1) TAKLIMAT KESEDARAN E-SPORT

Tarikh    : 2 November 2024

Masa     : 9 Pagi - 10 Pagi

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kesederan tentang kelebihan dan kekurangan dalam permainan e-sport untuk peserta yang mewakili NADI Taman Seri Serendah dalam perlawanan peringkat negeri Selangor.  Banyak input yang diberikan kepada peserta antaranya, peraturan-peraturan yang harus dipatuhi, cara untuk mengekalkan kebersamaan antara 1 kumpulan dan banyak lagi tips-tips yang lain.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka beberapa video untuk ditayangkan kepada para peserta.  Setelah itu, petugas akan membuat beberapa soal jawab untuk memastikan peserta lebih fokus.

 Gambar Disini 


 

2) PERLAWANAN ESPORT PERINGKAT NEGERI SELANGOR PERINGKAT PERTAMA

Tarikh    : 2 November 2024

Masa     : 9 Pagi - 1 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta dalam bidang e-sport yang kian digemari zaman kini.  Peserta merupakan kumpulan wakil bagi NADI Taman Seri Serendah untuk ke perlawanan peringkat Negeri.  Perlawanan ini adalah untuk menentukan NADI dapat ke peringkat kedua.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memastikan peserta dalam keadaan bersedia untuk memulakan permainan.  Permainan dimulakan dengan peserta masuk kedalam room yang dibuat oleh pihak HQ, permainan ini berlawan antara NADI Taman Seri Serendah dan NADI Taman Tenteram.  Peserta bermain 2 permainan dan NADI Taman Seri Serendah menang dan layak ke peringkat seterusnya.

Gambar Disini


 

3)BASIC ICT - CANVA (MEMBUAT RESUME)

Tarikh    : 7 September 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat resume dengan menggunakan Canva.  Selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit kegunaan lain canva dan kelebihannya.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas akan memberikan penerangan ringkas tentang cara pembuatan resume dan cara mengedit template resume di Canva.  Seterusnya, petugas akan menyurus peserta untuk membuka canva terlebih dahulu dan memilih template resume yang peserta mahu.  Petugas juga akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang harus diisi didalam resume tersebut.  Peserta memulakan aktiviti mengedit resume tersebut, dan setelah selesai petugas akan menyemak resume tersebut adakah telah lengkap atau tidak.  Setelah selesai petugas akan menyimpan resume tersebut kedalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk kegunaan peserta.

 Gambar Disini


 

4) BASIC ICT (PENGENALAN GMAIL)

Tarikh    : 9 November 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta untuk menghantar email kepada seseorang atau menghantar email kepada sesebuah company.  Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara untuk menghantar dokumen memalui email dengan menggunakan format yang betul.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login terlebuh dahulu ke email peserta.  Setelah peserta memasukkan email dan password petugas akan memulakan pelajaran.  Petugas akan meminta peserta untuk klik dibahagian compose, setelah itu petugas meminta peserta memasukkan email penerima dan setelah itu petugas meminta peserta menaip ayat yang peserta mahu sampaikan.  Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk attach file atau dokumen di email tersebut.  Setelah selesai peserta akan send email tersebut.

 Gambar Disini