1) UJIAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Tarikh    : 2 Februari 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempermudahkan peserta untuk menjawab ujian tersebut.  Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mengetahui cara mencari laman web didalam internet.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan peserta mencari laman web untuk menjawab ujian tersebut di Google, Seterusnya, petugas akan memastikan laman web tersebut adalah laman web yang betul.  Peserta juga memulakan menjawab ujian tersebut, dan petugas akan memastikan peserta akan membawa semua dokumen yang diperlukan.  Setelah peserta selesai menjawab semua solan petugas akan memastikan peserta selesai menjawab semua soalan sebelum menghantar ujian tersebut.

 Gambar disini


 

2)E-LEARNING (PERMOHONAN CREDIT E-MADANI)

Tarikh     : 5 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 11 Pagi

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 2 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti adalah untuk membantu peserta untuk memohon credit e-Madani yang diberi dari pihak kerajaan untuk semua rakyat yang layak menerimanya.  Selain itu, dapat mengajar peserta cara menggunakan e-wallet mereka.

AKTIVITIAktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta memuat turun aplikasi e-wallet yang dipilih.  Seterusnya, petugas membantu peserta untuk mendaftar aplikasi tersebut dan mengesahkan maklumat pendaftar.  Petugas juga membantu peserta untuk memohon credit e-Madani tersebut. 

 Gambar disini


 

3) BASIC ICT - CANVA ( KERJA KURSUS)

Tarikh    : 6 Februari 2024

Masa     : 3 Petang - 5 Petang

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 5 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta membuat kerja kursus dengan menggunakan aplikasi canva.  Selain itu, peserta juga dapat mengetahui kegunaan canva yang lain dan cara menggunakan komputer.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan aplikasi canva dan kelebihannya.  Seterusnya, petugas meminta peserta memilih template yang mereka mahukan untuk digunakan ke kerja kursus mereka.  Setelah memilih template, peserta akan memulakan membuat kerja kursus mereka dan petugas akan memastikan mereka membawa segala maklumat untuk dimasukkan kedalam kerja kursus mereka.  Setelah selesai petugas akan membantu membuat salinan dan menghantar soft copy kerja kursus tersebut di email peserta.

 Gambar disini


 

4) BASIC ICT - SEMAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Tarikh     : 8 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 11 Pagi

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 1 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk membuat semakan STR secara atas talian.  Selain itu, peseta juga serba sedikit dapat mempelajari cara melayari internet dan penggunaan asas komputer.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas membantu peserta untuk melayari laman web STR.  Setelah itu, petugas meminta peserta untuk melogin terlebih dahulu, peserta perlu mengisi no I/C dan juga kata laluan.  Setelah berjaya, peserta akan menyemak adakah mereka berjaya atau layak menerima bantuan STR tersebut.

 Gambar disini


 

5) BASIC ICT - PENGENALAN MICROSOFT WORD

Tarikh     : 13 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 8 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang cara penggunaan asas komputer dan juga Microsoft Word kepada para pelajar sekolah rendah.  Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mengetahui fungsi atau kegunaan Microsoft Word dan komputer.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan komputer.  Seterusnya, Petugas menerangkan tentang kegunaan Microsoft Word dan memulakan dengan aktiviti cara untuk menukar font, pemilihan font sesuai dan cara untuk memasukkan kotak.

 Gambar disini


 

6) BASIC ICT - PENGENALAN MICROSOFT POWER POINT

Tarikh     : 14 Februari 2024

Masa      : 3 Petang - 5 Petang

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta mengenali lagi kegunaan lain Microsoft Office dan antaranya Microsoft Power Point.  Hal ini juga dapat menambahkan lagi kreativiti pelajar dalam membuat slide tentang sesuatu tajuk.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara menggunakan Microsoft Power Point.  Seterusnya, petugas memulakan aktiviti membuat slide.

 Gambar disini


 

7) SOFT SKILL - KLIK DENGAN BIJAK (KITAR)

Tarikh     : 15 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 11 Pagi

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 6 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa e-waste itu sangat penting dalam hidup kita dan bumi kita.

AKTIVITI

Aktiviti dimualakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang e-waste dan tentang kepeningannya.  Seterusnya, petugas menunjukkan video cara untuk menguruskan e-waste dan juga cara untuk mengendali e-waste dengan betul.

 Gambar disini


 

 8) BASIC ENTREPRENEURS (BASIC AI - POSTER)

Tarikh    : 18 Februari 2024

Masa     : 2 Petang - 4 Petang

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 22 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat poster perniagaan mereka dengan lebih menarik dengan menggunakan aplikasi AI iaitu Bing image creator.  Selain itu, peserta juga mempelajari cara memilih gambar AI yang berkaitan dengan perniagaan mereka untuk dimasukkan kedalam poster perniagaan mereka.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi AI tersbut.  Seterusnya, petugas memberikan beberapa contoh cara untuk mencari gambar AI yang sesuai untuk diletakkan di poster perniagaan mereka.  Peserta juga boleh menggunakan aplikasi bing tersebut kerana aplikasi tersebut percuma dan tidak mempunyai limit.

 Gambar disini


 

9) E-LEARNING (PERMAINAN PUZZLE ONLINE)

Tarikh     : 20 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 3 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web atau internet bukan saja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya.  Laman web juga mempunyai banyak kegunaannya antaranya ialah bermain puzzle secara online, mewarna secara online dan banyak lagi yang boleh kita layari. 

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada peserta cara untuk melayari internet dan kelebihan-kelebihan yang kita akan dapat ketika melayari internet dengan betul.  Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara-cara untuk melayari internet seperti mencari website puzzle online.  Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk memilih gambar puzzle yang mereka mahukan dan petugas menerangkan cara-cara untuk bermain puzzle online tersebut.  Petugas memberikan masa selama 10 minit untuk peserta menyelesaikan puzzle mereka.  Class diteruskan dengan peserta menyelesaikan beberapa gambar puzzle.

 Gambar disini


 

10) SOFT SKILL (KLIK DENGAN BIJAK - BULI SIBER)

Tarikh     : 22 Februari 2024

Masa      : 2 Petang - 3 Petang

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 8 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan pendedahakn kepada peserta bahawa buli siber merupakan sesuatu perkara yang tidak baik untuk dilakukan kepada seseorang dan ingin mendedahkan jika kita dibuli melalui siber apa yang perlu kita lakukan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas menunjukkan beberapa video yang melibatkan buli siber.  Seterusnya, petugas memberikan penerangan tentang akibat buli siber kepada seseorang dan apa tindakan-tindakan yang dikenakan jika kita membuli seseorang di internet.

 Gambar disini


 

11) STEM-IOT (COLOURFUL SAND PAINTING ART)

Tarikh    : 25 Februari 2024

Masa     : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 10 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan peserta untuk mengenal warna, meningkatkan data imaginasi dan juga dapat menawarkan kepada peserta peluang untuk membuat pilihan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dnegan petugas menerangkan cara untuk menggunakan sand painting art tersebut kepada peserta.  Selepas itu, petugas meminta peserta untuk cuba membuat sand painting tersebut.  Setelah 3o minit peserta selesai membuat sand painting tersebut.

 Gambar disini


 

12) BASIC ENTREPRENEURS (KELAS TIKTOK AFFILIATE FOR BEGGINER - JANA PENDAPATAN DENGAN TIKTOK)

Tarikh    : 26 Februari 2024

Masa     : 10 Pagi - 1 Petang

Tempat  : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta  : 22 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta yang ingin menjana pendapatan dengan membuat affiliate di aplikasi Tiktok dan membantu peserta juga yang ingin berniaga secara online.  Kelas ini juga membantu peserta menambahkan lagi ilmu dalam menjual secara online.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan kata alu-aluan dan menjemput pihak Hijrah untuk memberikan sedikit penerangan tentang peranan Hijrah untuk para usahawan .  Setelah itu, petugas memulakan kelas dengan menerangkan kelebihan membuat affiliate di aplikasi tiktok.  Seterusnya, petugas memulakan sesi mengajar cara untuk membuat Affiliate secara step by step.  Setelah menerangkan petugas akan membuka sesi soal jawab jika peserta ada soalan yang ingin ditanyakan.

 Gambar disini


 

13) BASIC ENTREPRENEURS (KELAS AI - PROMT FROM CHATGPT)

Tarikh     : 27 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 1 Petang

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 22 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti iniadalah untuk mengenalkan kepada para peserta tentang AI dan juga penggunaan ChatGPT.  Seterusnya, hal ini dapat membantu serba sedikit dalam mengajar peserta membuat copywriting menggunakan AI Chat GPT.  Fungsi ChatGPT ini adalah membantu para peniaga dalam memberikan ayat yang dapat menarik pembeli untuk memberi produk mereka.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang kelebihan menggunakan ChatGPT dalam membuat copywriting untuk perniagaan mereka.  Seterusnya, petugas mengajar peserta menggunakan ChatGPT untuk kegunaan Caption di posting Tiktok, Shopee atau Facebook.

 Gambar disini


 

14) STEM-IOT (APA ITU STEM?)

Tarikh     : 28 Februari 2024

Masa      : 3 Petang - 4 Petang

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 10 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah STEM, memberikan pemahaman yang mendalam tentang ilmu pengetahuan teknologi.  Selain itu, STEM juga mengajar pelajar tentang impak sosial dan alam sekitar daripada inovasi teknologi.  Tujuan ini adalah membimbing pelajar untuk menjadi pemikir etika yang mempertimbangkan konsekuensi sosial dan alam sekitar daripada penemuan dan pembangunan.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang STEM.  Setelah itu, petugas menunjukkan beberapa video yang berkaitan dengan STEM untuk menambahkan lagi pemahaman peserta tentang kepentingan dan kelebihan STEM.

 Gambar disini


 

15) STEM-IOT (PROJEK MENANAM KACANG HIJAU)

Tarikh     : 29 Februari 2024

Masa      : 10 Pagi - 12 Tengah hari

Tempat   : PEDi Taman Seri Serendah

Peserta   : 10 orang

TUJUAN

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara sayur taugeh ditanam dan cara penumbuhan pokok tanpa menggunakan tanah.  Seterusnya, pelajar juga dapat merasakan pengalaman menanam kacang hijau.

AKTIVITI

Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang cara menanam kacang hijau tersebut dan menerangkan berapa masa yang diambil untuk kacang hijau tersebut tumbuh menjadi taugeh.  Seterusnya, setelah menerangkan petuags menunjukkan cara untuk menanam kasang hijau tersebut.  Setelah itu, petugas memberikan masa kepada peserta untuk mencuba menanam kacang hijau tersebut.

 Gambar disini