87

Terdapat perubahan waktu operasi fasiliti kesihatan primer sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

*Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

 

 

90234811 3164132490304927 3879120706906095616 o

 

Biasanya anda buang mask anda bagaimana ya? Buka dan terus campak dalam tong sampah ke?Jangan ambil mudah cara melupuskan mask kerana anda boleh menjangkiti orang yang mengendalikan pelupusan sampah, terutamanya sekiranya anda memakai mask kerana bergejala.Berikut adalah kaedah melupuskan mask dengan betul.#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
 

91028377 2927445670634648 8441158556954132480 o

Gunakan perkhidmatan perbankan digital, elakkan daripada pergi ke cawangan bank

Bank Negara Malaysia (BNM) sangat menggalakkan orang ramai supaya membuat transaksi perbankan dan pembayaran secara digital (Jom Digital!) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Semua perkhidmatan perbankan dan pembayaran bank dalam talian boleh diakses. Perkhidmatan-perkhidmatan itu termasuk mendapatkan maklumat tentang kemudahan kredit dan pembiayaan bantuan khas untuk PKS yang menghadapi masalah. Anda juga boleh menggunakan salah satu daripada banyak perkhidmatan e-pembayaran digital atau e-dompet, yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan dan bank. Walaupun premis di cawangan-cawangan bank masih dibuka semasa MCO, perkhidmatan di kaunter (Over-The Counter, OTC) telah dikurangkan. OTC hanyalah untuk perkhidmatan yang tidak boleh dilakukan melalui saluran dalam talian atau ATM.

Mengamalkan penjarakan sosial (sosial distancing) jika melakukan lawatan ke cawangan bank sangat dialu-alukan. Perkhidmatan ATM dan Mesin Deposit Cek terus boleh diakses. Tindakan ini penting pada peringkat ini bagi memastikan langkah berjaga-jaga dilakukan demi melindungi kesihatan orang ramai.

Bagi menjimatkan masa dan melindungi diri anda, kami menasihati orang ramai supaya menghubungi talian khidmat pelanggan bank masing-masing atau menghantar e-mel untuk sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat. BNM akan terus memantau dengan teliti perkembangan ini bagi memastikan akses orang ramai kepada perkhidmatan kewangan tidak terganggu. Jagalah kesihatan anda, dan kesihatan masyarakat di sekeliling kita.
Pautan untuk perkhidmatan atau maklumat yang disediakan oleh Bank Negara:
1. www.bnm.gov.my
2. Laman sesawang eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my/
3. eLINK (Borang Sesawang) di https://telelink.bnm.gov.my/
4. BNMTELELINK (Pusat Perhubungan)
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Luar Negara: +603 - 21741717
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin-Jumaat)

 

 

 

91333970 3163131430405033 3857136603268907008 n

 

Kebelakangan ini ramai yang bertanya tentang Rapid Test Kit dalam mengesan COVID-19.

Rapid Test Kit TIDAK BOLEH digunakan untuk pengesahan COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk