Latar belakang

 

Seorang suri rumah yang berniaga gubahan coklat dan buah-buahan untuk komuniti setempat. Perniagaan ini telah beroperasi selama 4 tahun dan hanya dilakukan di rumah Sahaja. Beliau juga tiada perkerja melainkan pekerja bayaran one off yang akan dipanggil jika ada permintaan pengantaran Sahaja. Gubahan ini berbagai jenis antaranya bunga coklat kek dan sebagainya berbentuk hadiah.  Gubahan ini diubah mengikut bajet pelanggan antara RM20-RM150 keatas.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan beliau ke NADI beliau tidak dapat bertukar-tukar pendapat dan idea untuk mengembangkan gubahan beliau kepada yang lebih baik. Beliau juga tidak mengetahui bahawa poster dan sticker boleh buat secara DIY dan kos nya lagi murah dari pasaran. Hal ini penting kerana apabila perniagaan kecil-kecilan ini perlukan modal yang besar di dalam pasaran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas penglibatan beliau didalam bengkel-bengkel usahawan anjuan NADI banyak ilmu pengetahuan yang beliau dapat kerana ia membuka mata bahawa perniagaan kecil pun boleh Berjaya.  Di NADI ramai kenalan baru yang boleh memberi pandangan dan peluang untuk kembangkan ilmu pengetahuan. Hal ini dapat meningkatkan pendapatan berniagaan beliau.