1) BASIC ICT (MICROSOFT WORD- MEMBUAT JADUAL)
Tarikh : 3 Jun 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta kegunaan lain Microsoft Word selain menaip surat dan sebagainya, Microsoft Word juga boleh membuat kotak untuk kegunaan tersendiri seperti melabel gambar dan sebagainya. Microsoft Word juga mempunyai banyak kegunaan lain yang sangat berguna ketika kita hendak melakukan kerja.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Word. Seterusnya petugas akan meminta peserta untuk mencari gambar-gambar komponen komputer seperti tetikus, papan kekunci, monitor dan banyak lagi. tugas peserta seterusnya adalah membuat kotak di Microsoft Word dan memasukkan gambar-gambar yang dicari tersebut kedalam setiap kotak dan labelkan setiap komponen tersebut. Setelah selesai, petugas akan menyemak adakah betul semua yang di label dan petugas akan menyimpan di dokumen peserta masing-masing.
2) BASIC ENTREPRENEURS (POSTER KEUSAHAWANAN MENGGUNAKAN CANVA)
Tarikh : 6 Jun 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta untuk membuat poster menggunakan canva dengan lebih mudah dan lebih kreatif. Ini kerana di canva terdapat banyak template percuma yang cantik dan sangat praktik untuk digunakan. Canva juga mempunyai banyak kegunaan lain selain membuat poster, canva juga mempunyai template untuk membuat resume, kad perniagaan atau juga boleh mengedit video.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang kegunaan dan kelebihan menggunakan canva. Seterusnya, petugas akan meminta peserta untuk membuka canva di website dan meminta peserta untuk memilih template poster yang peserta mahukan. Setelah selesai memilik peserta boleh memulakan sesi mengedit poster mengikut maklumat yang peserta mahu. Akhir sekali, petugas akan check hasil kerja peserta dan akan simpan kedalam dokumen simpanan peserta.
3) BASIC ICT (MICROSOFT POWERPOINT)
Tarikh : 8 Jun 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti adalah untuk memperkelankan lagi kegunaan Microsoft kepada peserta dan kelas ini memfokuskan kepada kegunaan asas Microsoft powerpoint. Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada peserta cara untuk membentang sesuatu kerja dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Peserta juga serba sedikit tahu cara menggunakan transisi yang disediakan serta pemilahan design yang sesuai.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan sedikit penerangan tentang kelebihan dan kegunaan Microsoft Powerpoint kepada peserta. Seterusnya peserta diberikan tugas untuk mencari beberapa tempat yang mereka mahu kunjungi dan tuliskan sebab mengapa mereka mahu ke tempat tersebut. Peserta memulakan tugasan sambil dipantau oleh petugas. Setelah selesai memasukkan setiap gambar, petugas mengajar peserta cara untuk menggunakan transisi yang disediakan di dalam Microsoft Powerpoint di dalam setiap slide yang dibuat untuk menambah kretiviti peserta. Akhir sekali, peserta akan menyimpan slide Powerpoint tersebut didalam dokumen simpanan mereka.
4) STEM-IOT (ONLINE GAME STEM-IOT)
Tarikh : 9 Jun 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah pemikiran peserta dengan bermain game yang perlu mereka berfikir cara untuk menyelesaikan setiap level permainan. Setiap kenaikan level permainan, semakin sulit dan semakin mencabar permain tersebut mempunyai 25 lavel yang perlu diselesaikan.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan cara untuk bermain game tersebut. Peserta memulakan permainan tersebut mengikut level, jika peserta keliru peserta boleh melihat tips permainan yang diberikan disetiap level permainan. Game diteruskan dan peserta berjaya selesaikan setiap level game dengan berjaya.
5) E-LEARNING (MENAIP SURAT RASMI - MICROSOFT WORD)
Tarikh : 11 Jun 2023
Masa : 10 Pagi - 12 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara untuk menaip surat yang mudah dengan menggunakan Microsoft Word. Peserta juga dapat mengetahui cara menaip surat dengan betul dan format yang betul.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan Petugas memberikan penerangan yang ringkas tentang kegunaan Microsoft Word dan tentang format untuk menaip surat rasmi. Seterusnya, petugas akan memberikan contoh surat rasmi untuk panduan peserta untuk mulakan aktiviti menaip surat tersebut. Peserta akan diberikan masa untuk menaip surat rasmi tersebut, dan setelah selesai petugas akan check surat yang telah ditaip dan akan simpan kedalam simpanan peserta.
6) BASIC ENTREPRENEURS ( KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN)
Tarikh : 13 Jun 2023
Masa : 11:30 Pagi - 12:30 Tengah hari
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu para usahawan di sekita PEDi untuk mengetahui cara pengurusan kewangan yang lebih tepat dan efektif. Selain usahawan komuniti setempat juga boleh mengikuti kursus ini untuk menambah ilmu kewangan mereka. Banyak perkara yang diajarkan antaranya ialah apa itu perakaunan, asas pengurusan kewangan dan banyak lagi.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan moderator akan memperkenalkan diri dan akan memulakan kursus. Seterusnya, moderator akan membentangkan isi-isi slide yang dipaparkan dan akan menerangkan satu persatu tentang pengurusan kewangan. Setelah kursus hampir tamat moderator akan membuka sesi soal jawab untuk para peserta dan mereka boleh menanyakan soalan yang berkaitan tentang kewangan dan sebagainya.
7) BASIC ENTREPRENEURS (MICROSOFT EXCEL - PENYATA KEWANGAN)
Tarikh : 15 Jun 2023
Masa : 3 Petang - 5 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk membantu peserta untuk membuat penyata kewangan dengan betul dan lebih teratur dengan menggunakan Microsoft Excel. Selain itu, dapat memudahkan peserta mengemaskini penyata kewangannya dengan lebih efektif.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberi penerangan ringkas tentang kegunaan Microsoft Excel kepada peserta dan cara kegunaannya. Seterusnya, peserta akan memulakan aktiviti dengan memasukkan segala maklumat kewangan kedalam setiap cell di Microsoft Excel. Petugas juga mengajar peserta cara menggunakan formula yang disediakan oleh Microsoft Excel dan antaranya penggunaan formula Sum. Setelah peserta selesai memindahkan maklumat kewangan tersebut, petugas akan menyimpan kerja-kerja tersebut kedalam dokumen simpanan peserta.
8) E-LEARNING (TYPING TEST)
Tarikh : 17 Jun 2023
Masa : 10 Pagi - 11 Pagi
Temapt : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 3 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengasah skill peserta menaip dengan laju dan juga betul, mengikut masa yang ditetapkan. Kelas ini juga dapat mendidik peserta untuk menaip dengan lebih laju dan lebih yakin ketika menaip sesuatu dengan pantas.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas menerangkan cara untuk menaip dengan lebih pantas dan betul. Sebelum itu petugas akan membuka website typing test terlebih dahulu. Peserta diberikan masa selama 5 minit untuk menaip sebuat karangan pendek dan petugas akan memastikan peserta dalam keadaan yang bersedia sebelum memulakan test tersebut. Setelah selesai test pertama, petugas akan check terlebih dahulu adakah betul setiap perkataan yang ditaip dan adakah sempat dihabiskan dalam masa yang diberikan. Petugasjuga akan mengulang test ini untuk beberapa kali untuk melihat kecekapan peserta menaip.