1) E-LEARNING ( APLIKASI CANVA -EDIT GAMBAR)
Tarikh : 6 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta menggunakan aplikasi canva. Selain itu, dapat memperkenalkan lagi fungsi lain canva yang boleh memudahkan kerja-kerja kita dengan membuat slide, mengedit gambar, mengedit video membuat poster dan banyak lagi. Seterusnya, peserta juga dapat menambah ilmu dengan menggunakan aplikasi canva ini.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang canva. Seterusnya, petugas mengajar cara untuk memindahkan gambar dari telefon bimbit ke pc dengan menggunakan whatsapp web. Selanjutnya, peserta akan memulakan pengeditan gambar, peserta mahu mengedit gambar tersebut ke size passport dan ingin menukar background gambar tersebut. Setelah selesai, petugas membantu peserta untuk membuat cetakan untuk simpanan peserta.
2) BASIC ENTERPRENEURS - MEMBUAT APLIKASI MENGGUNAKAN FIGM
Tarikh : 7 Jun 2024
Masa : 10 pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta dengan menggunakan laman web yang boleh membuat aplikasi baru untuk kerja kursus. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari melayari internet dan juga menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuat carian laman web Figm. Seterunya, petugas meminta peserta untuk log masuk terlebih dahulu. Setelah selesai peserta memulakan kerja membuat aplikasi di laman web tersebut. Peserta juga ada menanyakan beberapa soalan kepada petugas antaranya apakah laman web yang digunakan jika ingin mengedit gambar, apakah laman web tersebut percuma dan banyak lagi.
3) STEM IOT (ORIGAMI KAPAL TERBANG)
Tarikh : 9 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 5 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah lagi aktiviti semasa peserta dan dapat mengasah lagi kreativiti peserta. Peserta juga dapat mempelajari perkara baru.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka youtube dan mencari video cara membina origami kapal terbang. Seterusnya, pestugas memberi kertas kepada peserta dan meminta peserta menonton video origami tersebut dan cuba membuat origami kapal terbang tersebut dengan menggunakan kertas yang diberikan. Setelah selesai menonton video peserta membuat origami kapal terbang tersebut.
4) BASIC ICT - TYPING TEST (BEGINNER)
Tarikh : 10 Jun 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah skill peserta menaip dengan laju dan juga betul, mengikut masa yang ditetapkan. Kelas ini juga dapat mendidik peserta untuk menaip dengan lebih laju dan lebih yakin ketika menaip sesuatu dengan pantas.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menaip dengan lebih pantas dan betul. Sebelum itu petugas akan membuka website typing test terlebih dahulu. Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk menaip sebuat karangan pendek dan petugas akan memastikan peserta dalam keadaan yang bersedia sebelum memulakan test tersebut. Setelah selesai test pertama, petugas akan check terlebih dahulu adakah betul setiap perkataan yang ditaip dan adakah sempat dihabiskan dalam masa yang diberikan. Petugasjuga akan mengulang test ini untuk beberapa kali untuk melihat kecekapan peserta menaip.
5) SOFT SKILL - KLIK DENGAN BIJAK ( RAMAI PERCAYA INTERNET)
Tarikh : 12 Jun 2024
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan tayangan video KDB ialah untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang sesuatu perkara. Video-video yang di buat adalah untuk memberi peringatan supaya sentiasa berjaga-jaga dan tidak terlalu percaya sesuatu atau seseorang.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan apakah tugas KDB. Seterusnya, petugas menayangkan beberapa video kesedaran kepada peserta untuk ditonton dan peringatan untuk mereka.
6) STEM IOT - MEMBINA BANGUNAN MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN.
Tarikh : 15 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat kreatif seorang pelajar untuk membina sebuah bangunan atau sesuatu dengan menggunakan penyedut minuman dengan kreativiti sendiri. Selain itu, dapat membantu peserta dalam cara berfikir pantas dan juga cara untuk memastikan bangunan yang dibina boleh berdiri dengan kukuh.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang aktiviti ini. Seterusnya, petugas menunjukkan beberapa contoh bangunan yang dibina menggunakan penyedut minuman. Setelah itu, petugas membahagikan beberapa kumpulan untuk mereka bersama-sama membina bangunan mengikut kreativiti masing-masing.
7) BASIC ENTREPRENEURS - KELAS ASAS SHOPEE (6)
Tarikh : 18 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk membuka akuan shopee dan kedai di shopee. Selain itu, membantu peserta untuk memulakan jualan dan berniaga disana untuk menambah income bulanan mereka. Peserta juga belajar cara untuk mempromosi perniagaan mereka dengan boost postingan mereka dishopee.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberika penerangan tentang penggunaan Shopee dan cara untuk berniaga di Shopee. Seterusnya, petugas membantu peserta untuk membuka akaun Shopee dan mendaftar menjadi peniaga di kedai Shopee. Selain itu, petugas juga membantu peserta untuk memasukkan produk jualan peserta kedalam kedai Shopee peserta.
8) BASIC ENTREPRENEURS - KELAS ASAS TIKTOK (6)
Tarikh : 18 Jun 2024
Masa : 2 Petang - 4 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya. Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut. Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.
9) E-LEARNING - (PERMAINAN ONLINE - WORD SEARCH)
Tarikh : 20 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menambahkan lagi aktiviti para peserta ketika mereka cuti sekolah dan dalam masa yang sama dapat mempelajari basic penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuat carian di laman web word search. Setelah itu, petugas meminta peserta memilih 1 laman web yang menyediakan aktiviti word search. Seterusnya, petugas memberikan penerangan ringkas cara untuk bermain word search tersebut dan petugas memberikan masa kepada peserta untuk bermain.
10 ) SOFT SKILL - (KLIK DENGAN BIJAK - KELEBIHAN KITAR)
Tarikh : 22 June 2024
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa e-waste itu sangat penting dalam hidup kita dan bumi kita.
AKTIVITI
Aktiviti dimualakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang e-waste dan tentang kepeningannya. Seterusnya, petugas menunjukkan video cara untuk menguruskan e-waste dan juga cara untuk mengendali e-waste dengan betul.
11) E-LEARNING - (PERMAINAN ONLINE - MEWARNA ONLINE)
Tarikh : 22 Jun 2024
Masa : 2 Petang - 4 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara mempelbagaikan lagi aktiviti mereka selain daripada mewarna menggunakan buku dan pensel warna. Selain itu, pelajar juga serba sedikit dapat menambah pengetahuan penggunaan PC, dan juga dapat mengasah kreativiti pelajar dalam penggunaan warna.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan laman sesawang kepada pelajar oleh petugas. Pelajar akan memilih jenis lukisan yang hendak diwarnakan dan pelajar akan memulakan aktiviti mewarna. Petugas akan memantau pelajar dan membantu pelajar dalam pemilihan lukisan. Petugas akan memastikan lukisan yang diwarnakan disimpan kedalam simpanan pelajar.
12 ) STEM-IOT - (KUIZ STEM MATHEMATICS)
Tarikh : 23 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
13) BASIC ICT - ASAS MICROSOFT POWERPOINT
Tarikh : 24 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 12 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan lagi kegunaan microsoft kepada peserta dan kelas ini memfokuskan kepada kegunaan Microsoft PowerPoint. Aktivitini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta cara untuk membentang sesuatu kerja dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta juga serba sedikit tahu cara menggunakan transisi yang disediakan serta pemilihan design slide yang sesuai.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang kegunaan Microsoft Powerpoin tepada peserta. Seterusnya, peserta diminta untuk memilih design yang mereka mahukan untuk slide mereka, peserta juga diberikan tugas untuk membuat slide tentang diri mereka. Setelah mereka selesai membuat slide, petugas akan check hasil kerja mereka dan simpan didalam dokumen simpanan peserta.
14) BASIC ICT - MEMBUAT SLIDE MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT.
Tarikh : 25 Jun 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 4 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para pelajar untuk mencari gambar untuk mereka memasukkan kedalam slide powerpoint mereka. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara mencari gambar didalam Google dan cara melayari di internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka Google Image dan mula mencari gambar yang mereka mahukan. Setelah mereka menjumpai gambar yang sesuai mereka perlu save gambar tersebut didalam dokumen mereka untuk kegunaan slide di powerpoint.
15) BASIC ICT - (MICROSOFT WORD - ASAS MENAIP)
Tarikh : 27 Jun 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang cara penggunaan asas komputer dan juga Microsoft Word kepada para pelajar sekolah rendah. Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mengetahui fungsi atau kegunaan Microsoft Word dan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan komputer. Seterusnya, Petugas menerangkan tentang kegunaan Microsoft Word dan memulakan dengan aktiviti cara untuk menukar font, pemilihan font sesuai dan cara untuk memasukkan kotak.