Usahawan Perniagaan Minuman Kesihatan (KOPI) 

2

Latar belakang

Beliau baru sahaja memulakan perniagaan menjual produk minuman kesihatan ini pada 2017. Ia ada mempunyai dua jenis produk iaitu yang halus dengan kasar. Pada permulaan Perniagaan ini merupakan perniagaan ke kedai-kedai sahaja tetapi sekarang merupakan atas talian kerana sambutan yang amat mengalakkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di PI Taman Seri Serendah, beliau tidak mengetahui langsung cara penggunaan komputer.malah pada masa itu, ia beliau hanya aktif menjual produk beliau di tempat-tempat atau kedai-kedai tertentu sahaja


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sendiri yang sedar akan meningkatan yang ketara selepas penglibatan beliau di PI Taman Seri Serendah. Hal ini kerana dulu beliau tidak reti untuk mencari maklumat di internet tetapi dengan hadiri kelas pengenalan Internet, beliau sudah pandai untuk mencari info tentang produk usahawannya.

Hal ini dapat meningkatkan mutu masakan beliau yang lebih sedap dan bagus. Bukan itu sahaja, beliau juga banyak mengetahui info-info terkini daripada internet untuk membuat pinjaman mara, atau tekun kerana ini salah satu cabang untuk kembangkan perniagaan beliau sekarang.

Malah , bukan itu sahaja dahulu nya cara label tanda harga di produk yang beliau hasilkan hanya mengunakan tulisan tangan sahaja, tetapi apabila beliau sudah pandai menggunkan Microsoft Word label tanda harga lebih cantik dan kemas. Hal ini juga menarik minat pelanggan untuk membeli produk jualan beliau.

Tambahan pula, mempelajari ilmu ICT ini bukan nya susah tetapi ia meyenangkan kehidupan akan datang.