1) BASIC ENTREPRENEURS (LAPORAN KEWANGAN - MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 1 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat penyata kewangan dengan betul dan lebih teratur dengan menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, dapat memudahkan peserta mengemaskini penyata kewangannya dengan lebih efektif.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Excel kepada peserta dan cara kegunaannya. Seterusnya, peserta akan memulakan aktiviti dengan memasukkan segala maklumat kewangan kedalam setiap cell di Microsoft Excel. Petugas juga mengajar peserta cara menggunakan formula yang disediakan oleh Microsoft Excel dan antaranya penggunaan formula Sum. Setelah peserta selesai memindahkan maklumat kewangan tersebut, petugas akan menyimpan kerja-kerja tersebut kedalam dokumen simpanan peserta.
2) BASIC ICT - (MICROSOFT WORD - SURAT RASMI)
Tarikh : 2 March 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi untuk berhenti kerja. Ini juga dapat membantu peserta cara dan format yang betul untuk membuat surat rasmi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara membuat surat rasmi beserta menerangkan format surat tersebut. Petugas akan memastikan peserta membawa maklumat yang lengkap untuk mengisi setiap perenggan surat tersebut, peserta menaip surat terlebih dahulu, setelah selesai menaip petugas akan check terlebih dahulu adakah mengikut format dan seterusnya petugas akan menyimpan surat tersebut didalam dokumen simpanan peserta dan akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
3) BASIC ICT (APLIKASI WHATSAPP WEB)
Tarikh : 3 March 2024
Masa : 5 Petang - 6 Petang
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk login ke dalam Whatsapp Web dengan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan meminta peserta untuk membuat carian Whatsapp Web di laman web terlebih dahulu , seterusnya petugas akan meminta peserta untuk membuka Whatsapp di telefon peserta. Seterusnya peserta perlu memilih option Linked Devices dan seterusnya peserta diminta scan QR code di PC.
4) E-LEARNING (MEWARNA ONLINE)
Tarikh : 5 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar cara mempelbagaikan lagi aktiviti mereka selain daripada mewarna menggunakan buku dan pensel warna. Selain itu, pelajar juga serba sedikit dapat menambah pengetahuan penggunaan PC, dan juga dapat mengasah kreativiti pelajar dalam penggunaan warna.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan laman sesawang kepada pelajar oleh petugas. Pelajar akan memilih jenis lukisan yang hendak diwarnakan dan pelajar akan memulakan aktiviti mewarna. Petugas akan memantau pelajar dan membantu pelajar dalam pemilihan lukisan. Petugas akan memastikan lukisan yang diwarnakan disimpan kedalam simpanan pelajar.
5) BASIC ICT (TYPING TEST)
Tarikh : 6 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah skill peserta menaip dengan laju dan juga betul, mengikut masa yang ditetapkan. Kelas ini juga dapat mendidik peserta untuk menaip dengan lebih laju dan lebih yakin ketika menaip sesuatu dengan pantas.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menaip dengan lebih pantas dan betul. Sebelum itu petugas akan membuka website typing test terlebih dahulu. Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk menaip sebuat karangan pendek dan petugas akan memastikan peserta dalam keadaan yang bersedia sebelum memulakan test tersebut. Setelah selesai test pertama, petugas akan check terlebih dahulu adakah betul setiap perkataan yang ditaip dan adakah sempat dihabiskan dalam masa yang diberikan. Petugasjuga akan mengulang test ini untuk beberapa kali untuk melihat kecekapan peserta menaip.
6)STEM IOT - MEMBUAT ROKET MENGGUNAKAN KERTAS
Tarikh : 7 March 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana dari sekeping kertas boleh dilipat menjadikan seperti roket yang boleh terbang untuk beberapa saat.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang aktiviti membuat roket menggunakan kertas. Seterusnya, petugas memberikan sekeping kertas ke setiap peserta. Setelah itu, petugas akan bersama-sama dengan peserta melipat kertas tersebut sehingga terbentuknya menjadi roket. Setelah semua peserta selesai melipat kertas tersebut, petugas akan meminta semua peserta untuk mencuba terbangkan roket kertas masing-masing.
7) SOFT SKILL - MEMBUAT SANDWICH
Tarikh : 8 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah'
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan atau asas kemahiran memasak kepada peserta. Selain itu, peserta juga mendapat pengalaman yang baru dalam seharian mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan dahulu bahan-bahan apa yang perlu digunakan ketika membuat sandwich. Seterusnya, petugas membuat demo dahulu dan setelah selesai petugas meminta semua peserta memulakan membuat sandwich masing-masing. Setelah selesai semua peserta membuat sandwich petuags memberikan masa untuk mereka rasa sandwich yang mereka telah buat.
8) BASIC ICT - PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT
Tarikh : 9 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 6 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta mengenali lagi kegunaan lain Microsoft Office dan antaranya Microsoft Power Point. Hal ini juga dapat menambahkan lagi kreativiti pelajar dalam membuat slide tentang sesuatu tajuk.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara menggunakan Microsoft Power Point. Seterusnya, petugas memulakan aktiviti membuat slide.
9) E-LEARNING - APLIKASI CANVA (POSTER BUKU)
Tarikh : 13 March 2024
Masa : 2 Petang - 4 Petang
Tempat : NaDi Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara menggunakan aplikasi canva. Hal ini juga, dapat memberikan idea kepada peserta cara untuk mengedit poster, gambar, video dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan awal tentang kegunaan canva dan kelebihannya. Seterusnya petugas meminta para peserta untuk memilih 1 poster untuk mereka cuba mengedit mengikut kreativiti masing-masing. Setelah selesai petugas akan menyimpan mengikut file masing-masing.
10) E-LEARNING - PERMAINAN ONLINE (WORD SEARCH)
Tarikh : 15 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menambahkan lagi aktiviti para peserta ketika mereka cuti sekolah dan dalam masa yang sama dapat mempelajari basic penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuat carian di laman web word search. Setelah itu, petugas meminta peserta memilih 1 laman web yang menyediakan aktiviti word search. Seterusnya, petugas memberikan penerangan ringkas cara untuk bermain word search tersebut dan petugas memberikan masa kepada peserta untuk bermain.
11) SOFT SKILL - PENGURUSAN MASA BAGI PELAJAR SEKOLAH
Tarikh : 17 March 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 10 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan penerangan kepada peserta cara untuk mengatur masa denga lebih efektif dalam melakukan aktiviti harian mereka.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menunjukkan video tentang pengurusan masa kepada peserta. Setelah itu, petugas memberikan penerangan kepada peserta tentang pengurusan masa yang efektif untuk peserta serta tips untuk menyusun jadual harian mereka.
12) STEM-IOT (PENGENALAN STEM)
Tarikh : 20 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktivitiminiadalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang STEM dalam pembelajaran.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang apa itu Stem. Seterusnya, petugas membuka beberapa video berkaitan Stem supaya peserta lebih faham apakah itu Stem.
13) BASIC ENTREPRENEURS (LAPORAN KEWANGAN - MICROSOFT EXCEL)
Tarikh : 23 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat penyata kewangan dengan betul dan lebih teratur dengan menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, dapat memudahkan peserta mengemaskini penyata kewangannya dengan lebih efektif.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Excel kepada peserta dan cara kegunaannya. Seterusnya, peserta akan memulakan aktiviti dengan memasukkan segala maklumat kewangan kedalam setiap cell di Microsoft Excel. Petugas juga mengajar peserta cara menggunakan formula yang disediakan oleh Microsoft Excel dan antaranya penggunaan formula Sum. Setelah peserta selesai memindahkan maklumat kewangan tersebut, petugas akan menyimpan kerja-kerja tersebut kedalam dokumen simpanan peserta.
14) STEM-IOT (KUIZ STEM)
Tarikh : 25 March 2024
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda mereka dan mereka harus mencari jalan penyelesaian setiap peringkat games tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan cara bermain permainan online tersebut, setelah itu peserta akan cuba bermain games tersebut mengikut peringkat dan setiap peringkat semakin sukar.
15) BASIC ENTREPRENEURS (KELAS TIKTOK)
Tarikh : 27 March 2024
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : NADI Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya. Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut. Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.