1) E-LEARNING ( MENJAWAB UJIAN KOMPETENSI PEGAWAI SAINS C41)
Tarikh : 1 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 12:30 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mempermudahkan peserta untuk menjawab ujian tersebut. Selain itu, peserta juga serba sedikit dapat mengetahui cara mencari laman web didalam internet.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta mencari laman web untuk menjawab ujian tersebut di Google, Seterusnya, petugas akan memastikan laman web tersebut adalah laman web yang betul. Peserta juga memulakan menjawab ujian tersebut, dan petugas akan memastikan peserta akan membawa semua dokumen yang diperlukan. Setelah peserta selesai menjawab semua solan petugas akan memastikan peserta selesai menjawab semua soalan sebelum menghantar ujian tersebut.
2) BASIC ICT (MICROSOFT WORD)
Tarikh : 6 Ogos 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar kedalam Microsoft Word. Peserta juga serba sedikit mengetahui kegunaan lain Microsoft word selain menaip surat dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft Word. Seterusnya, peserta akan memulakan aktiviti dengan memasukkan gambar dan memulakan edit gambar tersebut. Petugas juga akan memastikan peserta telah menyimpan gambar yang telah dicari di Google didalam PC. Peserta juga mengedit beberapa gambar dan telah menyimpan didalam dokumen simpanan mereka dan petugas membuat salinan untuk kegunaan peserta.
3) BASIC ICT ( MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD)
Tarikh : 7 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah Hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta membuat resume yang mudah dan juga simple. Selain itu, peserta juga serba sedikit tahu cara menggunakan Microsoft Word dan juga membuat resume.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan tentang format resume dan cara menggunakan Microsoft Word, petugas juga memberitahu kepada peserta isi yang perlu ada di dalam resume tersebut. Peserta memulakan membuat resume tersebut. Setelah peserta selesai membuat resume petugas akan menyemak resume tersebut adakan lengkap dan memuaskan. Petugas juga mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar kedalam resume tersebut. Setelah selesai, petugas akan menyimpan resume tersebut didalam dokumen peserta dan membuat salinan untuk kegunaan peserta.
4) BASIC ICT ( MEMBUAT RESUME MENGGUNAKAN CANVA)
Tarikh : 9 Ogos 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat resume dengan menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit kegunaan lain canva dan kelebihannya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan memberikan penerangan ringkas tentang cara pembuatan resume dan cara mengedit template resume di Canva. Seterusnya, petugas akan menyurus peserta untuk membuka canva terlebih dahulu dan memilih template resume yang peserta mahu. Petugas juga akan memastikan peserta membawa semua maklumat yang harus diisi didalam resume tersebut. Peserta memulakan aktiviti mengedit resume tersebut, dan setelah selesai petugas akan menyemak resume tersebut adakah telah lengkap atau tidak. Setelah selesai petugas akan menyimpan resume tersebut kedalam dokumen simpanan peserta dan membuat salinan untuk kegunaan peserta.
5) E-LEARNING ( WHATSAPP WEB)
Tarikh : 12 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk login ke dalam Whatsapp Web dengan mudah.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas akan meminta peserta untuk membuat carian Whatsapp Web di laman web terlebih dahulu , seterusnya petugas akan meminta peserta untuk membuka Whatsapp di telefon peserta. Seterusnya peserta perlu memilih option Linked Devices dan seterusnya peserta diminta scan QR code di PC.
6) E-LEARNING (KEMAS KINI ZAKAT E-DAGANG)
Tarikh : 16 Ogos 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengemaskini zakat peserta. Tujuan utama mengemas kini adalah untuk peserta melanjutkan pelajaran dan ingin mengemas kini status pendidikan peserta.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuat carian web Zakat dan login, peserta meneruskan akriviti mengemas kini dan setelah selesai peserta meminta untuk membuat cetakan untuk kegunaan beliau.
7) E-DAGANG ( JOB STREET)
Tarikh : 19 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kriateria yang peserta mahukan dan membantu peserta menerangkan setiap tugas pekerjaan yang dia perlukan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara menggunakan web Job Street, seterusnya peserta akan login Job Street terlebih dahulu dan mengisi borang online atau resume online yang disediakan oleh Job Street. Setelah selain semuanya, peserta memulakan carian kerja dengan mengikut ciri kerja yang peserta mahu sebagai contoh memilih negeri yang peserta mahu bekerja dan ciri-ciri lain yang peserta mahukan. Setelah menjumpai pekerjaan yang sesuai peserta akan menghantar resume mereka dan peserta meneruskan pencarian kerja.
8) BASIC ENTREPRENEURS (WEBINAR AKSES PEMBIAYAAN TEKUN NASIONAL SIRI 2/2023)
Tarikh : 22 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang pinjaman perniagaan yang disediakan oleh Tekun dan bantuan lain yang disediakan oleh Tekun yang boleh membantu usahawan yang baru atau yang lama diluar sana.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penceramah menerangkan tentang peranan Tekun didalam industri dan peranan lain Tekun. Seterusnya, penceramah menerangkan tentang skim yang disediakan oleh Tekun untuk para usahawan yang boleh dimohon oleh usahawan. Selain itu, penceramah juga menerangkan tentang setiap proses untuk menerima kelulusan skin dari Tekun. Sebelum sesi tamat penceramah juga menyediakan sesi soal jawab untuk usahawan bertanya soalan.
9) STEM-IOT (KUIZ MATEMATIK-NOMBOR BULAT)
Tarikh : 23 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan menjawab kuiz matematik secara online. Dan selain itu, peserta juga dapat tahu serba sedikit cara menggunakan komputer.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara menjawab kuiz matematik tersebut. Seterusnya, peserta memulakan menjawab kuiz matematik tersebut, peserta menjawab beberapa soalan dan setelah selesai petugas akan meminta peserta menjawab soalan lain sehingga selesai.
10) SOFT SKILL ( KLIK DENGAN BIJAK)
Tarikh : 23 Ogos 2023
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan peranan Klik Dengan Bijak, seterusnya petugas meminta peserta untuk membuat carian laman web Klik Dengan Bijak dan menjumpai banyak video-video tentang kesedaran penggunaan internet. Petugas meminta peserta untuk menonton beberapa video tersebut antaranya ialah video tentang berkongsi secara berlebihan, kepentingan IT pada kehidupan harian dan banyak lagi.
11) CAKNA GAYA HIDUP-PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI (TOPIK 2)
Tarikh : 24 Ogos 2023
Masa : 10:30 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk mengurus kewangan peribadi dengan lebih efektif. Peserta juga dapat menambah ilmu untuk mengurus kewangan dengan baik.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan program dan tentatif program. Program diteruskan dengan penganjur menerangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan sebagainya. Selanjutnya, program diakhiri dengan sesi soal jawab.
12) STEM IOT (ONLINE GAMES)
Tarikh : 26 Ogos 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang peserta dengan bermain permainan online yang mencabar minda mereka dan mereka harus mencari jalan penyelesaian setiap peringkat games tersebut.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang cara permainan game tersebut. Seterusnya, peserta akan memulakan permainan, setiap peringkat games tersebut semakin mencabar dan semakin sulit untuk diselesaikan.
13) STEM IOT (MEMBINA ORIGAMI KAPAL TERBANG)
Tarikh : 26 Ogos 2023
Masa : 3 Petang - 4 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menambah lagi aktiviti semasa peserta dan dapat mengasah lagi kreativiti peserta. Peserta juga dapat mempelajari perkara baru.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas meminta peserta untuk membuka youtube dan mencari video cara membina origami kapal terbang. Seterusnya, pestugas memberi kertas kepada peserta dan meminta peserta menonton video origami tersebut dan cuba membuat origami kapal terbang tersebut dengan menggunakan kertas yang diberikan. Setelah selesai menonton video peserta membuat origami kapal terbang tersebut.
14) BASIC ENTREPRENEURS (SHOPEE)
Tarikh : 28 Ogos 2023
Masa : 4 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membeli secara atas talian dengan menggunakan Shopee. Selain itu, peserta juga dapat membandingkan harga diatas talian dan juga harga di kedai.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta membuka laman web Shopee dan membuat carian tentang beberapa barang yang beliau mahu beli. Seterusnya, peserta juga membaca review yang diberikan sebelum membeli barang-barang tersebut dan membandingkan kualiti barang yang mana lebih baik dan berbaloi untuk dibeli.
15) KELAS ONLINE (MINDSET USAHAWAN)
Tarikh : 29 Ogos 2023
Masa : 10:30 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu usahawan menjadi usahawan yang lebih berkeyakinan dan membantu serba sedikit membina diri mereka untuk lebih maju dan semangat dalam melakukan sesuatu perkar. Kelas ini juga banyak memberi tips yang berguna buat usahawan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penceramah perkenalkan diri dan memulakan kelas. Seterusnya, penceramah memulakan kelas dengan tajuk apa itu mindset dan diteruskan dengan ciri-ciri mindset usahawan, cara memperkukuhkan mindset dan banyak lagi. Kelas diteruskan dan sebelum tamat, penceramah membuat sesi soal jawab jika ada peserta yang kurang jelas dengan tajuk-tajuk yang diberikan.