1) BASIC ICT - MICROSOFT WORD (KERTAS KERJA INTERVIEW SPA)

Tarikh    : 1 Oktober 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah peserta dapat menggunakan kemudahan yang NADI sediakan iaitu menggunakan pc untuk membuat kertas kerja.  Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara menggunakan Microsoft Word yang banyak fungsinya bukan sahaja membuat surat tetapi banyak lagi fungsi lain.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Word.  Seterusnya, peserta akan memulakan membuat kertas kerja di Microsoft Word tersebut dan jika peserta mempunyai soalan petugas akan membantu peserta menyelesaikan masalah tersebut.  Setelah selesai peserta meminta petugas untuk membuat cetakan kertas kerja tersebut.

Gambar Disini


 

2) LATIHAN E-SPORT ( PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA NADI TAMAN SERI SERENDAH & NADI TAMAN BUNGA RAYA)

Tarikh    : 6 Oktobor 2024

Masa     : 9 Pagi-1 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menarik minat peserta dalam bidang e-sport yang kian digemari zaman kini.  Peserta merupakan kumpulan wakil bagi NADI Taman Seri Serendah untuk ke perlawanan peringkat Negeri.  Perlawanan ini adalah perlawanan latihan antara NADI di Hulu Selangor.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuat room perlawanan dan memasukkan 2 kumpulan ini untuk mereka mula bermain.  Seterusnya, perlawanan dimulakan dan perlawanan berterusan sehingga 3 perlawanan.  Akhir sekali perlawanan dimenangi oleh pasukan NADI Taman Seri Serendah.

 


 

3) E-DAGANG - MENGEMASKINI SISTEM HRMIS

Tarikh    : 7 Oktober 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk mengemaskini sistem HRMIS beliau.  Selain itu, peserta juga dapat mempelejari cara penggunaan komputer.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login dahulu ke website HRMIS.  Setah itu petugas membantu peserta untuk scan dokument untuk dimasukkan ke website tersebut.  Setelah itu, peserta memuat naik dokumen scan tersebut.  Setelah selesai petugas akan memastikan peserta telah klik simpan untuk menyimpan dokumen tersebut.

 Gambar Disini 


 

4) NADI MAHIR (PENERANGAN TENTANG KURSUS NADI MAHIR)

Tarikh    : 8 Oktober 2024

Masa     : 9 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mewar-warkan kepada komuniti tentang kelas kemahiran yang baru disediakan dari kerajaan kepada NADI secara percuma untuk ahli NADI.  Pembangunan kemahiran TVET dan STEM bagi setiap peringkat umur yang dinamakan NADI MAHIR.  5 aktiviti TVET ialah Mahir Masak, Mahir Jahit, Mahir Foto, Mahir Baiki Gadjet dan Mahir Pertanian Pintar. 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan penerangan tentang 5 Mahir yang diadakan dan ringkasan tentang aktiviti-aktiviti tersebut.  Selain itu, terdapat juga beberapa kuiz mudah untuk diberikan kepada peserta untuk memastikan kepekaan mereka dalam menjawab soalan  Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan penyampaian cabutan bertuah untuk ahli yang baru mendaftar.

 

 

5) TAKLUMAT KESEDARAN E-SPORT

Tarikh    : 13 Oktober 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan kesederan tentang kelebihan dan kekurangan dalam permainan e-sport untuk peserta yang mewakili NADI Taman Seri Serendah dalam perlawanan peringkat negeri Selangor.  Banyak input yang diberikan kepada peserta antaranya, peraturan-peraturan yang harus dipatuhi, cara untuk mengekalkan kebersamaan antara 1 kumpulan dan banyak lagi tips-tips yang lain.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membuka beberapa video untuk ditayangkan kepada para peserta.  Setelah itu, petugas akan membuat beberapa soal jawab untuk memastikan peserta lebih fokus.


 

6) E-SPORT (PERLAWANAN PERTAMA PERINGKAT NEGERI)

Tarikh    : 19 Oktober 2024

Masa     : 9 Pagi - 1 Petang

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendukung minat para peserta dalam e-sport dan dalam masa yang sama untuk mencari pemain yang berbakat untuk dibawa ke peringkat yang seterusnya.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan para peserta bermain beberapa game untuk praktis terlebih dahulu untuk berlawan di game yang sebenar.  Setelah itu, perlawanan dimulakan antara NADI Taman Seri Serendah berlawan NADI Paket 100.  Pusingan pertama dimenangi oleh NADI Taman Seri Serendah, setelah itu pusingan kedua dimulakan dan dimenangi juga dari NADI Taman Seri Serendah.  Perlawanan kedua akan dijalankan pada 2 November.

 


 

7) PROGRAM KEUSAHAWANAN NADI "BUSINESS 101" OLEH AI & MTDC (STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN)

Tarikh    : 20 Oktober 2024

Masa     : 8 Pagi - 6 Petang

Tempat  : Dewan PPAS Syed Manshor, Kuala Kubu Bharu

Peserta  : 139 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para usahawan di sekitar Hulu Selangor untuk membina perniagaan yang lebih teratur dan membawakan modul-modul Perniagaan yang memberi fokus kepada pengetahuan dan kemahiran asas dalam memulakan perniagaan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan pihak MTDC memberikan penerangan yang ringkas tentang peranan mereka dalam program ini.  Setelah itu, program dimulakan dan dimulakan dengan tajuk strategi memulakan perniagaan, setelah itu diteruskan dengan topik asas pemasaran.  Setelah selesai 2 topik penting ini peserta akan rehat dan diteruskan dengan 2 topik besar iaitu e-invoice & compliance dan juga penyediaan rancangan perniagaan.  Selain dari itu, banyak aktiviti berkumpulan yang disertai oleh peserta.

 


 

8) BASIC ICT (PENGENALAN INTERNET)

Tarikh    : 22 Oktober 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : NADI Taman Seri Serendah

Peserta  : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengajar para peserta yang baru sahaja ingin mempelajari cara menggunakan komputer dan cara melayari di internet.  Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat menambah ilmu tentang penggunaan internet.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kelengkapa komputer seperti tetikus, monitor dan banyak lagi.  Seterusnya, petugas menunjukkan kepada peserta cara melayari laman web di internet supaya peserta dapat mengetahui cara melayari laman web kemudian hari.