1) BASIC ICT - MICROSOFT WORD (BORANG UNTUK KERJA KURSUS)
Tarikh : 2 Desember 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu pelajar untuk menyiapkan borang pertanyaan untuk kerja kursus beliau. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta cara untuk menggunakan Microsoft Word dan cara untuk menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan awal format dan cara membuat borang secara manual munggunakan Microsoft Word. Seterusnya, petugas memastikan peserta sudah mempunyai soalan yang perlu dimasukkan kedalam borang tersebut. Peserta mula membuat borang dan setelah selesai peserta meminta petugas untuk membuat salinan untuk kegunaan peserta.
2) BASIC ICT - GMAIL (CARA MENGHANTAR EMAIL)
Tarikh : 3 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta untuk menghantar email kepada seseorang atau menghantar email kepada sesebuah company. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara untuk menghantar dokumen memalui email dengan menggunakan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login terlebuh dahulu ke email peserta. Setelah peserta memasukkan email dan password petugas akan memulakan pelajaran. Petugas akan meminta peserta untuk klik dibahagian compose, setelah itu petugas meminta peserta memasukkan email penerima dan setelah itu petugas meminta peserta menaip ayat yang peserta mahu sampaikan. Seterusnya, petugas akan mengajar cara untuk attach file atau dokumen di email tersebut. Setelah selesai peserta akan send email tersebut.
3) BASIC ENTREPRENEURS ( MENDAFTAR AKAUN TIKTOK SELLER DAN MEMBUAT LIVE)
Tarikh : 5 Desember 2023
Masa : 10 pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan kami untuk memulakan perniagaan menggunakan aplikasi TikTok. Selain itu, dapat membantu usahawan meningkatkan pendapatan bulanan mereka dan dapat mengembangkan lagi perniagaan beliau.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Rakan Digital memberikan penerangan tentang aplikasi Tiktok dan cara kegunaannya. Seterusnya, setelah selesai mendaftar akaun dan sebagainya, usahawan mencuba untuk membuat Live di aplikasi tersebut. Usahawan tersebut berjaya menjual beberapa produk yang dijual dan dapat menambah beberapa followers di akaun tiktok beliau.
4) STEM-IOT ( KUIZ MATHEMATICS)
Tarikh : 8 Desember 2023
Masa : 4 Petang - 6 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
5) SOFT SKILL (TYPING TEST)
Tarikh : 12 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah skill peserta menaip dengan laju dan juga betul, mengikut masa yang ditetapkan. Kelas ini juga dapat mendidik peserta untuk menaip dengan lebih laju dan lebih yakin ketika menaip sesuatu dengan pantas.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menaip dengan lebih pantas dan betul. Sebelum itu petugas akan membuka website typing test terlebih dahulu. Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk menaip sebuat karangan pendek dan petugas akan memastikan peserta dalam keadaan yang bersedia sebelum memulakan test tersebut. Setelah selesai test pertama, petugas akan check terlebih dahulu adakah betul setiap perkataan yang ditaip dan adakah sempat dihabiskan dalam masa yang diberikan. Petugasjuga akan mengulang test ini untuk beberapa kali untuk melihat kecekapan peserta menaip.
6) E-LEARNING (APLIKASI WHATSAPP WEB)
Tarikh : 13 Desember 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk login ke dalam Whatsapp Web dengan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan meminta peserta untuk membuat carian Whatsapp Web di laman web terlebih dahulu , seterusnya petugas akan meminta peserta untuk membuka Whatsapp di telefon peserta. Seterusnya peserta perlu memilih option Linked Devices dan seterusnya peserta diminta scan QR code di PC.
7) PROGRAM USAHAWAN (PEOGRAM BIZ CEMERLANG USAHAWAN DIGITAL BERSAMA TM)
Tarikh : 14 Desember 2023
Masa : 11 Pagi - 1 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan dari PEDi Taman Seri Serendah dan juga PEDi Kg Sg Masin. Selain itu, program ini dianjurkan oleh pihak TM (UNIFI), pihak UNIFI Business ingin membantu para usahawan dengan memperkenalkan pakej pemasaran digital terbaru yang mereka tawarkan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pihak UNIFI Business memperkenalkan pakej-pakej pemasaran digital untuk mempromosi perniagaan usahawan di setiap media sosial antaranya Facebook, TikTok atau Instagram. Selain itu, pihak UNIFI juga menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk setiap pakej pemasaran digital yang ditawarkan. Pihak UNIFI juga memperkenalkan Geran Digital PMKS Madani yang disediakan oleh kerajaan untuk para usahawan. Selain itu, usahawan juga serba sedikit dapat mempelajari beberapa cara yang mereka boleh lakukan untuk mempromosi dan memajukan lagi perniagaan mereka.
8) SOFT SKILL (KEPENTINGAN MENJADI USAHAWAN DIGITAL)
Tarikh : 14 Desember 2023
Masa : 11 Pagi - 1 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 15 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan bahawa perniagaan mereka boleh berkembang dengan lebih maju jika mereka mempromosikan perniagaan mereka secara digital. Ini kerana bukan sahaja penduduk setempat sahaja yang boleh membeli produk mereka malahan pembeli dari negeri lain juga boleh membeli jika mreka mempromosikan produk mereka melalui platform digital seperti TikTok, Facebook dan Instagram.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pihak dari TM(UNIFI BUSSINESS) memberikan cara untuk para usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan menawarkan pakej terbaru dari pihak UNIFI iaitu pemasaran digital yang boleh mereka langgani dengan harga yang sangat murah. Seterusnya, pihak UNIFI juga memperkenalkan pakej Geran Digital PMKS Madani yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk para usahawan.
9) STEM-IOT ( KUIZ SAINS)
Tarikh : 16 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
10) BASIC ICT - MICROSOFT WORD (MEMBUAT SURAT RASMI)
Tarikh : 18 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi notis berhenti kerja. Selain itu, aktiviti ini juga membantu peserta menambah ilmu dalam menggunakan Microsoft word dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang format surat rasmi dan cara menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memulakan sesi menaip surat tersebut. Peserta membuat surat mengikut format yang diterangkan dan setelah selesai petugas akan menyemak terlebih dahulu dan setelah selesai petugas akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
11) E-LEARNING ( MENGEDIT RESUME MENGGUNAKAN CANVA)
Tarikh : 16 Desember 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk memperbetulkan semula resume yang telah dibuat dengan menggunakan Canva.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta melogin aplikasi terlebih dahulu menggunakan email peserta. Seterusnya, peserta membuka semula resume yang ingin dibetulkan dan menukar maklumat baharu resume tersebut. Setelah selesai peserta meminta petugas untuk membuat salinan.
12) PROGRAM USAHAWAN (LETUPAN JUALAN DI SHOPEE)
Tarikh : 18 Desember 2023
Masa : 9 Pagi - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para usahawan dalam menambah baik lagi penjualan mereka di platform Shopee. Selain itu, program ini juga mengajar para usahawan dari pada mula iaitu dengan membuka akaun shopee, cara memasukkan produk jualan, cara memilih perkataan yang betul dalam pencarian produk, marketing, cara boost posting dan banyak lagi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan presentator mengajar cara untuk membuka kedai atau akaun seller shopee. Seterusnya, cara untuk memasukkan produk didalam akaun seller. Dan diteruskan dengan cara untuk meningkatkan lagi jualan dengan memilih ayat yang betul didalam carian produk. Selain itu, diteruskan lagi dengan class marketing , dengan mengajar cara untuk meningkatkan jualan dan cara untuk boost produk usahawan. banyak lagi yang diajar didalam class antaranya target jualan, pemilihan harga yang sesuai supaya tidak rugi, cara menggunakan kupon di shopee dan banyak lagi.
13) E-LEARNING (PERMOHONAN KERJA DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SPA)
Tarikh : 22 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta dalam memohon pekerjaan melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Selain itu, membantu peserta supaya mengisi borang online tersebut dengan lengkap.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk login terlebih kedalam laman web SPA tersebut. Setelah login petugas memastikan peserta membawa semua maklumat yang perlu diisi dan setelah itu petugas meminta peserta untuk mengisi borang online tersebut, setelah selesai mengisi petugas akan membuat salinan untuk simpanan peserta.
14) STEM IOT (KUIZ MATHEMATICS)
Tarikh : 26 Desember 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
15) BASIC ICT - MICROSOFT WORD ( SURAT RASMI KRT)
Tarikh : 28 Desember 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi untuk kegunaannya. Selain itu, aktiviti ini juga membantu peserta menambah ilmu dalam menggunakan Microsoft word dan penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang format surat rasmi dan cara menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, petugas meminta peserta untuk memulakan sesi menaip surat tersebut. Peserta membuat surat mengikut format yang diterangkan dan setelah selesai petugas akan menyemak terlebih dahulu dan setelah selesai petugas akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.