Pengenalan

Klinik kesihatan Serendah terletak di Jalan Ipoh, Serendah SERENDAH FS, 43300, Selangor.  KK Serendah ini menyediakan pelbagai jenis rawatan antaranya rawatan asas seperti demam, batuk selsema, rawatan gigi dan juga klinik ibu dan anak.  KK Serendah merupakan Klinik utama bagi penduduk Serendah dan sekitarnya.

  

Pengenalan

Kedai MR. DIY baru saha dibuka di kawasan serendah.  Kedai ini serba sedikit dapat membantu melengkapkan kemudahan di sekitar serendah ini kerana kedainya yang banyak menjual barang keperluan buat penduduk setempat.

PENGENALAN

Kawasan lapang / padang kampung seri serendah digunakan untuk aktiviti yang bermusim seperti sukan neka sekolah, tapak penyembelihan ketika raya Aidiladha dan banyak lagi.  Pada waktu petang kanak-kanak sering bermain di padang ini kerana mempunyai taman permainan.

  

 

Pengenalan

Dewan Komuniti Serendah boleh disewa untuk majlis-majlis yang bersesuai seperti majlis perkahwinan, seminar, majlis konvo, mesyuarat agong dan banyak lagi majlis yang melibatkan orang ramai.  Selain itu, dewan komuniti ini juga boleh ditempah untuk bermain badminton atau pertandingan badminton.  Cara dan syarat menempah dewan komuniti ini boleh didapati dengan melayari https://www.tempahanmdhs.gov.my/v2.2/ .

 

Pengenalan

-Surau An-Nur adalah surau yang dibina untuk digunakan oleh penduduk di Kampung Seri Serendah dan kegunaan utama Surau An-Nur Kampung Seri Serendah adalah untuk solat berjemaah, majlis ilmu, dan banyak lagi aktiviti tahunan yang lain.  Surau An-Nur juga berkongsi kawasan dengan Sekolah Qira'ati & Tahfiz Al-Qur'an Serendah.