai runcit.
Sumber : Google Maps
DAMAI SERENDAH FS
PENGENALAN
Damai Serendah FS merupakan sebuah rumah homestay. Homestay ini juga sering disewa untuk majlis - majlis orang ramai seperti majlis perkahwinan, pernikahan, majlis hari jadi ataupun family day. Damai Serendah FS ini sangat selesa dan dijaga rapi oleh tuan rumah.
Sumber : Google Maps
GG Retreat, Bukit Tasek Serendah
Pengenalan
GG Retreat menyediakan challet untuk para pengunjung yang inginkan percutian didalam hutan yang sangat tenang. Selain itu, mereka juga menyediakan tapak camping untuk para pengunjung yang suka bercamping didalam hutan. Pihak GG Retreat juga ada menyediakan sukan lasak seperti ATV dikawasan didalam hutan. Terdapat juga anak sungai yang boleh kanak-kanak bermandi manda dan juga terdapat kolam pancing yang pengunjung boleh pancing.
Sumber: Google Maps
KAMPUNGKU RETREAT
Pengenalan
Kampungku Retreat menyediakan campsite untuk para pengunjung merasai pengalaman bercamping yang sangat best. Tempatnya yang bersih dan pengurusan yang sangat bagus. Selain itu, campsite yang disediakan juga sangat luas dan rata ini lebih memudahkan kita untuk memasang khemah dan lebih selesa. Seterusnya, terdapat juga anak sungai dan juga kolam yang sangat bersih untuk para pengunjung bermandi-manda.
Website : http://kampungkuretreat.com/
TAMAN REKREASI PERIGI TUJUH
Pengenalan
PerigiTujuh ini merupakan sistem air yang dibina oleh British pada ketika dulu, kemungkinan sekita 100 tahun dahulu. Hal ini jelas terlihat kerana jenis baru dan rekaannya. Binaan ini adalah untuk mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah pada ketika dahulu.
TASIK KEBUN SERENDAH
Tasik Kebun Serendah terletak di Taman Desa Anggerik dan ianya merupakan sebuah penginapan yang dikelilingi dengan hutan dan sangat tenang kawasannya. Selain itu, Tasik Kebun juga ada menyediakan pelbagai jenis bilik dan juga aktiviti untuk pengunjung yang datang. Seterusnya, Tasik Kebun juga ada menyiapkan sewaan untuk majlis yang besar seperti majlis bertunang, pernikahan dan banyak lagi.
Website : https://tasikkebun.com/
Sumber : google