1) CLASS PERMAINAN ICT - PUZZLE ONLINE
Tarikh : 3 April 2023
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta bahawa laman web atau internet bukan saja boleh mencari gambar, membuat surat dan sebagainya. Laman web juga mempunyai banyak kegunaannya antaranya ialah bermain puzzle secara online, mewarna secara online dan banyak lagi yang boleh kita layari.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan kepada peserta cara untuk melayari internet dan kelebihan-kelebihan yang kita akan dapat ketika melayari internet dengan betul. Selain itu, petugas juga mengajar peserta cara-cara untuk melayari internet seperti mencari website puzzle online. Seterusnya, petugas mengarahkan peserta untuk memilih gambar puzzle yang mereka mahukan dan petugas menerangkan cara-cara untuk bermain puzzle online tersebut. Petugas memberikan masa selama 10 minit untuk peserta menyelesaikan puzzle mereka. Class diteruskan dengan peserta menyelesaikan beberapa gambar puzzle.
2) PENDAFTARAN UPU ONLINE
Tarikh : 6 April 2023
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 1 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar dan membantu pelajar baharu lepasan SPM ke IPTA atau ILKA yang ingin mendaftar upu secara online. Perkara ini juga serba sedikit membantu peserta untuk memilih bidang yang mana mereka cenderung dan sebagainya.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan peserta melayari laman web upu online, seterusnya petugas juga menerangkan serba sedikit cara untuk memohon dan memilih bidang-bidang yang diberikan. Petugas menyurus peserta untuk login terlebih dahulu dan peserta akan memulakan permohonan bidang yang mereka mahukan. Selain itu, petugas juga memantau peserta dan memastikan peserta selesai memilih dan mengisi borang upu online tersebut. Petugas akan memsatikan peserta telah menyimpan semua info dan petugas mencetak borang untuk simpanan peserta.
3) PENGENALAN MICROSOFT WORD (MENGISI GAMBAR DIDALAM KOTAK)
Tarikh : 12 April 2023
Masa : 3:00 Petang - 5:00 Petang
Tempat : PEDi Taman Seri Serendah
Peserta : 2 orang
TUJUAN
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara membuat kotak dengan menggunakan microsoft word dan untuk mengajar peserta cara untuk memasukkan gambar kedalam kotak tersebut. Aktiviti ini juga dapat menarik lagi minat peserta kerana bukan dengan membuat surat sahaja tetapi banyak lagi kegunaan yang bagus dengan menggunakan microsoft word. Aktiviti ini juga dapat menambahkan lagi kretiviti peserta.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan petugas memberikan penerangan ringkas tentang microsoft word, seterusnya petugas akan mengawah peserta untuk mencari gambar dengan menggunakan google image. Peserta perlu mencari beberapa gambar yang bersesuaian dengan tugas, seterusnya peserta perlu menyimpan gambar-gambar tersebut didalam simpanan mereka. Seterusnya, petugas akan menyuruh peserta membuka microsoft word mereka dan petugas akan mengajar cara-cara untuk membuat kotak dan cara untuk mengisi kotak tersebut dengan gambar yang mereka telah cari tadi. Petugas juga meminta peserta untuk menamakan setiap gambar tersebut. Setelah selesai petugas akan memastikan peserta menyimpan dokumen kedalam simpanan mereka.