Tarikh : | 12 May 2018 |
Masa : | 10 pagi - 12 tenghari |
Tempat : |
Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah |
Peserta : | 10 Orang |
Tujuan |
Tujuan aktiviti ini berlangsung kerana memberi pendedahan awal pemikiran kreatif para peserta . Hal ini kerana ia dapat meransang memori kanak-kanak untuk berfikir. Kahoot ini adalah permainan ICT di dalam menjawap kuiz-kuiz berdasarkan soalan Klik dengan bijak supaya apa yang diterangkan dapat mereka diingati. |
Aktiviti |
Aktiviti ini amat memberi impak yang positif kepada para peserta kerana ia menyeronokkan. Soalan kuiz ini berdasarkan Pembelajaran Klik dengan bijak. Hal ini dapat memberi kesedaran pada masa yang sama. |
Tarikh : | 5 May 2018 |
Masa : | 10 pagi - 12 tenghari |
Tempat : | Pusat Internet 1 Malaysia Taman Seri Serendah |
Peserta : | 7 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas ini diadakan adalah memberi pengajaran baru kepada Guru-guru sekolah agama serendah di dalam pelajaran semasa yang berkaitan ICT. Hal ini kerana mereka dapat memberi sistem pendidikan yang lebih menarik di dalam sesi pembelajaran di sekolah. |
Aktiviti |
Peserta diberi penerangan untuk menggunakan M.Word kerana ia penting di dalam menghasilkan nota penerangan atau membuat perancangan kerja yang lebih teratur dan sistematik di dalam pembelajaran di sekolah. malah bukan itu sahaja, ia juga dapat menarik pada pelajar |
Tarikh : | 11 April 2018 & 18 April 2018 |
Masa : | 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Tempat : | Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah |
Peserta : | 5 Orang |
Tujuan |
Kelas ini lebih kepada keusahawan di dalam sistem yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia iaitu dashboard komuniti dalam bahagian myshop . Myshop merupakan salah satu peluang promosi produk tempatan untuk mempromosikan di seluruh Malaysia. Ia juga dapat menambahkan pendapatan sampingan komuniti dan serta membantu komuniti untuk menjadi perniagaan ICT. |
Aktiviti |
Peserta membuka laman Web Dashboard Komuniti dan seterusnya ke bahagian myshop. Peserta akan kemas kini produk jualan mereka di dashboard komuniti. |
Tarikh : | 21 April 2018 |
Masa : | 9.30 Pagi - 1.00 Tenghari |
Tempat : | Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah |
Peserta : | 25 Peserta |
Tujuan |
Program kospen kali ini iaitu "SIS SADO " . Program Kospen ini lebih kepada pemeriksaan kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah tinggi, pemeriksaan gula dalam darah, timbang berat dan ukur pinggan badan. Data tersebut akan di masukkan di dalam Dashboard komuniti . Peserta boleh memeriksa data pemeriksaan kesihatan di dashboard komuniti. Hal ini dapat melahirkan komuniti yang celik ICT. |
Aktiviti |
Peserta akan diperiksa secara keseluruhan iaitu pemeriksaan tekanan darah tinggi, pemeriksaan gula dalam darah, timbang berat dan ukur pinggan badan. Malah bukan itu sahaja, aktiviti sampingan yang dijalankan adalah kuiz sis sado untuk menguji tahap pengetahuan setiap peserta. |
Tarikh : | 7 April 2018 |
Masa : | 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Tempat : | Pusat Internet 1Malaysia Taman Seri Serendah |
Peserta : | 1 Orang |
Tujuan |
Tujuan kelas e-rezeki ini diadakan untuk merapatkan jurang digital antara komuniti dan peredaran semasa di dalam ICT. Malah bukan itu sahaja, ia juga dapat peningkatan pendapatan sampingan setiap individu. Seterusnya, E-Rezeki ini dapat memberi kemahiran tertentu untuk membantu meningkatkan ilmu pengetahuan , sebagai contohnya di dalam penguasai Bahasa Inggeris. |
Aktivitii |
Peserta diberi penerangan tentang perkerjaan yang terdapat di lama web erezeki untuk memahami lebih mendalam. Malah bukan itu sahaja, peserta juga diberi pilihan tentang pekerjaan mana yang sesuai dengan diri masing-masing sebelum menerima sesuatu pekerjaan. seterusnya setelah diteliti , peserta boleh terus bekerja di dalam erezeki. |