Latar belakang

Beliau telah meniaga dari tahun 2020 iaitu sudah selama 4tahun di dalam menjual sambal bilis garing. Sambal bilis garing ini beliau hanya menjual Sahaja dan stok sambal ini diambil di Sungai Petani , Kedah. Pada mula nya, beliau hanya membawa balik dari kampung dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada keluarga dan rakan sekerja di Selangor.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Beliau merupakan surirumahtangga yang memjual sambal bilis garing untuk mendapat pemdapatan sampingan. Beliau menjual sambal bilis garing di Shopee secara kecil-kecilan Sahaja. Pendapatan semasa tersebut di dalam anggaran RM200- RM400 sebulan Sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NaDi

Beliau melibatkan diri di NaDi kerana beliau terpilih untuk berkerja di NaDi sebagai Rakan Digital Usahawan. Di dalam melatih para usahawan di NaDi Taman Seri Serendah, beliau juga dapat menambah kan ilmu pengetahuan di dalam bidang keusahawaan.  Banyak peningkatan yang dapat beliau perolehi sesame menghadiri kelas-kelas dan program di NaDi. Berbagai aplikasi yang diperkenalkan untuk membuat poster dan sebagainya yang mudah difahami. Asas Media Sosial banyak membantu mengembangkan perniagaan terutamanya mempekenalkan Ai dan ChatGPT.  Malah bukan itu Sahaja, beliau dapat aplikasikan di dalam membelajar para usahawan dengan lebih yakin.