Latar belakang

Beliau menjalankan perniagaan jual beli pokok dan pasu-pasu seramik secara kecil-kecilan di Kawasan perumahan mereka sahaja . Berniagaan ini dijalankan hanya untuk penduduk setempat sahaja. Perniagaan ini sudah berusia 6 tahun.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan ICT ,perniagaan beliau hanya melalui dipromosi melalui sahabat-sahabat yang berdekatan sahaja.Beliau ingin kembangan perniagaan melalui media sosial kerana pada masa itu negara terlibat dengan penyakit Covid . Hal ini menyebabkan banyak berniagaan terjejas. Oleh yang demikian, beliau mendapat idea untuk bergerak secara atas talian iaitu melalui aplikasi Shopee supaya lebih ramai orang di Kawasan jauh megenali mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Berbagai kelas usahawan dan kelas ICT yang beliau hadiri untuk meningkatan lagi pengetahuan di dalam perniagaan serta kemahiran ICT untuk menguruskan perniagaan dengan sistematik dan teratur. Hal ini kerana ia dapat membawa beliau masuk ke pasaran yang serba canggih dan moden untuk berdaya saing dengan dunia luar.

Dengan adanya ilmu ICT, beliau dapat mengembangkan perniagaan beliau dengan idea-idea yang lebih menarik. Berbagai resepi dan bahan yang terdapat di dalam media social untuk dijadikan contoh untuk lebih maju untuk akan datang.