1) STEM-IOT (COLOURFUL SAND PAINTING ART)
Tarikh : 5 November 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan peserta untuk mengenal warna, meningkatkan data imaginasi dan juga dapat menawarkan kepada peserta peluang untuk membuat pilihan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dnegan petugas menerangkan cara untuk menggunakan sand painting art tersebut kepada peserta. Selepas itu, petugas meminta peserta untuk cuba membuat sand painting tersebut. Setelah 3o minit peserta selesai membuat sand painting tersebut.
2) BASIC ENTREPRENEURS (APLIKASI PERBANKAN - STATEMENT BANK)
Tarikh : 10 November 2023
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para peserta untuk melihat statement bank mereka. Selain itu, mereka juga serba sedikit akan dapat belajar cara asas menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk melogin terlebih dahulu ke dalam laman web bank peserta iaitu maybank. Setelah selesai petugas mengajar peserta untuk klik dibahagian statement bank dan memilih statement bulan berapa yang peserta mahu dan download statement tersebut. Setelah selesai peserta meminta petugas membuat salinan statement bank tersebut.
3) BASIC ENTREPRENEURS ( SEMINAR PEMASARAN DIGITAL OHSEM)
Tarikh : 11 November 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan cara membuat pemasaran melalui digital. Seminar yang dianjurkan oleh pihak DATTEL juga bukan hanya memfokuskan hanya 1 platform tetapi memfokuskan 3 platform digital yang besar seperti Facebook, Instagram dan Tiktok.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan ketua pegawai eksekutif memberikan penerangan tentang seminar. Seterusnya, seminar diteruskan dengan memberikan banyak tips-tips pemasaran di Facebook, tiktok dan Instagram. Setelah selesai seminar sesi soal jawab juga diberikan.
4) BASIC ICT (MICROSOFT WORD)
Tarikh : 14 November 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta tentang kegunaan Microsoft Word dan fungsi-fungsinya yang lain. Selain itu, peserta juga serba sedikit belajar cara untuk membuat surat, kotak dan graf dengan menggunakan Microsoft Word.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan memberikan penerangan tentang kegunaan Microsoft Word. Seterusnya, petugas mengajar peserta cara untuk menukar font, saiz, mewarnakan tulisan dan banyak lagi. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara untuk membuat kotak menggunakan Microsoft Word dan cara untuk memasukkan gambar kedalam kotak tersebut dan labelnya.
5) BASIC ICT - MICROSOFT WORD ( SURAT RASMI)
Tarikh : 16 November 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Ini juga dapat membantu peserta cara dan format yang betul untuk membuat surat rasmi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara membuat surat rasmi beserta menerangkan format surat tersebut. Petugas akan memastikan peserta membawa maklumat yang lengkap untuk mengisi setiap perenggan surat tersebut, peserta menaip surat terlebih dahulu, setelah selesai menaip petugas akan check terlebih dahulu adakah mengikut format dan seterusnya petugas akan menyimpan surat tersebut didalam dokumen simpanan peserta dan akan mencetak surat tersebut untuk kegunaan peserta.
6) SOFT SKILL - GOOGLE MEET (ONLINE MEETING)
Tarikh : 17 November 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengejar para peserta cara untuk menggunakan Google Meet dan cara untuk meeting secara online. Selain itu, peserta juga serba sedikit tahu cara penggunaan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang cara untuk menggunakan Google Meet. Seterusnya, petugas meminta link meeting tersebut dari peserta, setelah menerima link ptugas meminta peserta masuk link google meeting tersebut dan petugas menerangkan beberapa tombol diskrin yang akan digunakan ketika meeting. Antaranya ialah tombol kamera, voice dan banyak lagi.
7) STEM-IOT (KUIZ SAINS) (SIRI 1)
Tarikh : 18 November 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membuat ulangkaji kepada para peserta dan juga membantu mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang lebih berfaedah seperti bermain kuiz online tersebut. Selain itu, peserta juga dapat mengetahui kegunaan asas menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menyuruh peserta untuk membuka laman web kuiz online tersebut. Setelah menjumpai laman web tersebut petugas memberikan penerangan ringkas cara untuk menjawab kuiz tersebut. Dan petugas juga memberika masa kepada peserta untuk menjawab kuiz tersebut sehingga selesai.
8) STEM-IOT (KUIZ MATHEMATIC) (SIRI 2)
Tarikh : 18 November 2023
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
9) E-LEARNING (MENGISI BORANG MARA)
Tarikh : 20 November 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu peserta untuk mengisi borang Mara iaitu borang kemasukkan ke Universiti. Selain itu, peserta juga belajar cara untuk download dokumen dan cara untuk memasukkan dokumen ke dalam Google Drive.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta login kedalam website Mara dan memilih borang yang berkenaan untuk diisi. Seterusnya, petugas memastikan peserta membawa semua maklumat yang akan diisi di dalam borang online tersebut. Setelah itu, peserta memulakan isi borang tersebut dan peserta meminta petugas untuk membantu download dokumen ke dalam komputer dan cara untuk memasukkan dokumen tersebut kedalam Google Drive. Setelah selesai petugas akan memastikan semua borang telah diisi dan dihantar.
10) SOFT SKILL (TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR)
Tarikh : 21 November 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang cara untuk mengurus masa mereka sebagai pelajar sekolah dengan lebih efektif dan tersusun, ini kerana dapat mengelakkan daripada peserta menjadi stress atau terlampau penat dengan aktiviti harian mereka di sekolah dan dirumah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan kepada peserta bahawa pengurusan mas sangatlah penting bagi seorang pelajar. Seterusnya, petugasn menunjukkan beberapa video berkenaan tips pengurusan masa untuk seorang pelajar. Ini serba sedikit dapat membantu pelajar untuk menyusun jadual harian mereka dengan lebih tersusun.
11) BASIC ICT (POWER POINT)
Tarikh : 23 November 2023
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempelbagaikan lagi kegunaan microsoft kepada peserta dan kelas ini memfokuskan kepada kegunaan Microsoft PowerPoint. Aktivitini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta cara untuk membentang sesuatu kerja dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta juga serba sedikit tahu cara menggunakan transisi yang disediakan serta pemilihan design slide yang sesuai.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang kegunaan Microsoft Powerpoin kepada peserta. Seterusnya, peserta diminta untuk memilih design yang mereka mahukan untuk slide mereka, peserta juga diberikan tugas untuk membuat slide tentang haiwan yang mereka kenal atau suka. Setelah mereka selesai membuat slide, petugas akan check hasil kerja mereka dan simpan didalam dokumen simpanan peserta.
12) BASIC ICT (MENCARI GAMBAR DIDALAM GOOGLE)
Tarikh : 23 November 2023
Masa : 3 Petang- 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu para pelajar untuk mencari gambar untuk mereka memasukkan kedalam slide powerpoint mereka. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara mencari gambar didalam Google dan cara melayari di internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka Google Image dan mula mencari gambar yang mereka mahukan. Setelah mereka menjumpai gambar yang sesuai mereka perlu save gambar tersebut didalam dokumen mereka untuk kegunaan slide di powerpoint.
13) BASIC ENTREPRENEURS (CLASS SHOPEE)
Tarikh :
Masa : 10 Pagi- 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adlah untuk membantu para peserta untuk membuat akaun Shopee dan memulakan perniagaan mereka dengan Shopee. Selain itu, dapat membantu menambah income bulanan mereka dengan menjual produk-produk tempatan atau produk home made yang kualitinya setanding dengan kilang-kilang diluar sana.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan tentang kelebihan berniaga dengan menggunakan platform Shopee dan petugas menerangkan cara untuk membuat akaun Shopee. Seterusnya, Petugas menerangkan cara untuk memasukkan gambar produk kedalam akaun Shopee dan pemilihan ayat untuk menarik pelanggan yang ingin membeli produk kita.
14) E-LEARNING (PERMAINAN ONLINE BAHASA JAWI)
Tarikh : 26 November 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah lagi minat pelajar dalam mempelajari sesuatu subjek antaranya bahasa Jawi. Selain itu, peserta juga dapat mengisi masa lapang dengan bermain permainan online dan dalam masa yang sama dapat mengulang kaji pelajaran dan tidak membazirkan masa begitu sahaja.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta menerangkan cara permainan online tersebut, setelah itu peserta cuba untuk menjawab permainan kuiz tersebut dan mengulangi beberapa peringkat dan menjawab semua soalan.
15) E-LEARNING (KUIZ SUKU KATA)
Tarikh : 26 November 2023
Masa : 3 Petang- 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu pelajar untuk meningkatkan lagi daya pemikiran pantas mereka dalam menjawab kuiz silang kata. Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari cara menyelesaikan masalah tanpa bantuan orang lain, dan berusaha untuk menyelesaikan kuiz tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Petugas memberikan penerangan cara untuk menjawab kuiz silang kata tersebut dan cara untuk mendapat jawaban bagi setiap soalan. Setelah itu, pelajar cuba menjawab kuiz tersebut dan mengambil masa hampir 10 minit untuk menyelesaikan kuiz tersebut. Setelah selesai, petugas akan memilih kuiz yang lain untuk diselesaikan.